MALAYSIA : INDEKS HARGA PENGGUNA DI
NEGARA-NEGARA
TERPILIH DARI TAHUN 2010 HINGGA 2013
Negara/Tahun
|
2010
|
2011
|
2012
|
2013
|
Malaysia
|
2.8
|
5.3
|
2.8
|
1.6
|
Filipina
|
6.0
|
9.8
|
6.7
|
4.4
|
Indonesia
|
11.1
|
7.6
|
2.5
|
8.2
|
Brunei
|
1.7
|
-0.4
|
0.1
|
1.2
|
Singapura
|
2.0
|
-0.3
|
0.5
|
1.4
|
Berdasarkan
maklumat dalam jadual di atas terangkan situasi indeks harga pengguna dan
kesan-kesan peningkatan indeks tersebut kepada negara-negara yang terlibat (15
markah)
Indeks harga pengguna mengalami
situasi tidak konsisten iaitu situasi naik dan turun. Sebagai buktinya Malaysia
dan Filipina. Pada tahun 2010 indeks harga pengguna Malaysia adalah 2.8%. Angka
ini telah naik kepada 5.3% pada tahun 2011. Peningkatannya adalah sebanyak
2.5%. Pada tahun 2012 angka ini telah menurun kepada 2.8%. Penurunannya adalah sebanyak
2.5%.
Indeks harga pengguna juga mengalami situasi tidak konsisten iaitu mengalami situasi turun dan naik. Sebagai buktinya Indonesia. Pada tahun 2010 indeks harga pengguna direkodkan sebanyak 11.1%. Pada tahun 2012 indeks harga pengguna menurun kepada 2.5%. Penurunan adalah sebanyak 8.6%. Kemudian angka ini meningkat sebanyak 5.7% kepada 8.2% pada tahun 2013.
Indeks harga pengguna juga mengalami situasi negatif iaitu Brunei dan Singapura. Sebagai buktinya Brunei mencatatkan 1.7% pada tahun 2010. Pada tahun berikutnya 2011 nilai indeks harga pengguna adalah -0.4%.
Kesan peningkatan indeks harga pengguna di negara-negara tersebut ialah harga barang dan perkhidmatan akan meningkat termasuk harga barang keperluan. Peningkatan harga ini turut mempengaruhi harga barang-barang lain. Peniaga atau penjual akan mengambil kesempatan kenaikan harga ini lalu menindas pengguna. Peniaga-peniaga juga akan menyorokkan barang dan akan menjualnya apabila harga naik.

Selain itu, rakyat di negara
tersebut juga akan mengalami kesukaran hidup akibat kemiskinan. Pengguna akan mengurangkan
perbelanjaan malah banyak keperluan harian mereka tidak dapat dipenuhi. Jadi, rakyat terpaksa
berhutang untuk berbelanja.
Di samping itu, pertumbuhan
ekonomi sesebuah negara akan terjejas. Hal ini akan mengakibatkan nilai mata
wang negara tersebut susut. Hali ini akan mempengaruhi perdagangan
antarabangsa. Malah peluang-peluang pelaburan asing di negara tersebut akan
kurang atau pelabur akan menarik balik pelaburan mereka dari negara tersebut.
Kesimpulannya, pucuk pimpinan
sesebuah negara hendaklah bijak merancang ekonomi masing-masing seperti
mengawal nilai mata wang dan indeks harga pengguna supaya pengguna tidak berasa
beban.
No comments:
Post a Comment