Tuesday, 16 May 2017

DEPRESI DAN KUALITI HIDUP


·         semakin tinggi depresi maka semakin rendah kualiti hidup pesakit.
·         pesakit yang mengalami depresi akan membawa kepada penurunan kualiti hidup mereka termasuklah aspek fizikal, hubungan sosial persekitaran dan kualiti hidup secara keseluruhan.
·         Kualiti hidup seringkali menyusut kerana komitmen harian yang terpaksa ditanggung atau dikurangkan bagi menjalani rawatan.
·         Tahap kualiti hidup yang menurun akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal pesakit termasuklah peranan mereka dalam keluarga, kebebasan, kesejahteraan, hubungan personal dan sosial (Suet-Ching 2001; Bakewell et al. 2002).
·         Sekiranya masalah depresi dan kualiti hidup tidak diberi penekanan, masalah yang lebih serius akan berlaku seperti meningkatnya kes kematian dan kemasukan pesakit ke hospital.
·         Malah menurut Rumsfeld et al. (1999) dan Mapes et al. (2003), kadar kematian dan kemasukan pesakit ke hospital ada kaitan dengan berlakunya penurunan di dalam tahap kualiti hidup pesakit.
·         Oleh kerana itulah faktor yang boleh membawa kepada kemerosotan kualiti hidup pesakit seperti depresi perlu ditanggani sewajarnya agar pesakit dapat menjalani kehidupan dengan lebih bermakna dan menjadi individu yang produktif.

·         Oleh itu adalah penting simptom depresi didiagnosis dan diberi perhatian yang sewajarnya kerana ia boleh membawa kepada penurunan kualiti hidup dan menjadikan pesakit tidak dapat berfungsi dengan baik.

No comments:

Post a Comment