Monday, 17 October 2016

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

1.      PENGENALAN
1.1              Sistem pemerintahan Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu perundangan, pentadbiran dan kehakiman.
1.2              Fungsi utama kehakiman adalah menjalankan pentadbiran secara adil dan saksama di Malaysia.
1.3              Badan kehakiman merupakan badan bebas daripada pengaruh eksekutif.
1.4              Ketua bidang kehakiman adalah Ketua Hakim Negara dan ketua pendaftar/pejabat pendaftaran  sebagai Ketua Pendaftaran Mahkamah.

2.      FUNGSI KEHAKIMAN
-          Memastikan keadilan secara saksama
-          Menyelesaikan pertikaian individu dengan individu dan individu dengan kerajaan
-          Memutuskan sama ada mereka yang didakwa bersalah atau tidak berdasarkan bukti yang dikemukakan.
-          Mentafsir sesuatu undang2
-          Membatalkan mana2 undang2 yang bercanggah dengan perlembagaan
-          Mengistihar tindakan kerajaan tidak sah sekiranya bercanggah dengan perlembagaan
-          Memelihara hak kewarganegaraan daripada pencabulan pihak kerajaan

3.      SISTEM KEHAKIMAN

3.1              PENTADBIRAN KEHAKIMAN
·         YDPA – ketua Negara & mengetuai badan kehakiman.
·         Ketua Kehakiman – Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan
·         Ketua Pendaftar/ Ketua Pendaftaran / Pejabat Pendaftaran;
-          Mengendalikan keadilan dan pentadbiran di mahkamah
-          Ketua – Ketua Pendaftar
-       Ketua Pendaftar di bantu oleh;
-  Pendaftar Mahkamah Rayuan.
-    Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya.
-    Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak.
-    Pegawai2 lain.

3.2              PELANTIKAN
·         Pelantikan oleh YDPA atas nasihat PM selepas berunding dengan Majlis Raja2 untuk melantik 6 jawatan hakim-hakim.
·         Perlantikan Hakim Besar Makhamah Tinggi Sabah dan Sarawak, PM berunding dengan Ketua Menteri Sabah & Sarawak.
·         Hakim di Mahkamah Majistret di lantik oleh Raja/YDP Negeri atas nasihat Hakim Besar negeri berkenaan.
·         Jumlah hakim di satu peringkat mahkamah akan ditentukan oleh YDPA.

3.3              PEMECATAN / PENAMATAN
·         Boleh ditamatkan melalui 2 cara;
-             Meletakan jawatan
-             Dilucutkan jawatan
·         Sebab yang membolehkan seorang hakim dipecat;
-             Lemah anggota badan
-             Tidak berkelakuan baik
-             Tidak sempurna akal
-             Melanggar Kod Etika Hakim 1994
·         YDPA memerlukan syor-syor sebuah tribunal untuk memecat jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan dan Tinggi.
·         Ahli tribunal dipilih oleh PM melalui pandangan Ketua Hakim Negara dan kemudian dilantik oleh YDPA.
·         Semasa menunggu laporan tribunal YDPA boleh menggantung tugas hakim;
-             Hakim Mahkamah Persekutuan atas syor PM
-             Hakim Besar selepas berunding dgn Ketua Hakim Negara
-             Hakim Mahkamah Tinggi selepas berunding dgn Ketua Hakim Mahkamah Tinggi

4.      KEBEBASAN KEHAKIMAN
4.1              Tujuannya untuk memastikan badan kehakiman dapat melaksanakan tugas kehakiman dengan adil.
4.2               Supaya badan kehakiman bebas dari kawalan oleh badan perundangan dan eksekutif.
4.3               Kelakuan hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan atau Tinggi tidak boleh dibincangkan dalam parlimen kecuali sokongan ¼ ahli dewan . tidak boleh sama sekali dibincangkan dalam Dewan Undangan Negeri.
4.4              Hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan atau Tinggi tidak boleh dilucutkan jawatannya sebelum mencapai umur 65 tahun.
4.5              Hakim boleh dilucutkan jawatanya atas syor tribunal (perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan)

5.      TRIBUNAL
5.1              Maksudnya – satu lembaga yang terdiri daripada pegawai2 yang dilantik untuk menyiasat sesuatu isu yang ditetapkan.
5.2              Ketua: - diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan Hakim Mahkamah Persekutuan mengikut keutamaan berdasarkan tarikh pelantikan.
5.3              Ahli tribunal; - lebih 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi dan bekas hakim Malaysia atau jawatan yang setaraf di mana-mana kawasan Komanwel.
5.4              Sahingga keputusan tribunal diterima, seorang hakim boleh digantung tugasnya.

Mahkamah Atasan

a. Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah Persekutuan boleh membicarakan semua rayuan kes sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan jika Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk berbuat demikian. Mahkamah ini juga membicarakan rayuan-rayuan kes jenayah daripada Mahkamah Rayuan yang berkait dengan kes yang dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa aslinya, iaitu kes-kes yang bukan dirayu berdasarkan keputusan Mahkamah-mahkamah Bawahan.


b.Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan umumnya membicarakan semua kes rayuan sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, kecuali perintah atau keputusan mahkamah yang dibuat melalui persetujuan. Untuk kes-kes yang melibatkan:
• tuntutan melebihi RM10000
• keputusan mahkamah atau perintah yang berkait dengan kos sahaja;
• rayuan yang berkenaan dengan keputusan hakim dalam kamar bicara terhadap saman interplider tentang fakta-fakta yang tidak dipertikaikan;
kebenaran Mahkamah Rayuan harus diperoleh lebih dahulu.
Mahkamah Rayuan juga membicarakan rayuan-rayuan keputusan kes jenayah Mahkamah Tinggi.

c.Mahkamah Tinggi
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa penyeliaan dan pengubahan keputusan semua Mahkamah Bawahan, serta juga bidang kuasa untuk membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan, baik kes sivil mahupun kes jenayah.
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa sivil yang tidak terhad, dan umumnya membicarakan kes-kes yang tuntutannya melebihi RM1000, selain daripada kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan pertikaian antara tuan rumah dan penyewa. Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang berkait dengan:
• kesahan atau pembubaran perkahwinan (perceraian) dan perkara-perkara suami isteri;
• kemuflisan dan perkara-perkara berkait dengan penggulungan syarikat;
• penjagaan kanak-kanak;
• pemberian kenyataan sah wasiat, wasiat, dan surat kuasa mentadbir estet;
• injunksi, pelaksanaan tertentu (specific performance), atau pembatalan kontrak;
• kesahan individu.
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad terhadap semua kes jenayah selain daripada perkara-perkara yang melibatkan undang-undang Islam.
Kes-kes dibicarakan oleh seorang hakim yang tunggal di dalam Mahkamah Tinggi, atau oleh seorang pesuruhjaya kehakiman. Sedangkan hakim-hakim Mahkamah Tinggi diberikan perlindungan jawatan (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988), para pesuruhjaya kehakiman dilantik untuk penggal dua tahun dan tidak menerima perlindungan yang sama di bawah Perlembagaan.

Mahkamah Bawahan
Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kedua-dua kes jenayah dan sivil.

a.Mahkamah Sesyen
Agak serupa dengan Mahkamah Sesyen Suku di England, Mahkamah Sesyen Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan hukuman mati. Mahkamah-mahkamah ini dipengerusikan oleh hakim-hakim Mahkamah Sesyen (dahulunya Presiden Mahkamah Sesyen).
Mahkamah Sesyen juga membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000 tetapi tidak melebihi RM250,000, kecuali kes-kes yang melibatkan kemalangan kenderaan bermotor, penderitaan, dan kes-kes antara tuan rumah dan penyewa yang mahkamah ini mempunyai bidang kuasa yang tidak terhad.

b.Mahkamah Majistret
Para majistret terbahagi kepada Majistret Kelas Pertama dan Kelas Kedua, dengan Majistret Kelas Pertama mempunyai kelayakan yang sah serta kuasa yang lebih besar. Majistret Kelas Kedua kini biasanya tidak dilantik.
Mahkamah Majistret membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM25,000. Mahkamah Majistret Kelas Pertama umumnya mempunyai kuasa untuk membicarakan semua kesalahan jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun atau yang melibatkan hukuman denda sahaja, tetapi boleh mengenakan hukuman yang tidak melebihi lima tahun pemenjaraan, denda sehingga RM10,000 dan/atau hukuman merotan sebanyak 12 kali.
Mahkamah Majistret juga membicarakan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Penghulu.

c.Mahkamah lain
Mahkamah Penghulu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM50, jika pihak-pihak yang berkenaan berbangsa Asia dan memahami bahasa Melayu.
Bidang kuasa jenayah terhad kepada kesalahan-kesalahan kecil yang dituduh terhadap seorang berbangsa Asia yang ditetapkan khas dalam warannya yang hukuman denda tidak melebihi RM25.
Mahkamah Penghulu tidak wujud di Sabah dan Sarawak, sebaliknya kedua-dua negeri ini mempunyai Mahkamah Orang Asli yang mempunyai bidang kuasa terhadap semua perkara-perkara awam yang berkenaan dengan adat dan undang-undang orang asli
Terdapat juga Mahkamah Juvenil untuk kes-kes yang melibatkan orang-orang bawah umur.

d.Mahkamah Syariah
Rencana utama: Mahkamah Syariah di Malaysia
Terdapat sebuah sistem selari Mahkamah Syariah negeri yang mempunyai bidang kuasa yang terhad terhadap undang-undang Islam (syariah) negeri. Mahkamah-mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap perkara-perkara yang melibatkan orang Islam, dan umumnya tidak boleh mengenakan hukuman melebihi tiga tahun pemenjaraan, denda melebihi RM5,000, dan/atau hukuman merotan melebihi enam kali.

1.       Mengapakah mahkamah penghulu tidak wujud di Sabah dan Sarawak?
2.       Mahkamah manakah yang boleh mendengar rayuan daripada Mahkamah Penghulu?
3.       Bagaimanakah seseorang hakim dipecat?
4.       Siapakah melantik kesemua hakim secara rasmi di Malaysia?
5.       Siapakah pentadbir mahkamah?
6.       Apakah fungsi utama badan kehakiman di Malaysia?
7.       Apakah yang dimaksudkan dengan mahkamah juvana?
8.       Apakah beza antara nilai kes dan nilai hukuman?
9.       Apakah fungsi Tribunal Perumahan dan  Tribunal Pengguna yang menggantikan fungsi mahkamah?
10.    Siapakah yang layak dilantik sebagai majistert kelas pertama?
11.    Nyatakan beza antara pesuruhjaya kehakiman dan hakim?
12.    Apakah maksud bidang kuasa asal(asli) dengan bidang kuasa rayuan?
13.    Nyatakan perkara-perkara yang menjadi sivil dan jenayah Islam?
14.    Siapakah yang mendengar rayuan bagi kes-kes yang diputuskan dlam Mahkamah Syariah Rayuan?
15.    Majlis negeri manakah yang mengendalikan Mahkmah Syariah?
16.    Mengapakah mahkamah Syariah bukan urusan kerajaan pusat?
17.    Apakah maksud kebebasan kehakiman?

Oleh: Dr.R.Dhanapal/Kelas Bimbingan PA

No comments:

Post a Comment