Adakah anda percaya
bahawa jika dikatakan gelaran Dr. di hadapan nama dapat diperoleh jika anda
berjaya menghasilan sebuah esei panjangnya 1500 patah perkataan. Begitulah satu
berita yang tersiar dalam Sunday Star keluaran 24 Ogos 2009. Akhbar The Star telah
membuat satu penyiasatan “Starprobe”. Dalam penyiasatan mereka, dapat diketahui
beberapa buah institusi terkemuka menawarkan bogus Ph D dan ijazah palsu kepada
mereka yang ingin memiliki gelaran Dr atau Ijazah Kehormat Dr. Di negara kita
pendidikan swasta begitu pesat membangun bagai cendawan tumbuh. Para pengusaha
begitu licik menipu masyarakat tempatan. Mereka menubuhkan syarikat-syarikat
tertentu dan mendaftarkannya mengikut ROC dan membayar cukai seolah-olah mereka
beroperasi secara legal. Terdapat sesetengah syarikat mengendalikannya tanpa
sebarang pejabat dan berurusan dengan pihak universiti luar dan pelajar mereka
secara talian on line. Bagaimanapun pergerakan mereka ini sukar dikesan kerana
mereka melakukannya secara on line. Mereka yang menjadi agen dan menguruskan
kelas di dalam negara pula diberi gelaran Dr. dan setelah lama berkhidmat
dengan mereka, ditawarkan pula gelaran profesor. Yang ironisnya Dr dan Prof ini
tidak perlu menulis kertas kerja, tidak perlu membentangkan dalam mana-mana seminar
ataupun menulis buku dan menyelia tugasan pelajar Masters ataupun pelajar Ph D.
Mereka ini seolah-olah tiada nilai integriti dalam diri mereka. Mereka ini
rata-ratanya pandai bervokal dan bijak memujuk pelajar untuk menyertai kelas
mereka. Umum mengetahui bahawa tidak ada sebarang jalan yang mudah untuk
mendapat segulung ijazah Ph.D. Kajian akademik Ph D memerlukan
sekurang-kurangnya 3 hingga 4 tahun untuk menghabiskan sebuah disertasi. Tetapi
bogus PhD ini boleh diperolehnya dalam masa kurang tiga bulan. Sebaik sahaja
menjadi pensyarah sambilan dengan institusi tertentu, mereka boleh mendapat
gelaran Dr. Kalau anda membaca akhbar Sunday Star hari ini anda dapat melihat
contoh universiti luar negara yang menawarkan ijazah ini dan pengakuan beberapa
orang personaliti yang mengaku telah menerima gelaran Dr palsu ini. Tetapi
bagaimana pula dengan mereka yang lain. Jadi tuan-tuan dan puan-puan insaflah
segera. Tampillah ke hadapan dan serahkan kembali gelaran dan ijazah palsu
tersebut kepada pihak universiti yang menawarkannya.
No comments:
Post a Comment