Tuesday, 21 July 2015

Karangan Ekonomi Antarabangsa-P3

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas (P3), diminta menulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 berdasarkan rangka berikut. Pilih mana-mana 5 idea

Tabung Kewangan Antarabangsa bersama Bank Dunia sedang giat merangka pelan pemulihan ekonomi negara-negara yang dilanda kegawatan ekonomi. Bincangkan kesan-kesan pemulihan ekonomi kepada negara-negara tersebut.

1.      kehidupan rakyat negara-negara tersebut menjadi lebih selesa
2.      peluang pekerjaan terbuka luas kepada rakyat negara tersebut
3.      kuasa membeli rakyat negara tersebut (purchasing power) akan meningkat
4.      rakyat negara tersebut akan terhalang daripada melakukan jenayah
5.      negara-negara miskin atau kurang maju tidak perlu meminjam wang dengan faedah tinggi daripada negara maju yang lain
6.      sektor-sektor ekonomi negara tersebut bertambah maju kerana produktiviti akan meningkat
7.      pengaliran masuk pelaburan akan meningkat
8.      negara-negara tersebut akan terhalang daripada beban hutang yang tinggi (Dialog Utara Selatan)

Pelajar-pelajar diminta berjumpa dengan cikgu jika tidak memahami cara menghuraikan idea-idea. Setiap huraian perlu diselitkan dengan nama negara dunia ketiga/kurang maju/miskin



Karangan Ekonomi- P1

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah (P1), diminta menulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 berdasarkan rangka berikut. Pilih mana-mana 5 idea.

Penanggungan kos sara hidup merupakan satu beban kepada rakyat Malaysia. Keadaan bertambah buruk apabila negara dilanda masalah kegawatan ekonomi. Dalam hal ini, kerajaan seyogianya mengambil langkah-langkah tertentu untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi. Ulaskan.

1.      memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi
2.      pembeli diberi pelepasan cukai atas faedah pinjaman
3.      membantu rakyat dengan menambah baik infrastruktur awam
4.      bon simpanan kerajaan diterbitkan untuk menjana pendapatan rakyat
5.      menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar
6.      melaksanakan projek-projek mega agar peluang pekerjaan dapat dijana
7.      program mikrokredit tanpa cagaran perlu disediakan
8.      memberi bantuan kewangan kepada golongan kurang bernasib baik seperti OKU,    
         ibu tunggal, warga emas dsb
9.      menggalakkan pihak bank untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman
10.    mewujudkan peluang pelajaran secara seimbang agar semua lapisan masyarakat
         dapat meningkatkan taraf hidup


Friday, 17 July 2015

NOTA PA P1- Badan tidak berkanun

Badan tidak berkanun
- dibawah akta syarikat
- kerajaan mempunyai kepentingan ekuiti
- boleh menubuhkan anak syarikat
- contoh PETRONAS , Petronas Dagang
- mempergiat aktiviti ekonomi dan perniagaan
- mendapatkan keuntungan kerajaan kerana ekuitinya dipegang oleh pihak kerajaan
- melaksanakan kegiatan dalam bidang yang enggan diceburi oleh pihak swasta kerana sebab tertentu
Tujuan penubuhan
- membolehkan penglibatan kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara
- menceburi kegiatan yang tidak diceburi oleh sektor swasta kerana kurang menguntungkan atau memerlukan modal besar
- memastikan pembangunan yang pesat dan teratur
Ciri
1. lebih bebas / tidak terikat kepada peraturan pentadbiran kerajaan
2. boleh menguruskan sendiri aspek perkhidmatan seperti pengambilan , kenaikan pangkat dan pemberhentian kerja
3. autonomi dalam hal pengurusan dan kewangan
4. boleh memiliki harta / kumpulan wang
5. dapat bergerak dengan pantas / berkesan
6. kawalan kerajaan keatasnya agak longgar
7. perlu kemuka anggaran belajawan dan rancangan pembangunan tahunan
lembaga pengarah
- berada di bawah portfolio seorang menteri
- ketua eksekutif – pengurus besar
- ahli lembaga pengarah dilantik oleh menteri
- lembaga pengarah bertanggungjawab bagi pembentukan dasar dan pengawasan perjalanannya
- dipecahkan kepada beberapa bahagian
- mempunyai cawangan diperingkat negeri , daerah dan sebagainya

kakitangan
- dianggap kakitangan awam
- tidak tertakluk kepada SPA
- kakitangan lain boleh dipinjamkan / tukar ke sini
- perlu juga merujuk kepada JPA dan perbendaharaan untuk kelulusan
- badan tidak berkanun – bebas melantik / ada skim perkhidmatan sendiri

perbadanan awam negeri
- penubuhannya tertakluk pada undang-undang parlimen atau DUN seperti enakmen

- bagi tidak berkanun – dibawah akta syarikat

NOTA PA P1-AKTA BADAN BERKANUN (KUASA MEMINJAM) 1999


Suatu Akta untuk mengawal selia penjalanan kuasa meminjam oleh semua badan berkanun yang ditubuhkan oleh undang-undang  persekutuan dan oleh semua syarikat dan perbadanan yang ditubuhkan oleh badan berkanun itu, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
[10 September 1999]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Badan Berkanun (Kuasa Meminjam) 1999.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“badan berkanun” ertinya mana-mana pertubuhan yang ditubuhkan oleh undang-undang persekutuan;
Menteri”, berhubung dengan sesuatu badan berkanun, ertinya Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi badan berkanun itu;
perbadanan” ertinya sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh suatu badan berkanun menurut kuasa yang diberikan kepada badan berkanun itu di bawah undang-undang persekutuan yang menubuhkan badan berkanun itu;6 Undang-Undang Malaysia AKTA 598

syarikat” ertinya sesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965 [Akta 125] oleh suatu badan berkanun menurut kuasa yang diberikan kepada badan berkanun itu di bawah undang-undang persekutuan yang menubuhkan badan berkanun itu.

Nota PA P1-Badan Berkanun

Apakah yang dimaksudkan dengan Badan Berkanun Persekutuan (BBP)?

Mengikut Akta Badan-Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240], Badan Berkanun Persekutuan ialah mana-mana pertubuhan perbadanan tidak kira dengan nama apa ia dikenali yang diperbadankan menurut peruntukan Undang-Undang Persekutuan dan yang menjadi pihak berkuasa awam atau agensi Kerajaan Malaysia tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.


Seperti syarikat, BBP merupakan entiti berasingan yang mempunyai kuasa pentadbiran umum, boleh menyaman dan disaman atas namanya, boleh memeterai kontrak dan boleh memiliki, membeli, mengambil, memegang, serta menikmati pelbagai jenis harta alih dan tidak alih.

NOTA PA P1- SISTEM PENTADBIRAN MALAYSIA

 Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang bertugas selama 5 tahun dan dipilih oleh Majlis Raja-Raja. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa serta ada juga yang dijadikan sebagai kuasa bersama.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Sistem pentadbiran ini adalah berdasarkan Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan Britain. Kuasa pemerintahan lebih banyak dipegang oleh cabang eksekutif berbanding perundangan. Pilihan raya umum pula perlu diadakan setiap lima tahun sekali bagi memilih pemerintah.
Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang senator (iaitu panggilan yang diberikan kepada ahli Dewan Negara). Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua:
1. 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah warganegara Malaysia, tidak kurang dari 30 tahun, waras fikiran, bukan seorang muflis dan tidak mempunyai rekod jenayah. Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.
Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.
Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.
Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Kuasa politik di Malaysia amat penting bagi memperjuangkan sesuatu isu dan hak oleh yang demikian kuasa memainkan peranan yang amat penting dalam melakukan perubahan.
Kelayakan menjadi ahli adalah warga negara Malaysia, tidak kurang dari 21 tahun, waras fikiran, bukan seorang muflis dan tidak mempunyai rekod jenayah. Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.
Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.
Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan Rakyat. Walaupun Timbalan Menteri dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu

PA NOTA P1- Harus Hafal

Semua maklumat ini pasti keluar dalam peperiksaan Penggal Satu dan juga Percubaan
Antara fakta yang harus dihafal oleh pelajar:
·         Perlembagaan merupakan kuasa tertinggi di Malaysia
·         Mengapa? Kerana perlembagaanlah yang menetapkan kuasa kepada ketua kerajaan dan ketua negara.
·         Siapa ketua negara? Ketua negara ialah YDPA
·         Siapa ketua kerajaan? Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri
·         YDPA dilantik dalam Majlis Raja-Raja Melayu
·         Walaupun telah ditetapkan siapakah raja dan raja-raja sememangnya mengikut giliran negeri masing-masing, namun pemilhan perlu dibuat dalam MRR.
·         Setiausaha MRR  iaitu Penyimpan Mohor Besar (Beliaulah yang mengumumkan bilakah hari berpuasa dimulakan dan bilakah hari raya patut disambut)
·         Beliau mengumumkan ini bagi pihak MRR. Sebab beliaulah jurucakap rasmi MRR dan Raja-Raja tidak mengadakan sidang media.
·         MRR memilih YDPA dan Timbalan YDPA  secara undi sulit. Kertas undi diedarkan oleh SU MRR dan kesembilan raja Melayu cuma tick sahaja pada ruang yang disediakan.
·         Mereka semua akur akan giliran. Jadi tiada perbalahan atau sabotaj dalam pemilihan ini.
·         Kesemua mereka tetap diberi peluang oleh perlembagaan untuk menjadi YDPA.
·         Sebelum pengundian dibuat, baginda yang sepatutnya menjadi YDPA boleh menolak atas alasan uzur atau terlalu muda.
·         Maka peluang akan diberikan kepada timbalannya. Namun undian tetap dijalankan juga
·         YDPA menjalankan kuasa mengikut budi bicara dan mendengar nasihat PM
·         Dalam situasi apabila YDPA tiada di dalam negara kerana urusan rasmi di luar negara ataupun gering/uzur, maka timbalan YDPA akan menjalankan kuasa-kuasa YDPA
·         Budi bicara YDPA seperti menolak permintaan PM untuk bubarkan parlimen, melantik permaisuri, melantik pemangku raja di negeri baginda, memanggil mesyuarat MRR, memanggil persidangan parlimen, menasihati hal ehwal agama Islam di negerinya dan di Wilayah Persektuan dan di negeri-negeri yang tiada raja Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
·         Mendengar nasihat PM dalam semua urusan pentadbiran negara.
·         Ini termasuklah pelantikan hakim, ahli suruhanjaya, melantik barisan kabinet, melantik KSN, Peguam Negara, Ketua Audit Negara , Ketua Polis Negara dan sebagainya.
·         Setiap jawatan rasmi negara ada peranan mereka masing-masing
·         Pelajar-pelajar harus ingat atau hafal sekurang-kurangnya dua peranan
·         Bolehkah perlembagaan digubal? Tidak boleh. Perlembagaan yang kita gunakan sekarang adalah Perlembagaan yang kita gubal ketika pembentukan Malaysia.
·         Tetapi perlembagaan boleh dipinda . Maksudnya boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan. Tetapi ada syaratnya
·         Apa syarat? Jika perkara-perkara mengenai agama Islam, kedudukan Bumiputera (termasuk orang Melayu), keistimewaan raja-raja Melayu, BM sebagai bahasa kebangsaan serta hal-hal kewarganegaraan (bukan semua ,cuma yang melibatkan kepentingan sah kaum-kaum) perlu mendapat perkenaan MRR sebelum dibahaskan di parlimen. Di parlimen jika terdapat dua pertiga ahli parlimen bersetuju, barulah perkara-perkara tersebut boleh dipinda.
·         Selain lima perkara di atas, parlimen boleh membahaskan dan meluluskannya dengan syarat dua pertiga persetujuan ahli parlimen.

·         Bagaimanapun hal-hal berkaitan dengan bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu mendapat keizinan YDPN negeri tersebut.

PA NOTA P3-HUTANG NEGARA-NEGARA KAYA


Itali adalah negara Eropah terbaharu yang terpaksa menanggung beban hutang selepas Greece, Ireland dan Portugal menghadapi masalah yang sama tahun ini.
Situasi di Eropah kini sememangnya sukar dengan sesetengah negara berhadapan krisis hutang yang teruk.
Greece mempunyai hutang sebanyak 160 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding 60 peratus bagi Cyprus. Greece juga mempunyai defisit 11 peratus, kadar pengangguran 15 peratus dan pertubuhan ekonomi yang negative.  
Sebelum ini, pemerintah Greece telah menjual beberapa buah pulau di negara itu untuk membayar balik hutang negara. Turut dijual ialah tanah milik negara di Pulau Mykonos, destinasi pelancongan paling popular di Greece.
Hakikatnya, negara-negara kaya merupakan penghutang terbesar di dunia.
Sehingga penghujung tahun 2010, Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga pertama negara paling banyak hutang iaitu AS$13.9 trilion diikuti Kesatuan Eropah (AS$13.7 trilion), Britain (AS$8.9 trilion), Jerman (AS$4.7 trilion), Perancis (AS$4.6 trilion dan Jepun (AS$2.4 trilion).
Beban hutang kerajaan yang kini perlu ditanggung oleh pekerja di negara kaya meningkat dua kali ganda di antara tahun 2007 dan 2015.
Perkara tersebut menyebabkan berlaku pengecutan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya sistem kesihatan mereka.
Masalah hutang sudah lama dideritai oleh negara-negara mundur seperti Sub-Sahara Afrika yang melibatkan 42 buah negara.
Menurut Noreena Hertz, penulis buku The Debt Threat: How Debt is Destroying the World, setiap hari rakyat di benua yang terkenal dengan kemiskinan itu membayar AS$30 juta hutang sedangkan pada masa yang sama 26 juta rakyatnya dijangkiti HIV dan Aids.
Pasca Perang Dunia Kedua, kerajaan di negara-negara maju, bank-bank swasta serta badan kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memberikan pinjaman hutang kepada Negara-Negara Dunia Ketiga untuk membiayai projek infrastruktur mega seperti lebuh raya dan pelabuhan.
Kegagalan untuk membayar balik pinjaman telah menjerat negara-negara peminjam. Krisis yang sama kini dihadapi oleh negara maju khususnya di Eropah.
Negara kaya yang banyak hutang hakikatnya memberi sumbangan yang kecil dalam membantu pertumbuhan ekonomi global.
Negara kaya seperti Jepun akan menyaksikan hutang kerajaan bagi setiap penduduk meningkat daripada AS$31,700 pada tahun 2007 kepada AS$68,500 pada tahun 2015.


Jepun
Dengan beban hutang yang bertambah secara automatik ia mempengaruhi pertumbuhan dan kestabilan sesebuah negara. Ini turut menjadi ancaman kepada ekonomi global.
Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde berpendapat jika krisis ekonomi Eropah bertambah buruk, negara Asia akan menerima tempiasnya.
Hakikatnya kini, kuasa ekonomi Asia, Jepun mengalami kadar hutang negara lebih 200 peratus daripada KDNK. Semua ini didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang perlahan sejak beberapa tahun yang lalu.
Kemerosotan ekonomi dan pertambahan hutang di negara Eropah adalah disebabkan oleh kegagalan menguruskan polisi dan sistem kewangan dengan baik.
Kerajaan Greece tidak berjaya melaksanakan penggubalan dasar ekonomi yang baik untuk rakyatnya.
Kejatuhan ekonomi sesebuah negara akan turut mengheret masalah politik dan sosial.
Jika sesebuah negara itu muflis dan dibelenggu hutang, maka jadilah huru-hara kerana rakyat tidak menerima manfaatnya.
Malaysia tidak begitu bimbang dengan masalah ekonomi yang dihadapi Greece kerana Malaysia tidak terikat dari segi perdagangan dengan negara Eropah itu.
Bagaimanapun  kita perlu bersedia kerana ini juga mampu memberi kesan kepada negara Eropah lain.
Apabila negara yang mempunyai hubungan dagang dengan kita seperti Jerman, Britain dan Perancis terkesan, kita juga akan menerima tempiasnya.


Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3g9Ferjnw

PA Nota P3- Perbandingan Hutang Negara Greece Dan Malaysia


Rundingan pada 20 Februari 2015 membolehkan Greece mendapat empat bulan tambahan bagi pembiayaan. Kemudian pada 4 Jun 2015 Greece telah meminta IMF menangguhkan ansuran ke hujung bulan Jun. Pada 27 Jun 2015. Tsipras telah mengumumkan referendum tentang perjanjian bailout antara Greece dan pemiutang antarabangsa akan dibuat pada 5 Julai 2015. Selepas ECB memutuskan untuk tidak memanjangkan dana kecemasan yang akan menutup peluang Greece untuk menerima €7.2 billion, Greece telah menutup semua operasi bank dan mengenakan kawalan modal. Tindakan itu telah menimbulkan panik di kalangan rakyat Greece.
Greece menghadapi dua pilihan yang akan mempengaruhi hala tuju negara. Pengundi perlu memilih satu daripada dua pilihan yang tidak baik ini pada 5 Julai 2015, iaitu:
1) Jika undi Ya: Greece boleh menerima permintaan Troika untuk tambahanausterity dan meneruskan penerimaan bantuan dari negara luar, atau
2) Jika undi Tidak: Greece boleh menolak Troika yang akan beri kesan ke atas hutang Greece dan kemungkinan Greece akan keluar dari eurozone.
Jika rakyat memilih untuk menerima deal tersebut, ia bermakna cukai akan meningkat naik dan pencen dipotong. Jika rakyat menolak deal tersebut, Greece akan gagal membayar hutang dan tidak boleh menggunakan euro sebagai matawang serta terkeluar dari eurozone.
Buat masa ini, ramai rakyat Greece beratur di mesin-mesin ATM. Mereka tidak boleh mengeluarkan wang mereka dalam jumlah yang banyak daripada bank-bank di Greece. Had pengeluaran yang ditetapkan ialah €60 sehari. Pemindahan wang ke luar negara turut dihalang. Ini hanya dibolehkan untuk urusan perniagaan sahaja. Operasi bank ditutup sehingga 7 Julai 2015.
Menteri pembangunan Greece menggesa rakyat mengundi “tidak” untuk menentang rundingan tersebut. Begitu juga dengan Perdana Menteri Greece.
Jika Greece menggunakan mata wang sendiri (drachma) dan mencetaknya dengan banyak sekali, ini akan merendahkan nilai mata wang. Drachma yang murah ini akan membuatkan Greek dalam keadaan baik kerana ini akan menarik warga asing untuk melabur dan meningkatkan eksport dan mencipta peluang pekerjaan. Kadar inflasi turut akan membantu bebanan hutang negara. Hal ini semua lebih baik berbanding Greece yang berterusan  dalam keadaan kegawatan sejak krisis kewangan 2008.
Presiden EC, Jean-Claude Juncker pula berharap orang Greece mengudi “Ya” bagi menerima terma-terma perjanjian.
Antara punca terjadinya tragedi ekonomi Greece:
1) Korupsi
European Commission menyatakan Greece merupakan negara yang paling tinggi korupsi dalam European Union.
2) Tipu Cukai
Golongan kelas pertengahan-atasan di Greece mengelak daripada pembayaran cukai. Mereka melaporkan nilai pendapatan yang lebih rendah berbanding dengan pendapatan mereka sebenar. Contoh pada tahun 2009, sebanyak €28 billion cukai dielak oleh mereka yang bekerja sendiri ini.
3) Pengangguran
Kadar pengangguran tinggi di Greece melibatkan populasi orang muda. 63.5% orang Greece berumur antara 18 dan 34 tahun masih tinggal bersama ibu bapa mereka.
4) Populasi Orang Pencen
Greece memiliki populasi orang tua yang ramai berbanding orang muda. Hanya 9.8% orang muda berumur antara 15 dan 24 tahun. 32.9% pula berusia lebih dari 55 tahun. Angka ini menimbulkan dua masalah iaitu peningkatan pembayaran kos pencen dan kekurangan tenaga kerja muda.
5) Cukai Rokok
Ini jadi satu masalah besar apabila cukai rokok dinaikkan di Greece kerana orang-orang di Greece merupakan golongan ketiga tertinggi menggunakan rokok di dunia. Ini lebih tinggi 28 kali berbanding pengguna di India.
Sekiranya Greece gagal membayar hutang dan terkeluar dari EU, ini akan menyebabkan pelabur-pelabur mengeluarkan wang pelaburan mereka dari negara-negara EU yang mempunyai perkembangan ekonomi yang tidak stabil seperti Sepanyol dan Itali. Ini juga akan mencipta gelombang panik para pelabur ke atas Eropah dan kemungkinan Amerika Syarikat turut akan terkena tempiasnya.

Sumber: CNN, USA Gold, VOX, VOX2, BBC, The Guardians, About: Worldnews,Bloomberg, Telegraph , Academia, Time, Business Insider, Washington Post, NY Times

PA Penggal 3- MASALAH KEWANGAN GREECE

Drachma, mata wang Greece telah digantikan dengan Euro pada tahun 2002 selepas menyertai European Union (EU). Penggunaan mata wang euro itu telah meningkatkan keyakinan pelabur ke atas perkembangan ekonomi Greek.
European Union (EU) ialah kesatuan politik-ekonomi 28 negara yang terletak di Eropah. Gabungan ini  terdiri daripada institusi seperti European Commission (EC), Council of the European Union, European Council, Court of Justice of the European Union, European Central Bank, European Court of Auditors, dan European Parliament.

Pada Disember 2004, European Commission telah mengeluarkan amaran rasmi kepada Greece selepas mendapat tahu pemalsuan data status kewangan negara iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan bagi menyertai keahlian eurozone. Kerajaan Greece mengakui defisit tidak pernah berada di bawah 3 peratus sejak 1999 seperti mana peraturan yang telah ditetapkan oleh EU dalam kriteria penyatuan Maastricht .
European Commission (EC) iaitu sebuah badan eksekutif European Union (EU) yang bertanggungjawab mencadangkan undang-undang, melaksanakan keputusan, memartabatkan perjanjian EU dan menguruskan urusan seharian EU. Eurozone ialah nama rasmi bagi kawasan Eropah yang menggunakan mata wang kesatuan, Euro. Eurozone terdiri daripada 19 buah negara seperti Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Portugal, Slovakia, Slovenia, dan Sepanyol.

Walaupun kewangan Greece tidak menentu, kerajaan Greece tetap menganjurkan Sukan Olimpik 2004. Perbelanjaan kos yang tinggi menekan kerajaan Greece.
Krisis hutang negara Greece bermula pada tahun 2009 dan masih berlaku sehingga kini. Dari Oktober hingga Disember 2009, credit rating Greece diturunkan oleh agensi-agensi perkhidmatan kewangan seperti Fitch, Standard & Poor’s dan Moody’s. Hal ini semua terjadi kerana bertahun-tahun kerajaan Greece cuai dalam perbelanjaan dan pinjaman.
Credit rating ialah penilaian ke atas risiko kredit penghutang bagi memenuhi komitment kewangan negara berdasarkan urusan terdahulu. Hal ini juga merujuk kepada kebolehan peminjam untuk membayar balik hutang pinjaman.

George Papandreou, Perdana Menteri baru waktu itu telah mengambil langkah pencegahan dengan mengumumkan satu program yang akan memotong perbelanjaan untuk rakyat. Tindakan kerajaan Greece mengumumkan dua lagi langkah penjimatan yang sukar antara Januari dan Mac 2010 telah menimbulkan bantahan dan mogok besar-besaran. Antara pelan yang diumumkan ialah peningkatan cukai GST dan cukai rokok dan alkohol, peningkatan harga gas, pembekuan pencen dan had maksimum bagi gaji kakitangan awam.
Krisis semakin genting, pada 23 April 2010 Papandreou telah meminta secara rasmi pakej bantuan kewangan kecemasan yang melibatkan penyertaan European Union, European Central Bank (ECB) dan International Monetary Fund (IMF). Susulan itu, pada 2 Mei 2010, sebanyak €110 billion telah diberikan kepada Greece sebagai satu pakej bailout di atas persetujuan bersama Papandreou, IMF dan pemimpin-pemimpin eurozone.
Sekiranya Greece gagal membayar balik pinjaman,ini akan membahayakan negara-negara EU yang lain. Bagi menghalang risiko kegagalan Greece membayar hutang sekiranya itu berlaku, pemimpin-pemimpin Eropah termasuk IMF, ECB dan EU bersatu membentuk ‘Troika’ bagi melindungi eurozone daripada krisis Greek. Bagi mencapai objektif ‘Troika’, Greece mesti bersetuju dengan rela hati dan mempunyai kebolehan untuk penstrukturan semula.
Bagi memenuhi syarat pinjaman, kerajaan Greece telah mengumumkan pakej penjimatan ketiga yang melibatkan:
1. Pemotongan 8% elaun sektor awam.
2. Had sektor awam sebanyak €1,000 diperkenalkan kepada bonus dua kali setahun dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang berpendapatan lebih €3,000 sebulan.
3. Had €500 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi gaji pekerja awam, dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €3,000 sebulan.
4. Had €800 sebulan kepada bulan ke-13 dan ke-14 bagi ansuran pencen dan dihapuskan sepenuhnya bagi mereka yang menerima lebih €2,500 sebulan.
5. Pemulangan cukai istimewa ke atas pencen yang tinggi.
6. Mengenakan cukai yang luar biasa ke atas keuntungan syarikat.
7. Peningkatan nilai hartanah (dan cukai tinggi).
8. Peningkatan tambahan 10% untuk semua kereta import.
9. Perubahan bayaran pemberhentian kerja dan bayaran kerja lebih masa.
10. Meningkatkan cukai GST
11. Peningkatan 10% cukai ke atas barangan mewah dan cukai ke atas alkohol, rokok dan minyak.
12. Umur pencen pekerja wanita disetarakan dengan umur pencen pekerja lelaki.
13. Mekanisme pemberian pencen diubah mengikut jangkaan perubahan hidup.
14. Dana kewangan stabil dibentuk.
15. Umur purata persaraan pekerja kerajaan ditingkatkan dari 61 tahun kepada 65 tahun.
16. Bilangan syarikat awam dikurangkan dari 6,000 kepada 2,000.
17. Bilangan majlis perbandaran akan dikurangkan dari 1,000 kepada 400.
Pengumuman langkah penjimatan itu telah menyebabkan mogok dan demonstrasi di dua buah bandar utama Greece yang turut bertukar menjadi ganas sehingga melibatkan kematian. Walaupun kerajaan Greece telah menerima pakej bailout dan mengumumkan langkah penjimatan, credit ratingGreek terus menjunam jatuh.
Krisis hutang Greece makin meruncing pada tahun 2011 dengan pelbagai protest, tentangan, dan keganasan yang berlaku di sekitar bandar besar Greece dan di luar bangunan parlimen. Meskipun begitu, pakej penjimatan keempat dan kelima tetap diluluskan oleh parlimen. Ini bermakna lebih banyak tekanan ke atas rakyat Greece. Tahun 2011 turut menyaksikan penstrukturan semula kerajaan dan perletakan jawatan Papandreou sebagai Perdana Menteri Greece selepas pelan referendumnya dikecam.
Referendum ialah undian awam bagi satu isu yang memerlukan pandangan orang awam sebelum memutuskan sesuatu keputusan.
Pada 2012 seorang pesara pegawai farmasi telah membunuh diri di depan bangunan parlimen Greece sebagai satu tanda protes menentang politik polisi pengurangan bajet perbelanjaan kerajaan yang melibatkan pemotongan perbelanjaan dan peningkatan cukai yang membebankan rakyat. Dia telah menjadi simbol penentangan rakyat Greece terhadap kerajaan dan mencetuskan pertentangan antara polis dan penunjuk perasaan.
Kebangkitan rakyat telah menyebabkan parti kerajaan kecundang  dalam pilihan raya. Sementara itu, populariti parti haluan kiri yang radikal dan parti haluan kanan telah meningkat tetapi kedua-dua parti itu tidak memenangi majoriti kerusi parlimen. Kerajaan campur yang melibatkan parti New Democracy, PASOK dan DIMAR diwujudkan dan presiden parti New Democracy, Antonis Samaras dilantik sebagai Perdana Menteri Greece pada 17 Jun 2012.
Pertukaran perdana menteri dan kejatuhan parti kerajaan turut tidak mengubah apa-apa krisis ekonomi Greece. Malah, satu protes yang besar berlaku di luar bangunan parlimen apabila pakej penjimatan keenam diluluskan bagi memastikan Greece terus menerima ansuran daripada perjanjian bailout. Itu menunjukkan ekonomi Greece semakin tenat dan bergantung kepada bantuan kewangan untuk melalui krisis hutang ini.
Pada tahun 2013 pula, kerajaan Greece berdepan dengan masalah peningkatan kadar pengangguran rakyat yang tinggi dan ini merupakan kadar paling tinggi di EU dengan peningkatan sehingga 26.8% dan hampir 60% bagi kadar orang muda yang tidak bekerja. Pada pertengahan tahun 2013, kerajaan menangguhkan operasi penyiaran kerajaan, ERT bagi menjimatkan duit. Protes dan mogok telah menyebabkan ERT dilancarkan semula dua bulan selepas itu.
Barisan kabinet distrukturkan semula lagi sekali oleh Samaras (Perdana Menteri) dan meluluskan pakej penjimatan ketujuh termasuk pelan pemotongan gaji pekerja perkhidmatan awam bagi menerima bantuan pakej bailout kedua EU dan IMF sebanyak €130 billion menyebabkan kehidupan rakyat Greece semakin tertekan dan mengamuk di jalanan. Ramai orang Greece juga gagal membayar cukai mereka.
Ada sinar bagi Greece pada awal tahun 2014. Greece kembali ke pasaran kewangan dengan 3 billion Eurobonds. Agensi Fitch menaikan semula credit rating Greece dari gred B- ke B. Greece berjaya mendapat 4 billion dollar dari pasaran kewangan dunia  dalam penjualan bon jangka masa panjang kerajaan. Ini adalah satu langkah penting untuk ekonomi negara pulih.
Eurobonds ialah bon kerajaan yang dicadangkan dalam euro secara bersama oleh 19 negara eurozone.

Hampir masuk suku tahun kedua iaitu Mei 2014, kumpulan anti-austerity haluan kiri, Syriza memenangi pilihan raya. Kemenangan itu telah mengubah keseluruhan dinamik politik di Greece. Penstrukturan kabinet baru dilakukan dan Prof. Gikas Hardouvelis dilantik sebagai menteri kewangan. Kegagalan Parlimen melantik presiden baru telah menyalakan krisis politik pada bulan Disember 2014. Sehari selepas itu pasaran saham Greek jatuh 12.78%.
Austerity ialah pengurangan bajet perbelanjaan kerajaan yang melibatkan pemotongan perbelanjaan dan peningkatan cukai yang membebankan rakyat.

Pada 26 Januari 2015 Alexis Tsipras mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru dan Yanis Varoufakis sebagai menteri kewangan baru. Mereka berdua daripada parti Syriza (anti-austerity). Trispas berjanji untuk menolak semua perjanjian bailout yang sebelum ini dan mahu satu perjanjian yang baik dan adil bagi Greece.
Ini menunjukkan pakej bailout yang disasarkan sebagai bantuan bagi menyelamatkan krisis ekonomi Greece dilihat sebagai satu konspirasi jahat bagi mengawal negara Greece. Maka, Syriza (Tsipras dan Varoufakis) mengugut EU untuk keluar dari eurozone.


Sumber: CNN, USA Gold, VOX, VOX2, BBC, The Guardians, About: Worldnews,Bloomberg, Telegraph , Academia, Time, Business Insider, Washington Post, NY Times

Thursday, 16 July 2015

Penglibatan Ibu Bapa dan Pencapaian Murid


Blueprint Pembangunan Pendidikan Negara menekankan peri mustahaknya perana ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka di sekolah. Kajian sosiologi pendidikan era 60-an dan 70-an banyak membuktikan sumbangan ibu bapa dan komuniti terhadap kemajuan pendidikan anak-anak.
Pencapaian murid di sekolah bergantung kepada sejauh mana ibu bapa terlibat dalam aktiviti sekolah dan hubungan mereka dengan sekolah. Hubungan personal antara ibu bapa dengan guru ada kaitan dengan pencapaian akademik murid di sekolah .Ibu bapa biasanya meletakkan harapan dan jangkaan tinggi terhadap pencapaian anak mereka di sekolah. Akan tetapi ibu bapa yang bekerja biasanya tidak dapat membantu anak mereka di rumah. Terdapat kajian yang menunjukkan ibu bapa boleh memainkan peranan penting dalam membantu  pendidikan anak mereka dengan melibatkan diri mereka dalam pembelajaran anak-anak dan membantu usaha-usaha guru dan sekolah. Ibu bapa boleh menggalakkan anak mereka memperoleh kerja kursus yang lebih terkini, memperuntukkan masa untuk kerja rumah anak dan menghabiskan banyak masa untuk membaca berbanding menonton televisyen.

Ibu bapa boleh menggalakkan anak mereka belajar jika mereka membaca kuat untuk anak mereka di rumah, mengadakan diskusi di rumah tentang bahan bacaan, kerja sekolah dan isu semasa dan boleh membawa anak mereka ke perpustakaan lebih kerap dan boleh mencari dan mengumpul pelbagai maklumat tentang topik-topik yang menarik. Penglibatan ibu bapa sangat diperlukan demi masa depan murid. Oleh itu program yang melibatkan ibu bapa di sekolah hendaklah dirancang, dilaksanakan dan dikawal selia dengan berhati-hati agar matlamat pendidikan anak-anak mereka dapat tercapai. Penglibatan ibu bapa secara positif terhadap perkembangan murid menyebabkan murid menunjukkan hasil persekolahan yang lebih positif. Di samping itu penglibatan ibu bapa juga mendorong murid untuk meningkatkan keupayaan intelek mereka dan dengan ini mereka berupaya memikirkan dan menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran dengan sendiri. Ibu bapa yang berasal daripada kelas tinggi dan sederhana lebih menekankan akademik dengan memberi ganjaran positif dan ada sense of community terhadap mereka. Jadi jangkaan positif terhadap murid membantu murid memupuk konsep kendiri dan pencapaian akademik murid.

AHLI AKADEMIK AKTIF

Satu kajian telah dilakukan terhadap sekumpulan ahli akademik oleh sebuah universiti terkemuka iaitu Universiti Rohamton di London. Seramai 1058 ahli akademik telah dijadikan responden dalam kajian ini. Mereka ini terdiri daripada ahli akademik, pensyarah dan profesor. Kajian mendapati bahawa mereka yang bangun seawal 6.58 pagi didapati lebih cergas berbanding mereka yang bangun pada pukul 10.54 pagi. Mereka yang bangun lebih awal daripada tidur didapati aktif menjalankan kerja-kerja seharian. Mereka bukan sahaja mengendalikan kuliah, tutorial dan konsultasi dengan pelajar dan pensyarah malah menjalankan kerja-kerja penyelidikan tanpa jemu dan bosan. Mereka juga dikatakan tidak berasa mengantuk pada waktu tengah hari. Mereka sentiasa peka dan sedar berbanding mereka yang bangun lewat. Mereka yang bangun lewat merasakan diri mereka sangat bosan, cepat letih lesu  dan tidak berminat membuat penyelidikan dan mengadakan konsultasi dengan pelajar atau dengan pensyarah lain. Kajian juga menunjukkan mereka yang bangun awal, bersarapan mengikut masa dan mempunyai masa terluang untuk mengadakan sedikit senaman ringan. Mereka yang bangun lewat biasanya menonton televisyen lebih lama. Mereka tidak bersarapan mengikut jadual dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan senaman ringan. Mereka cepat berasa letih dan tidak bermaya dalam menjalanakn aktiviti rutin mereka. Jadi ingatlah wahai ilmu akademik, jika anda ingin menjadi seorang ahli akademik yang aktif dan produktif bangunlah lebih awal dan jadilah cergas sepanjang masa.

PENGARUH GURU TERHADAP PELAJAR




Kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang suka akan sekolah memperoleh pencapaian akademik yang tinggi dan kurang berlakunya insiden seperti masalah disiplin, ponteng atau ketidakhadiran ke sekolah atau keciciran. Untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar di sekolah, maka pihak sekolah hendaklah menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah. Para penyelidik atau guru perlu membuat kajian bagaimana hendak menggalakkan pelajar atau menimbulkan keadaan atau perasaan ingin datang ke sekolah. Dalam konteks ini peranan dan kreativiti guru untuk mempengaruhi pelajar agar kerap datang ke sekolah adalah sangat mustahak. Oleh sebab guru memainkan peranan utama dalam memastikan kehadiran pelajar ke sekolah, maka Kementerian Pelajaran hendaklah menetapkan perwatakan atau ciri guru yang mempunyai bakat dalam menarik minat pelajar ke sekolah, sebagai satu prasyarat dalam pemilihan bakal guru. Kementerian hendaklah memilih bakal guru yang mempunyai persepsi positif terhadap perasaan pelajar terhadap sekolah. Kajian mengenai pengaruh guru terhadap perasaan pelajar mengenai sekolah didapati kurang ditekankan dalam sistem pendidikan kita. Kajian Maureen T. Hallinan (2012) mendapati pelajar-pelajar yang menanggapi guru mereka yang prihatin atau cakna terhadap mereka, menghormati mereka dan memuji mereka serta mengambil peduli tentang diri mereka, rela datang ke sekolah. Guru-guru ini juga mempunyai harapan dan jangkaan tinggi terhadap pencapaian pelajar.

Ekuiti Dalam Pendidikan

Keseimbangan dalam pendidikan ditekankan dalam semua sistem pendidikan di dunia ini. Tanpa keseimbangan ini sudah pasti masyarakat sesebuah negara itu tidak dapat hidup dalam keadaan yang maju dan selesa. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan berhak mendapat pendidikan yang secukupnya. Maka itu kerajaan Malaysia turut membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk mempertingkatkan mutu prasarana pembelajaran di negara ini. Kerajaan kita ingin memastikan ketidakseimbangan dalam pendapatan isi rumah tidak akan menjejaskan peluang-peluang pendidikan kanak-kanak di negara ini. Sebagai contoh negara Norway menekankan keseimbangan kondisi kehidupan rakyatnya. Negara tersebut ingin memastikan kejayaan remajanya mencapai matlamat pendidikan. Mereka tidak mahu remaja mereka kecundang dalam pelajaran akibat masalah sosioekonomi keluarga. Amerika pula menekankan pengembangan dan peningkatan akses terbuka institusi-institusinya. Bagi Amerika setiap institusi termasuk keluarga hendaklah lebih terbuka kepada akses pelajaran. Mereka tidak mahu keluarga atau institusi lain menjadi penghalang untuk rakyatnya memperoleh pelajaran. Pendek kata kedua-dua negara ini menekankan hubungan antara latar belakang keluarga dengan pemerolehan kelulusan akademik atau pendidikan. Di negara kita juga adalah diperlukan satu kajian yang holistik untuk mengesan hubungan keluarga dengan pencapaian pendidikan. Pelbagai teori baru dalam sosiologi pendidikan hendaklah diterokai untuk melihat hubungan tersebut.

PENGUASAAN BAHASA MELAYU BAKU


Peningkatan peratusan lulus murid-murid UPSR dari sekolah-sekolah jenis kebangsaan dalam Bahasa Melayu tidak menjamin penguasaan mereka dalam bahasa tersebut di sekolah menengah.  Khususnya dalam konteks verbal bahasa, mereka masih belum memperlihatkan kefasihan atau penguasaan yang sempurna.
Hal ini kerana apabila murud-murid ini menjejaki alam sekolah menengah, mereka turut membawa bersama budaya bahasa ibunda mereka. Keadaan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar yang lemah atau gagal dalam bahasa Melayu di peringkat UPSR, mengeruhkan keadaan lagi.
Guru-guru yang mengajarkan bahasa Melayu di sekolah menengah menghadapi satu cabaran baharu. Guru-guru terpaksa mengajari kelas-kelas yang berlainan latar belakang budaya pelajar. Pelajar-pelajar ini bukan sahaja lemah dalam pembelajaran bahasa malah masih menebal dengan pengaruh bahasa ibunda mereka di sekolah dan di kelas. Tiada sebarang usaha diambil oleh pelajar atau ibu bapa untuk menangani masalah ini. Kesemua beban tugas ini diserahkan pada pundak guru.
Kekangan komunikasi antara pelajar berbilang etnik mengakibatkan pelajar-pelajar ini berinteraksi dalam puak yang sama. Jadi Kementerian Pelajaran hendaklah menganjurkan suatu pendekatan baharu di sekolah-sekolah untuk menggalakkan pelajar-pelajar ini berbahasa Melayu dengan fasih, lancar dan selesa. Pendekatan yang dimaksudkan ialah guru-guru yang mengajarkan bahasa Melayu hendaklah menyelami budaya bahasa ibunda pelajar tersebut. Ini tidak bermakna bahasa Melayu perlu diajarkan oleh guru-guru bukan Melayu. Guru bahasa Melayu tanpa mengira kaum, setidak-tidaknya mengetahui dan mengenali budaya bahasa ibunda pelajar mereka.
Apabila guru mengajarkan sintaksis, ayat yang digunakan oleh pelajar itu hendaklah disusun semula mengikut aturan dan susunan sintaksis bahasa Melayu. Jika pelajar menyatakan, “Emak kedai pergi”, maka guru hendaklah membetulkan ayat ini di hadapan kelas supaya semua pelajar dapat mengetahui dan mengenali ayat bahasa Melayu yang sebenarnya. Guru boleh menggunakan kaedah pola ayat dasar  bahasa Melayu. Guru perlu bertanya kepada pelajar, ‘siapakah pergi ke kedai’, kemudian diikuti dengan soalan ‘apakah dilakukan oleh emak’ dan soalan terakhir ‘emak ke mana’. Jadi guru hendaklah menjelaskan kepada pelajar bahawa subjek emak mesti diikuti oleh perbuatan pergi dan diikuti pula oleh tempat kedai.

Walaupun kaedah ini mengambil masa yang agak lama, tetapi dengan berbuat demikian lambat-laun pelajar dapat menguasai struktur ayat bahasa Melayu dengan cepat dan mudah. Guru-guru kita hendaklah banyak bersabar mengajarkan bahasa Melayu mengikut kontekstual dan jangan tergesa-gesa menghabiskan sukatan bahasa Melayu. Pendekatan memahami budaya bahasa ibunda sebelum membetulkan kesalahan bahasa pelajar hendaklah dipraktikkan di semua sekolah di negara ini khususnya di sekolah yang mempunyai kelas-kelas peralihan atau di sekolah yang mempunyai populasi pelajar bukan Melayu.

Hipotesis Kesalahan Bahasa Dalam Penulisan Esei


Terdapat dua jenis esei dalam kertas dua Pengajian Am, iaitu esei sastera dan esei sains. Kedua-dua esei ini menguji pemahaman pelajar dalam mengupas sesuatu isu yang dikemukakan. Pelajar diharapkan dapat menggunakan bahasa yang sesuai mengikut laras karangan. Pemikiran seseorang pelajar hanya dapat diketahui dan diikuti oleh pemeriksa ataupun guru melalui bahasa yang digunakan oleh pelajar tersebut. Dalam esei-esei ini bukanlah diharapkan pelajar harus menggunakan laras ilmiah atau akademik sains dan sastera. Apa yang diharapkan ialah pelajar harus mencuba menggunakan istilah yang sesuai dengan kehendak esei tersebut seperti istilah teknikal, kosa kata berunsur sains, penyakit dan sebagainya.
Makalah kecil ini mengupas 4 hipotesis kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pelajar. Saya namakannya hipotesis kerana kesalahan ini dilakukan oleh hampir semua pelajar STPM.
Hipotesis pertama ialah : kata kerja tak transitif yang tidak berawalan ‘ber’ atau ‘me’ yang sering dianggap sebagai ayat salah. Bagi pelajar-pelajar, semua kata kerja transitif mesti berawalan ‘me’. Bagi mereka ayat yang kata kerjanya tidak berawalan ‘me’ adalah ayat yang salah. Pelajar-pelajar ini suka membawa masuk pengaruh bahasa lisan dalam bahasa penulisan. Contohnya ‘Malaysia berduduk tempat pertama dalam bidang pertanian” dan “Malaysia harus mempelajari dari negara dunia pertama”
Hipotesis kedua ialah : Bahasa yang digunakan dalam media massa dan buku teks akademik semestinya betul. Hal ini banyak didapati dalam esei-esei pelajar aliran kemanusiaan kerana merekalah yang menggunakan buku teks dalam bahasa Malaysia seperti buku Ekonomi, Sejarah, Kesusasteraan, Pengajian Perniagaan dan sebagainya. Pelajar bersifat simplistik, iaitu asalkan digunakan dalam buku, maka bahasa dalam buku itu mesti betul. Pelajar mudah terperangkap oleh jalan fikiran mereka sendiri yang tidak jelas dan tidak tekal (konsisten). Ada pelajar yang mempertikaikan mengapa mereka tidak boleh menggunakan jalan bahasa yang digunakan dalam surat khabar umpamanya. Contohnya pelajar menulis begini, “Remaja tidak harus tiru dari negara barat” Ayat seumpama ini sering terpampang sebagai tajuk utama berita.
Hipotesis ketiga ialah : Pelajar-pelajar sering menggugurkan imbuhan ‘kan’ jika ayat mereka mempunyai dua kata kerja berawalan ‘kan’ secara serentak. Hal ini merupakan ragam lisan biasa. Walaupun ragam lisan biasa tidak boleh dijadikan asas dalam pembinaan ayat yang gramatis, tetapi pelajar kita tidak mengendahkannya. Dalam rumus tranformasi gabungan, unsur yang sama boleh dihilangkan seperti subjek, predikat, keterangan atau objek yang sama, jika diulang dalam ayat. Pelajar kita salah menanggapi rumus ini. Mereka menulis begini, “Sektor swasta di negara ini memberikan bantuan modal dan meluas peluang perniagaan” Bagi pelajar akhiran ‘kan’ tidak boleh diulang selepas ditandai dengan kata hubung ‘dan’.
Hipotesis keempat ialah : Pelajar sering terkeliru dengan penggunaan kopula ‘ialah’ dan’ adalah’. Kekeliruan ini disebabkan pengaruh bahasa Inggeris, iaitu bahasa Inggeris mengharuskan penggunaan ‘verb’ seperti ‘am’, ‘is’, ‘was’. ‘were’ dan sebagainya. Kata pemeri ‘ialah’ digunakan di hadapan frasa nama manakala ‘adalah’ digunakan di hadapan frasa sendi, frasa adjektif dan frasa kerja. Kadang-kala tanpa penggunaannya pun ayat mereka betul. Akan tetapi pelajar memaksa diri mereka dengan mencari kopula untuk diletakkan atau disisipkan di antara frasa. Pelajar menulis begini,” Salah satu cara meningkatkan ekonomi ialah dengan melaksanakan pelbagai projek mega” “Malaysia adalah negara yang menuju ke era industri”

Untuk menangani kemelut bahasa ini, pelajar-pelajar wajib diajari penggunaan bahasa yang betul supaya makna yang ingin diungkapkan dalam esei memang terserlah. Pelajar perlu diajari untuk menganalisis kesalahan ayat dalam bilik darjah. Dengan yang demikian kesilapan bahasa dapat diperbaiki dan dapat dipulihkan. Pendek kata, pelajar dan guru perlu sedar bahawa penyimpangan yang disengajakan adalah satu kesalahan bahasa. Kesalahan bahasa ini akan mendorong kepada pemahaman yang sukar bagi pembaca.

AKADEMIA BOGUS



Adakah anda percaya bahawa jika dikatakan gelaran Dr. di hadapan nama dapat diperoleh jika anda berjaya menghasilan sebuah esei panjangnya 1500 patah perkataan. Begitulah satu berita yang tersiar dalam Sunday Star keluaran 24 Ogos 2009. Akhbar The Star telah membuat satu penyiasatan “Starprobe”. Dalam penyiasatan mereka, dapat diketahui beberapa buah institusi terkemuka menawarkan bogus Ph D dan ijazah palsu kepada mereka yang ingin memiliki gelaran Dr atau Ijazah Kehormat Dr. Di negara kita pendidikan swasta begitu pesat membangun bagai cendawan tumbuh. Para pengusaha begitu licik menipu masyarakat tempatan. Mereka menubuhkan syarikat-syarikat tertentu dan mendaftarkannya mengikut ROC dan membayar cukai seolah-olah mereka beroperasi secara legal. Terdapat sesetengah syarikat mengendalikannya tanpa sebarang pejabat dan berurusan dengan pihak universiti luar dan pelajar mereka secara talian on line. Bagaimanapun pergerakan mereka ini sukar dikesan kerana mereka melakukannya secara on line. Mereka yang menjadi agen dan menguruskan kelas di dalam negara pula diberi gelaran Dr. dan setelah lama berkhidmat dengan mereka, ditawarkan pula gelaran profesor. Yang ironisnya Dr dan Prof ini tidak perlu menulis kertas kerja, tidak perlu membentangkan dalam mana-mana seminar ataupun menulis buku dan menyelia tugasan pelajar Masters ataupun pelajar Ph D. Mereka ini seolah-olah tiada nilai integriti dalam diri mereka. Mereka ini rata-ratanya pandai bervokal dan bijak memujuk pelajar untuk menyertai kelas mereka. Umum mengetahui bahawa tidak ada sebarang jalan yang mudah untuk mendapat segulung ijazah Ph.D. Kajian akademik Ph D memerlukan sekurang-kurangnya 3 hingga 4 tahun untuk menghabiskan sebuah disertasi. Tetapi bogus PhD ini boleh diperolehnya dalam masa kurang tiga bulan. Sebaik sahaja menjadi pensyarah sambilan dengan institusi tertentu, mereka boleh mendapat gelaran Dr. Kalau anda membaca akhbar Sunday Star hari ini anda dapat melihat contoh universiti luar negara yang menawarkan ijazah ini dan pengakuan beberapa orang personaliti yang mengaku telah menerima gelaran Dr palsu ini. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang lain. Jadi tuan-tuan dan puan-puan insaflah segera. Tampillah ke hadapan dan serahkan kembali gelaran dan ijazah palsu tersebut kepada pihak universiti yang menawarkannya. 

PERANAN MASYARAKAT DALAM PEMBANGUNAN SEKOLAH



Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah dapat dibahagikan kepada 3 kelas, iaitu kelas elit, kelas pertengahan dan kelas pekerja. Kebanyakan kelas elit tidak memberi sumbangan yang bermakna kepada sekolah. Mereka lebih mementingkan kerjaya dan  prospek masa depan. Sesetengahnya tidak mengendahkan sekolah. Jika anak-anak mereka menghadapi sebarang masalah pembelajaran di sekolah, mereka juga jarang datang ke sekolah untuk berbincang dengan pihak sekolah. Jika mereka mendapati anak mereka memerlukan bimbingan, maka mereka mampu menyediakan tutor peribadi atau menghantar anak mereka ke pusat tuisyen. Boleh dikatakan mereka tidak banyak bergantung kepada sekolah. Tetapi lain halnya bagi ibu bapa kelas pertengahan dan kelas pekerja. Di kebanyakan sekolah sama ada sekolah menengah ataupun rendah, kelas pertengahan memberi banyak sumbangan dan memainkan peranan bersama dengan pihak sekolah. Mereka menganggotai PIBG dan Alumni sekolah untuk membantu sekolah. Kajian menunjukkan golongan kelas pertengahan ingin melihat anak mereka aktif dalam aktiviti sekolah dan mereka banyak bergantung kepada sekolah untuk kemajuan dan kejayaan anak mereka. Golongan ini sanggup datang ke sekolah untuk memberi sumbangan intelek, tenaga dan wang. Keadaan yang sebaliknya berlaku dalam kalangan golongan kelas pekerja. Oleh sebab mereka diselubungi masalah kewangan, mereka tidak dapat memberi sumbangan bermakna kepada pihak sekolah. Ada di antara mereka tidak begitu arif mengenai pelajaran anak mereka dan tidak dapat membantu pihak sekolah dalam apa jua cara sekalipun. Kelas pekerja hanya mementingkan keselamatan anak mereka di sekolah. Terdapat beberapa orang ibu bapa sahaja memberatkan kepentingan akademik anak mereka. Keadaan taraf sosioekonomi yang rendah menyebabkan mereka berasa kekok datang ke sekolah.

KAJIAN COLEMAN-IKLIM AKADEMIK SEKOLAH



 Kajian Coleman mendapati tahap pencapaian sesebuah sekolah disebabkan oleh faktor-faktor bukan sekolah seperti taraf sosio ekonomi ibu bapa. Bagaimanapun sejak 1970-an kajian pencapaian seseorang murid lebih menjurus kepada keberkesanan sekolah. Kajian Kementerian Pelajaran Malaysia tentang keberkesanan sekolah, menyatakan bahawa sekolah mempunyai pengaruh terhadap perkembangan pencapaian seseorang murid. Malah pengaruh sekolah-sekolah yang berlainan juga menyebabkan hasil persekolahan seseorang murid yang berlainan (Brookover et al. (1978), Lezotte et al. (1980) dan Nooman, (1976).Selain Coleman, kajian Metz (1986) dan Chubb dan Moe (1990) juga mendapati bahawa taraf sosio ekonomi ibu bapa adalah penting dalam hasil persekolahan murid. Kajian-kajian Matluck (1987), Cruickshank (1990) dan Bliss et al. (1991) mendapati bahawa keberkesanan sekolah merupakan variabel yang relevan dalam pencapaian murid di sekolah. Hal ini termasuklah iklim akademik sekolah yang teratur, kepimpinan, jangkaan guru, kekerapan memantau murid dan penilaian yang berterusan. Selain itu variabel lain yang menjadi unsur iklim akademik sekolah ialah pengurusan sekolah, kestabilan staf, perkembangan staf, kerjasama staf dan sebagainya (Bulach et al. 1995)Bulach dan Malone (2005) berpendapat bahawa walaupun istilah yang digunakan adalah sama tetapi secara metodologinya apa yang dikaji dalam hasil pembelajaran murid ialah variabel iklim akademik sekolah, kepimpinan sekolah dan jangkaan guru yang tinggi terhadap murid. Peranan iklim akademik sekolah untuk meningkatkan penghasilan murid di sekolah telah mendapat sokongan daripada pelbagai sarjana. Iklim akademik sekolah mempengaruhi peluang-peluang murid untuk meningkatkan kesediaan intelek, konsep kendiri dan relians kendiri dan seterusnya berjaya dalam akademik. Variabel iklim akademik sekolah menyebabkan berlakunya perubahan variabel hasil persekolahan seseorang murid (Brookover, (1979) dan Rutter, (1981). Hal ini kerana iklim akademik sekolah merupakan elemen yang penting dalam menjayakan program-program pengajaran di sekolah. Iklim akademik sekolah mengharmoniskan suasana di sekolah dan menyebabkan sesebuah sekolah itu berfungsi dengan berkesan. Tanpa iklim akademik sekolah, amat sukar untuk seseorang murid mencapai kejayaan di sekolah sama ada dari segi kognitif, imej-diri dan sikap bergantung kepada diri sendiri (Howard, 1987).Swenny (1988) berpendapat bahawa iklim akademik sekolah yang berjaya atau positif merupakan asas yang kukuh untuk menjalankan sebarang program pendidikan. Iklim akademik sekolah yang menggalakkan membolehkan murid, guru dan pemimpin sekolah menjalankan fungsi dengan baik dan berkesan iaitu mendorong murid untuk belajar dan berjaya mencapai hasil persekolahan mereka (Bulach dan Castleman, 1995).

KAJIAN LITERASI

Kajian Terhadap Fenomena Literasi Di Kalangan Pelajar Menengah.

Kajian ini memberi tumpuan terhadap perancangan dan pelaksanaan literasi di sekolah-sekolah Menengah. Konsep dan pelaksanaan literasi di sekolah menengah lebih tertunpu kepada penguasaan dan kemahiran berilmu yang disampaikan melalui penyataan kognitif dan afektif. Masyarakat guru pula lebih memberi penekanan kepada pelaksanaan dan pengembangan kurikulum dan subjek yang diajar. Manakala ibu bapa pula begitu asyik memberi penekanan kepada peperiksaan. Peperiksaan dan pencapaian kognitif yang baik dalam peperiksaan awam menjadi matlamat akhir pendidikan.
Boleh dikatakan pengamal-pengamal dasar kurikulum khususnya guru-guru kita lebih menekankan dasar kurikulum yang menjurus kepada perkembangan kognituf dan amat kurang memberi tumpuan kepada kefahaman dan penguasaan konsep literasi. Literasi menjadi tunjang dalam pemahaman pengajaran guru. Guru-guru gagal memahami peranan literasi dalam membantu perkembangan minda dan emosi pelajar khususnya di peringkat menengah rendah. Konsep literasi dalam kurikulum sekolah perilu ditekankan segera supaya pelajar dapat memenuhi cita rasa hidupnya menerusi pengalaman literasi yang dilalui. Dengan ini dapat diharapkan pertumbuhan dan perkembangan mental, emosi dan fizikal kanak-kanak dapat berjalan dengan lancar.
Untuk mengkaji sejauh mana kadar literasi pelajar membantu mereka memahami teks-teks bacaan, saya akan menggunakan beberapa pendekatan, antaranya teori skema. Teori ini akan membantu saya mengkaji pengetahuan latar seseorang pelajar untuk membantu mereka memahami apa yang dibacanya. Kajian terhadap pengetahuan latar ini boleh digunakan dalam kefahaman bacaan dan juga dalam penulisan karangan. Kajian secara skematik ini penting untk membantu guru-guru menjalankan aktiviti pra penulisan kepada para pelajar. Selainitu, kajian saya juga akan menjurus kepada teori behaviorisme untuk mengkaji literasi pelajar. Teori ini meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar. Kajian juga akan menjurus kepada suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Suasana ini amat penting lebih-lebih lagi dalam mengajar puisi sebagai komponen sastera dalam bahasa Melayu. Trend pelajar masa kini tidak seperti zaman 70-an atau 80-an. Pelajar masa kini menentukan maknadengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh guru. Pengdekatan ini tertumpu kepada penikmatan iaitu agar pelajar berasa seronok terhadap puisi tersebut. Mereka akan menentukan makna sendiri dan guru Cuma bertindak sebagai fasilitator. Peranan guru sebagai Pembina dan penyampai makna dalam teks semakin terhakis dan tempat mereka kini diambilalih oleh pelajar sebagai pembaca moden.

Selain pendekatan-pendekatan di atas, saya ingin menggunakan kaedah lain seperti model bottom-up, pendekatan gabung jalin serta pendekatan komunikatif dan lain-lain yang sesuai untuk mengukur kadar literasi pelajar kita. Kajian ini dapat diharap meningkatkan keyakinan, kreativiti dan minat guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Saya juga berharap contoh aktiviti yang akan disajikan dalam kajian nanti menimbulkan minat pelajar terhadap subjek bahasa seperti bahasa Melayu dan Inggeris. Pusat Perkembangan Kurikulum dan Maktab-maktab Perguruan serta pusat-pusat pengajian pendidikan universiti tempatan juga akan mendapat manfaat daripada kajian ini. Mereka boleh menggubal dan merangka dasar kurikulum yang lebih praktikal dan relevan dengan selera pelajar masa kini.