Tuesday, 1 November 2016

Strategi Blue Ocean Dalam Pelajaran

Salam semua,di sini  hamba ingin berkongsi sedikit maklumat tentang satu konsep dalam strategi perniagaan. Ia dinamakan konsep Blue Ocean Strategy atau BOS.Mungkin ada yang telah tahu atau membaca buku ini tetapi hamba ingin memberikan sedikit info dan ringkasan mengenainya. Untuk berjaya dalam perniagaan perlu ada konsep atau arah tuju.Bercakap tentang konsep perniagaan, ramai yang menyentuh konsep Blue Ocean Strategy atau singkatannya BOS.Ia merupakan konsep yang pertama kali di perkenalkan oleh W.Chan Kim dan Renee Maurborgne yang tiba-tiba menjad popular dalam kalangan usahawan dunia dengan sebuah buku tulisan mereka.
Buku ini berusaha menjelaskan cara mencipta ruang pasaran baru tanpa pesaing dan tanpa kalangan pesaing yang tidak relevan.Buku ini juga menunjukkan jalan,bahawa sau-satunya cara untuk memenangkan pesaing adalah berhenti berusaha melawan pesaing. Kim dan Renee mendedahkan bahawa pasaran diantara dua laut iaitu Laut Merah dan Laut Biru.Laut Merah adalah pasaran yang sudah sesak,akibatnya keuntungan dan pertumbuhan akan berkurang.
Sebaliknya Laut Biru dikuasai oleh pasaran yang belum dijelajahi,menciptakan permintaan baru dan peluang pertumbuhan yang sangat menguntungkan.Dalam Laut Biru pesaing tidak lagi relevan kerana aturan mainnya sama sekali baru.Dalam buku Change!,Rhenald Kasali memperkatakan,pemimpin pasaran menentukan aturan permainan dalam pasaran yang sama sekali baru.

Pelajar-pelajar sila terapkan konsep ini dalam peperiksaan anda. Laut merah ialah rakan rakan anda yg sentiasa memberikan persaingan kpd anda. Anggapkan mereka sebagai tidak relevan. Jadi lupakan mereka. Fikirkan laut biru iaitu fikirkan apakah inovasi atau pembaharuan yg boleh anda lakukan spt fikirkan teknik ulangkaji yg lebih mantap atau fikirkan teknik menghafal nota yg lebih agresif. Jgn lagi asyik fikirkan kawan itu pandai  dan kawan ini bijak. Jgn fikirkan mereka. Anda fikirkan ttg diri anda sahaja. Bagaimana boleh dapatkan result yg lebih baik. Oleh itu anda perlu ada kreativiti, inovasi dan produktiviti. All the best, try the best and be the best.

No comments:

Post a Comment