Tuesday 16 May 2017

BM SPM Pelajaran 1-4 USM Class

PELAJARAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah permainan tradisional dan langkah-langkah untuk menghidupkan permainan tradisional. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Di negara kita , terdapat pelbagai jenis permainan tradisional daripada pelbagai suku kaum. Antara yang paling popular termasuklah wau, batu seremban, congkak, gasing, konda-kondi, dan banyak lagi. Permainan tradisional dimainkan sama ada oleh kanak-kanak, remaja atau orang dewasa. Namun, kini permainan tradisional semakin terpinggir dan dibayangi oleh permainan moden. Permainan tradisional juga seperti permainan moden dapat membina fizikal kerana pemainnya perlu bergerak aktif, pantas, dan laju. Seseorang yang aktif dalam permainan lazimnya mempunyai bentuk badan yang cantik dan sahsiah yang baik.

Selain itu, permainan tradisional juga menjadi kegiatan riadah untuk mengisi masa senggang setelah pulang dari sekolah dan selepas penat bekerja. Bermain permainan tradisional secara perseorangan ataupun berpasukan dapat mengeratkan hubungan sama ada dalam kalangan pemain ataupun anggota keluarga. Bagi permainan yang lebih besar seperti gasing, wau, dan sebagainya, permainan itu dapat menarik perhatian penduduk dari kampung yang berdekatan sama ada sebagai pasukan lawan atau penonton.Permainan yang dimainkan secara berpasukan pula secara langsung dapat menanam sikap dan nilai kerjasama. Tanpa kerjasama ahli kumpulan, permainan tidak dapat dilangsungkan dengan baik, apatah lagi untuk mencapai kemenangan. Kekuatan sesebuah pasukan bukan sahaja memerlukan kerjasama, malahan bergantung pada ciri kepimpinan dan kepatuhan pengikutnya terhadap arahan ketua serta peraturannya. Setiap permainan juga menuntut pemainnya berfikir untuk mengatur strategi dan memilih teknik yang terbaik untuk menang. Tanpa strategi dan teknik yang bagus, sudah pasti permainan menjadi hambar. Tidak ada pihak yang bermain sekadar untuk menjadi pihak yang kalah.

Permainan tradisional juga tidak memerlukan peralatan khusus seperti raket,kasut, bola dan gelanggang tersendiri. Alat yang digunakan sungguh mudah dan boleh didapati di sekeliling kita seperti biji buah, kayu, buluh, bulu ayam, dan sebagainya.Pendek kata, kita tidak perlu membeli apa-apa peralatan dan tidak melibatkan gelanggang, berbeza dengan permainan moden yang memerlukan gelanggang atau padang. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh memainkannya dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Permainan tradisional juga boleh dimainkan di mana-mana dan bila-bila masa sama ada di luar atau di dalam rumah.

Untuk mengembalikan permainan tradisional itu ke pangkuan remaja kini barangkali terlalu sukar kerana kebanyakannya tidak begitu popular lagi dan tidak sesuai dengan persekitaran yang ada kini. Malahan kebanyakan remaja sekarang beranggapan bahawa permainan tradisional merupakan permainan yang ketinggalan zaman. Ada juga yang berpendapat bahawa permainan tradisional bukan sahaja tidak menyeronokkan, tetapi membuang masa mereka sahaja, serta membosankan. Tegasnya, untuk menggelakkan permainan tradisional daripada terus dilupakan, pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda dan hati masyarakat kita.





Soalan 2 : Pemahaman [35 markah]

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata semakin terpinggir.[2 markah]
(ii) Pengarang telah menyatakan beberapa tanggapan remaja terhadap permainan tradisional.Nyatakan tanggapan-tanggapan tersebut[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan penting yang boleh dimainkan oleh pihak sekolah ntuk menghidupkan kembali permainan tradisional di negara kita.Huraikan dua peranan tersebut.[4 markah]

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan dan penggunaannya.
(i) menyalahi – menyalahkan  (ii) melebihi – melebihkan  (iii) menghiasi – menghiaskan  (6 markah]
(i) analisis   (ii)strategi  (iii) material  (iv)  publisiti   (v)  integrasi (vi) kontinjen

(b) Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
Amin : Selamat petang, boleh saya bercakap dengan Farid?
Encik Malik : Selamat petang, siapa yang bercakap tu?
Amin : Saya Amin, kawan sekelas Farid.
Encik Malik : Maafkan pak cik nak. Farid baru saja keluar. Ada apa-apa pesanan dapat pak cik sampaikan?
Amin : Saya nak ajak Farid ke rumah Ali untuk berbincang tentang kerja kursus kami.
Encik Malik : Nanti pak cik sampaikan pesanan ni kepada Farid.
Amin : Terima kasih, pak cik.[6 markah]

b.Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud  asalnya.
(i)Pertubuhan bukan kerajaan  telah menyeru semua rakyat Malaysia untuk menderma kepada rakyat Palestin.
(ii)Kita sepatutnya menyokong usaha pihak kerajaan untuk mengurangkan pendatang tanpa izin ke negara kita
(iii) Ibu bapa perlu mendengar keluhan anak-anak agar dapat mengatasi masalah emosi mereka.

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Ibu memotongkan kek itu kepada sepuluh bahagian supaya dapat diagehkan kepada anak-anak yatim itu.
(ii) Semua calun yang akan menduduki peperiksaan SPM diminta semak angka giliran masing-masing di bilik kaunseling.
(iii) Orang kampung lebih suka menghabiskan masa beristirehat di warung kopi Pak Ali sambil mengisikan perut mereka
(iv)Pengguna yang memanfaat kemudahan taman awam mampu meningkatkan tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal seperti senaman dan bersukan secara kumpulan atau individu. Di samping itu, keindahan persekitaran alam seperti pokok teduhan dan pokok bunga-bungaan dikawasan itu dapat memberikan ketenangan kepada pengguna dan kelegaan daripada stress seharian. Sesetengah taman telah berjaya menarik ribuan pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikkan sendiri. Hal ini akan membawa peningkatan ekonomi setempat dari segi penginapan, perniagaan makanan dan kraftangan.
 


PELAJARAN 2

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Sistem penghawa dingin yang tidak berfungsi telah menyebabkan lima orang pekerja-pekerja syarikat itu mati ketika berada di dalam terowong yang panas.
(ii) Pihak ibu bapa begitu murka kerana pihak sekolah tidak melaksanakan hukuman merotan mengikut prosedur yang betul.
(iii) Kita tidak boleh bergantung kepada sektor perindustrian semata-mata oleh kerana sektor pertanian juga memainkan peranan untuk menyumbangkan pendapatan negara. [6 markah]
(i) Pendidikan industri  ialah pendidikan yang menjurus ke bidang teknologi untuk melahirkan kumpulan kerja yang mahir dalam bidang perindustrian.
(ii) Pihak media dan semua pakar-pakar bahasa Melayu perlu berusaha sekuat upaya untuk membantu rakyat menguasai bahasa Melayu dengan baiknya.
 (iii) Peningkatan jumlah pemilik kredit kad dalam kalangan masyarakat menunjukkan yang masyarakat Malaysia merupakan golongan yang suka berbelanja.

Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian tuliskan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i) Choong dan Raju dinasihati oleh guru kaunseling itu agar berbaik-baik semula dan melupakan segala persengketaan yang wujud antara mereka.
(ii) Zafir tidak senang duduk di dalam kelasnya, terutama selepas dia dipanggil oleh guru kelasnya masuk ke bilik pengetua.
(iii) Sebagai ibu bapa, kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil lagi agar mereka menjadi insan yang berguna.[6 markah]

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.
1. Raju dan Kumar merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering bekerjasama dalam apa jua situasi.
2. Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
3. Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat .
4. Penduduk Kampung Jaya Setia sering berganding bahu dan menyelesaikan masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.
5. Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.
6. Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia hanya menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.
7. Anidah sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia mudah faham apa yang diajar oleh guru.
8. Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan sebagaimana semasa dia membuat tempahan dahulu.
9. Pak Abu tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanannya sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.
10. Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk memastikan mereka mempunyai akhlak yang cemerlang.

Dalam setiap ayat di bawah  terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

e.Baca peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa lain yang sama  atau hampir sama dengan peribahasa tersebut..
i)    ke bukit sama didaki , lurah sama dituruni
ii)   ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semua
iii) berjalan peliharakan kaki, bercakap peliharakan mulut.

Soalan 4 : Novel [15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel tingkatan empat dan lima:
(a) Jelaskan dua contoh peristiwa yang berfaedah yang dapat anda peroleh setelah membaca novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu persoalan kerjasama yang terdapat dalam setiap novel. [8 markah]


PELAJARAN 3
Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
(a Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk  menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
  (i)analisis (ii)strategi(iii)material(iv)publisiti (v)integrasi(vi)kontinjen
(b)Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud  asalnya.
(i)Pertubuhan bukan kerajaan  telah menyeru semua rakyat Malaysia untuk menderma kepada rakyat Palestin
(ii)Kita sepatutnya menyokong usaha pihak kerajaan untuk mengurangkan pendatang tanpa izin ke negara kita
(iii)Ibu bapa perlu mendengar keluhan anak-anak agar dapat mengatasi masalah emosi mereka.
 (c)Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula  
Pengguna yang memanfaat kemudahan taman awam mampu meningkatkan tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal seperti senaman dan bersukan secara kumpulan atau individu. Di samping itu, keindahan persekitaran alam seperti pokok teduhan dan pokok bunga-bungaan dikawasan itu dapat memberikan ketenangan kepada pengguna dan kelegaan daripada stress seharian. Sesetengah taman telah berjaya menarik ribuan pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikkan sendiri. Hal ini akan membawa peningkatan ekonomi setempat dari segi penginapan, perniagaan makanan dan kraftangan.
(d)Dalam setiap ayat di bawah  terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)Pendidikan industri  ialah pendidikan yang menjurus ke bidang teknologi untuk melahirkan kumpulan kerja yang mahir dalam bidang perindustrian
 (ii)Pihak media dan semua pakar-pakar bahasa Melayu perlu berusaha sekuat upaya untuk membantu rakyat menguasai bahasa Melayu dengan baiknya.
(iii)Peningkatan jumlah pemilik kredit kad dalam kalangan masyarakat menunjukkan yang masyarakat Malaysia merupakan golongan yang suka berbelanja.
(e)Baca peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa lain yang sama  atau hampir sama dengan peribahasa tersebut..
i)             ke bukit sama didaki , lurah sama dituruni
ii)           ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semua
iii)          berjalan peliharakan kaki, bercakap peliharakan mulut.

Rumusan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan IPT (institusi pengajian tinggi) dan faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah IPT menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pelajaran.  Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Landskap pendidikan negara akan memasuki fasa baharu apabila penjenamaan semula Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) disiapkan dan dikenali sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pengajian Tinggi).  PSPTN bertujuan mentransformasikan dan mengangkat pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi. Untuk mencapai matlamat ini Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini dipertanggungjawabkan untuk membantu menyediakan modal insan berkemahiran tinggi supaya Malaysia menjadi  negara maju. Modal insan yang dilahirkan oleh IPT itu pula bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik tetapi memiliki nilai moral yang tinggi.
             Fokus awal yang perlu diberi perhatian oleh setiap IPT ialah memberikan tumpuan kepada pemilihan ahli akademiknya terlebih dahulu. Pensyarah IPT perlu menguasai ilmu sepenuhnya dan faham tentang aspirasi negara.  Hal ini demikian kerana, IPT perlu melahirkan graduan yang menyokong teras misi nasional dalam meningkatkan keupayaan dan inovasi negara. Dalam masa yang sama, masyarakat mengharapkan bidang pengajian tinggi dapat membentuk graduan yang   mampu menterjemahkan pengetahuan kepada amalan.  Apa yang jelas ialah graduan  hendaklah dibekalkan dengan kebolehan  kognitif yang tinggi iaitu berfikiran secara analitikal. Minda mereka juga seharusnya diasah dengan tahap penaakulan yang tinggi supaya mampu menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara. 
Setiap graduan mengharapkan kerjaya yang baik setimpal dengan pengorbanan mereka selama bertahun-tahun di IPT. Oleh itu, kerajaan perlu mewujudkan pangkalan data yang lengkap  bagi mengenal pasti keperluan sumber tenaga manusia. Sehubungan dengan itu, sewajarnyalah para pemimpin IPT berusaha untuk meningkatkan keupayaan program yang ditawarkan di samping berperanan menambah baik  kualiti pengajian  bidang tertentu agar graduan berupaya meneroka  bidang yang diceburi sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian nanti.
Rakyat Malaysia mengharapkan IPT tempatan  mampu meneruskan kecemerlangannya pada masa hadapan. Perancangan strategik yang komprehensif perlu dirangka oleh peneraju IPT untuk wawasan jangka masa panjang. Tidak dapat dinafikan juga, barisan kepimpinan IPT terutamanya naib canselor  merupakan faktor utama penentu kejayaan IPT. Oleh itu,  tapisan ketat perlu dilaksanakan  untuk mengisi jawatan naib canselor. Pihak kerajaan perlu  memberikan lebih banyak kuasa kepada Lembaga Pengarah Universiti  agar mereka dapat berperanan sebagai pembimbing dan pemantau pembangunan sesebuah IPT. Dalam hal ini,  diharapkan para ilmuwan dan cendekiawan negara dapat melontarkan idea-idea bernas untuk memantapkan IPT tempatan. Sesungguhnya, kita mengharapkan IPT tempatan dapat terus hidup dan berjuang di pentas pendidikan selari dengan kehendak dunia moden kini.
Soalan 2 (a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(I)Berikan  maksud rangkai kata menabur bakti [2 markah]
(ii)Pengarang mengemukakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan IPT tempatan terus cemerlang  pada masa hadapan.  Nyatakan langkah-langkah itu [3 markah]
(iii)Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah IPT agar diiktiraf dan tersohor di peringkat antabangsa?  [4 markah]
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

          Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami.Jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau.Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-kelamaan menjadi sebahagian panorama kampung. Walaupun lelaki berkulit putih yang gemar berseluar pendek dan bertopi bulat itu terkenal kerana kemurahan senyumannya, kawasan kebun getah, estet pekerja serta banglo kolonialnya tetap asing kepada kami.
Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil, yang sudah yatim piatu itu sudah menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke perkarangan estet Tuan Booth.
“Eloklah... paling tidak, dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri .” Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat menjadi, kami tetap bertani secara tradisi.Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan keledek. Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung yang dulu, yang hidup atas dua matlamat- rezeki dan ibadat. (Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’ oleh  Zainal Rashid Ahmad dalam antologi Sejadah Rindu, Tingkatan 5)

(i)  Apakah bentuk perubahan yang berlaku di kampung itu dengan kehadiran Tuan Booth dan pekerja estet keturunan India?   (2 m)
(ii)  Pada pendapat anda, mengapakah kawasan kebun getah , estet pekerja, dan banglo Tuan Booth begitu asing kepada penduduk kampung tersebut?  (3 m)
(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain dalam cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. (4 m)

Kesalahan penggunaan ejaan dam imbuhan
1.Wakil Rakyat di kawasan luar bandar itu mengsyorkan pembinaan sebuah balai raya di situ.
2.Salina menggunakan e-mail untuk menyampai mesej kepada rakan-rakannya.
3.Kempen anti-denggi yang dilancar pada bulan lepas mendapat sambutan yang menggalakkan.
4.Para pelancung yang datang ke negara ini tidak wajar memakai pakaian yang mencolok mata.
 5.Pereka hiasan dalaman itu hanya menggunakan perabut tempatan semasa menghiasi pejabat syarikat ternama itu.
 6.Suri rumah sering ditipu oleh juru jual yang datang menjual beranika barangan dari rumah ke rumah.
7.Kebenaran menggunakan talifon bimbit di sekolah yang berkuatkuasa baru-baru ini kurang disenangi oleh sesetengah ibu bapa.
8.Para pelajar tidak digalakan menyertai rancangan kuiz yang disiarkan pada tengah malam dan menyediakan hadiah cepu mas.
9.Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbit monogeraf yang menghimpunkan kajian ilmiah tentang bahasa, sastera dan kebudayaan.
10.Kebolehan Adiputera menyelesaikan masaalah Matematik dalam usia yang begitu muda amat mengkagumkan.
 11.Penduduk Kampung Selamat sedang menghadapi satu mala petaka besar akibat buangan sisa toksik di kampung tersebut.
 12.Mengumpul stem menjadi hobi bapa Khairil sejak beliau masih di bangku sekolah lagi.

PELAJARAN 4

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1.Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan  pasu bunga
2.Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
3.Puan Sarah menghadiahi  Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.      
4.Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5.Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingan tersebut.
6.Saya  membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
7.Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
8.Mereka menyusun kerusi-kerusi  itu di padang sebelum acara sukan bermula.
9.Semua pelajar  sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
10.Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

Nyatakan peribahasa yang sesuai mengikut situasi berikut
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut.
5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
8. Santosh seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.         Novel berbahasa Inggeris itu sudah dibaca oleh Helen bulan lalu.
2.         Para pengawas dinasihati oleh guru disiplin agar menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid yang lain.
3.         Pemandangan di kampung nelayan  itu saya lukis.
4.         Tikus telah berjaya ditangkap oleh Si Comot, kucing kesayangan emak pagi tadi.
5.         Tingkah laku anak haruslah diawasi oleh ibu bapa agar mereka tidak tersalah langkah
6.         Setelah lulus dalam ujian memandu Mei Ling dihadiahi sebuah kereta Kancil oleh Puan Lucy.

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.
1.         Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmatan Awam daripada pelajar yang cemerlang.
2.         Eksperimen itu telah kau jalankan dengan baik.
3.         Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormatan dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana Alam Shah, Kelang.
4.         Suzi dihadiahi Halim sejambak bunga ros sempena hari jadinya yang ke-23
5.         Stor sukan hendak kami kemas pada petang nanti.
6.         Nota sejarah saya telah anda ambil semalam.


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remaja untuk merealisasikan '1Malaysia' dan kekangan yang dihadapi. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Gagasan ' lMalaysia' bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Identiti setiap kaum yang berbeza itu dianggap sebagai aset dan asas utama konsep ini ialah keadilan untuk semua kaum. Sekolah dan universiti yang rata-rata terdiri daripada golongan remaja dan belia sebenarnya cerminan kepada '1Malaysia'. Sehubungan dengan itu, semua remaja dan belia perlu mempunyai misi dan visi yang sama dengan kepemimpinan negara.
Perbezaan budaya dan agama bukan penghalang kepada perpaduan, sebaliknya perbezaan itu dilihat sebagai suatu keistimewaan dalam masyarakat majmuk di negara kita. Remaja kita, khususnya perlu menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta keharmonian antara kaum selama ini. Keadaan ini perlu dilestarikan demi keharmonian dan keamanan negara. Perpaduan antara kaum perlu disepadukan dengan mengetepikan masalah peribadi dalam kalangan rakyat. Perpaduan kaum juga mungkin tidak akan tercapai jika kita tidak mempunyai warganegara yang berkualiti dan aktif dalam menunaikan tanggungjawab mereka.
Sejajar dengan itu, remaja juga mestilah mempunyai kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah, sesuai dengan peranan mereka sebagai bakal pemimpin dan penentu masa depan negara. Remaja yang cemerlang dalam mengejar ilmu pengetahuan mempunyai sifat dan ciri yang dapat menjadikan mereka berminda kelas pertama. Orang muda perlu berjuang demi masa depan dengan ciri kewarganegaraan satu bangsa, satu bahasa, dan satu negara. Bagi memastikan aset terpenting negara ini terus bersinar, remaja perlu menumpukan usaha ke arah menggilap potensi dan menyerlahkan bakat yang ada. Hal ini penting kerana mereka yang berbakat dan mempunyai nilai serta kualiti yang tinggi dapat menyumbang ke arah merealisasikan hasrat murni ini.
Sebagai generasi pelapis negara ini, remaja tiada pilihan lain kecuali meletakkan prestasi akademik sebagai keutamaan. Mereka perlu berusaha dan beriltizam pada setiap masa serta bersaing secara sihat dalam mengejar ilmu. Penglibatan lebih aktif dalam bidang sukan juga membantu menjayakan gagasan 'lMalaysia'. Sukan merentasi semua sempadan dan setiap kejayaan merupakan hasil komitmen sebagai sebuah pasukan atau institusi yang diwakili. Sukan juga menjadi landasan untuk meningkatkan kerjasama bagi mencapai kejayaan secara berpasukan.
Golongan remaja perlu menyertai pelbagai bentuk program dan aktiviti yang merangkumi aspek politik, ekonomi, budaya dan sosial. Program pembangunan belia juga tidak boleh lagi dilaksanakan melalui persatuan berbentuk perkauman. Sasaran program juga tidak semestinya terbatas kepada keahlian dalam persatuan sahaja. Maka, program yang melibatkan semua kaum perlu dipertingkatkan agar remaja dapat berinteraksi dan bermesra. Mereka juga dapat mengenali budaya kaum lain. Keadaan ini akan meningkatkan persefahaman antara remaja yang berlainan kaum. Oleh itu, remaja perlu mengambil inisiatif untuk mengenali nilai, norma dan budaya kaum lain.
Jelaslah, remaja berperanan penting dalam menjanakan agendamembina negara bangsa. Untuk memajukan negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan keadaan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum. (Dipetik dan diubah suai daripada 'Merealisasikan 'Satu Malaysia' oleh IsmailSualman, Dewan Siswa, Ogos 2009)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)         Apakah maksud rangkai kata menjanakan agenda? [2 markah]

(ii)        Bagaimanakah penyertaan dalam pelbagai bentuk program dapat merealisasikan gagasan 1Malaysia?                                                                                                                                                           [3 markah]

(iii)       Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah dalam memahamkan pelajar tentang gagasan ‘1Malaysia'?

[4 markah]

No comments:

Post a Comment