1.Di bawah NKRA Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M, diberikan
kepada golongan yang memerlukan sebagai pendekatan yang terbaik kepada Malaysia
buat masa ini. Bantuan sebegini telahpun dilaksanakan oleh pelbagai negara
dalam berbagai cara dan bermacam nama, seperti bantuan dana pendidikan, bantuan
pelan kewangan kesihatan, welfare payment atau pembayaran kebajikan, dan
bantuan melalui kupon makanan dan lain-lain lagi.
2. Misalnya, di Indonesia pada 2013, menerusi Program
Keluarga Harapan, rakyatnya diberi bantuan tunai, bagi membantu meringankan kos
sara hidup akibat pelaksanaan program rasionalisasi subsidi petrol dan diesel.
Sejumlah 3.2 juta isi rumah rakyat Indonesia telah dibantu, dengan kos anggaran
700 bilion rupiah bersamaan 200 juta ringgit.
3.Kaedah bantuan di UK pula, adalah menerusi pemberian
“setem makanan” dengan menggunakan kad khas untuk tujuan pembelian makanan.
4. Semenjak tahun 2010, sebanyak 161 buah Kedai Rakyat
1Malaysia telah diwujudkan di seluruh negara. Melalui Kedai Rakyat 1Malaysia
ini, sebanyak 272 jenis barangan Produk 1 Malaysia, dijual pada harga 15 hingga
30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
5.Merujuk kepada NKRA Mempertingkatkan Pembangunan Luar
Bandar, sebanyak lebih 5 juta rakyat lagi di kawasan luar bandar telah mendapat
manfaat berhubung kemudahan yang disediakan seperti jalan raya, bekalan air
bersih dan elektrik, sejak tahun 2010. Malah pembinaan jalan sepanjang 60
kilometer yang menghubungkan Pekan Sook ke Kampung Sinua di Keningau, Sabah
telah dibina.
6. Pada perspektif prasarana yang lain, program pembangunan
luar bandar juga telah membantu lebih 330 ribu isi rumah untuk menikmati
kemudahan bekalan air bersih yang disediakan. Manakala, hampir 130 ribu yang
lain kini, dapat menikmati kemudahan bekalan elektrik tanpa gangguan.
7.Bagi NKRA Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar pula,
usaha untuk menambah baik kemudahan Pengangkutan Awam Bandar telah menunjukkan
perubahan positif. Bilangan penumpang berulang alik ke Kuala Lumpur, telah
melebihi 455 ribu orang setiap hari terutama pada waktu puncak. Oleh yang
demikian, perkhidmatan bas akan ditambah baik dengan pengenalan Bus Rapid
Transit atau BRT Sunway Line yang diuruskan oleh Prasarana Malaysia Berhad dan
dijangka siap pada bulan Jun 2015.
8. Dalam NKRA berkaitan Mempertingkatkan Taraf Hidup Isi
Rumah Berpendapatan Rendah pula, setakat ini hampir 170 ribu orang daripada
golongan miskin dapat hidup dengan lebih selesa dengan pelaksanaan program
akhiri zaman kemiskinan atau 1AZAM, yang antara lain memberi penekanan kepada
pembangunan keupayaan diri dan kemahiran kewangan.
9. Merujuk kepada NKRA Mempastikan Pendidikan Berkualiti,
kerajaan telah menyediakan bantuan kepada pelbagai golongan pelajar. Contohnya,
lebih 100 juta ringgit sebagai bantuan yuran kepada hampir 130 ribu pelajar pra-sekolah
di institusi swasta dan dari golongan isi rumah berpendapatan rendah. Selain
itu, bantuan dalam bentuk yuran sekolah berjumlah hampir 7.5 juta ringgit
diberikan kepada lebih 3 ribu kanak-kanak yang ditempatkan di pusat penjagaan
kanak-kanak swasta.
10. Sekolah Berprestasi Tinggi adalah antara inisiatif GTP
yang sedang membuahkan hasil. Pada 2014, 13 sekolah lagi dikenal pasti sebagai
SBT, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 128 buah. Diharapkan, SBT akan
terus melahirkan golongan pelajar yang berketrampilan dan menyerlah dalam semua
aspek.
11. Kadar indeks jenayah negara di bawah GTP, telah berjaya
dikurangkan sebanyak 40 peratus dalam tempoh 5 tahun yang lepas. Misalannya,
bagi tahun 2014 sahaja, kes kecurian kereta telah menurun kepada hampir 20 peratus,
pertama kali kita melihat penurunan trend jenayah kecurian kereta, semenjak
NKRA ini diperkenalkan.
12. NKRA Membanteras Rasuah pula, Malaysia telah bertambah
baik skor Indeks Persepsinya, dan meningkat daripada tangga 44 pada 2010,
kepada tangga 52 pada 2014, daripada di kalangan 175 buah Negara.
13.Merujuk kepada NKEA Pemborongan dan Peruncitan, Program
Transformasi Peruncit Kecil atau TUKAR telah memberi manfaat kepada hampir
2,000 usahawan runcit melalui peningkatan peluang perniagaan dan kehidupan
lebih sempurna sejak pelaksanaanya pada tahun 2011.
14.Pelancongan merupakan penyumbang keenam tertinggi kepada
ekonomi Malaysia pada tahun 2014. Tidak hairanlah, ini berikutan penambahan
pelancong sebanyak 6.7 peratus yang membawa kepada hampir 28 juta pelancong
sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
15.Bagi NKEA Pertanian pula, ia terus dipacu bagi menjamin
sumber makanan yang mencukupi untuk rakyat serta aspek jaminan keselamatan bagi
makanan negara. NKEA ini juga memainkan peranan penting sebagai pemudah cara
untuk terus mengupayakan syarikat-syarikat besar di samping memperkasakan
pengusaha kecil-kecilan di dalam bidang ekonomi ini.
16.Antara kejayaan penting yang telah dikecapi oleh NKEA adalah,
kemajuan inisiatif Produk Herba Bernilai Tinggi. Hasil penyelidikan terhadap
kegunaan komersil sesuatu herba yang dilanjutkan kepada ujian praklinikal atau
klinikal, mampu melonjakkan nilai produk herba tersebut. Sebagai contoh,
ekstrak herba Tongkat Ali setelah proses piawaian, mampu mencecah harga 2,800
ringgit sekilo berbanding dengan harga Tongkat Ali yang mentah pada harga hanya
2 ringgit sekilo. Begitu jauh beza harganya dan hal ini cukup menakjubkan!
No comments:
Post a Comment