Sunday, 5 July 2015

Graf

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi perkhidmatan sosial dan ekonomi terpilih pada tahun-tahun yang dinyatakan.


Perbelanjaan pembangunan disediakan bertujuan meningkatkan kecekapan, kebolehan memperbaiki tahap sosial dan ekonomi di samping menyediakan persekitaran yang dapat menggalakkan daya saing dan kecemerlangan sektor swasta.Pada tahun 2001, sejumlah RM4830 juta telah diperuntukkan bagi perkhidmatan perdagangan dan perindustrian. Pada tahun 2002 pula, peruntukan ini telah meningkat kepada RM5546 juta, tetapi berkurangan sebanyak RM29 juta pada tahun 2003.Peningkatan perbelanjaan bagi sektor pertanian dan pembangunan luar bandar adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi menjana semula sektor tersebut sebagai jentera pertumbuhan ketiga. Jikalau jumlah yang diperuntukkan pada tahun 2001 adalah sebanyak RM1394 juta, tetapi peruntukan untuk tahun 2002 telah ditingkatkan sebanyak 118%. Walau bagaimanapun, jumlah ini telah berkurangan sebanyak RM153 juta pada tahun 2003.Bidang keselamatan merupakan bidang yang sentiasa diberikan tumpuan utama oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, peruntukan yang besar sentiasa diberikan kepada bidang ini. Pada tahun 2001, sebanyak RM3286 juta telah Diperuntukkan kepada bidang keselamatan. Walau bagaimanapun, peruntukan ini telah dikurangkan sebanyak RM206 juta pada tahun 2002 dan dikurangkan lagi sebanyak RM17 juta pada tahun berikutnya.Secara keseluruhan, perbelanjaan untuk pendidikan kekal besar sungguhpun pada tahun 2002,jumlah ini berkurangan sebanyak 10.5% daripada jumlah perbelanjaan sebanyak RM10 363 juta pada tahun 2001. Tahun 2003 pula menunjukkan peningkatan semula perbelanjaan untuk perkhidmatan pendidikan sebanyak RM520 juta.Perbelanjaan untuk perkhidmatan kesihatan pada tahun 2003 adalah RM1790 juta. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 36.0% berbanding dengan tahun 2002. Jumlah perbelanjaan pada tahun 2002 ini pula telah berkurangan sebanyak RM254 juta berbanding dengan jumlah perbelanjaan tahun 2001 .(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2002/2003, Kementerian Kewangan Malaysia, halaman 85-86)

No comments:

Post a Comment