Sekurang-kurangnya 20 lagi kubur yang dipercayai mengandungi mayat
mangsa pemerdagangan manusia ditemui di kawasan bukit di Wang Kelian,
Kesemua kubur terbabit difahamkan ditemui di kawasan Bukit Wang Burma,
tidak jauh dari lokasi 39 daripada 116 mayat yang digali keluar sebelum ini.
Kubur terbabit ditemui di kawasan puncak Bukit Wang Burma
Usaha penggalian sedang dijalankan bagi mengeluarkan mayat berkenaan.
Pada 25 Mei lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
mengesahkan penemuan 28 kem haram serta 139 disyaki kubur mangsa pemerdagangan
manusia di puncak bukit di sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian.
Lokasi penempatan manusia yang dibongkar itu hanya transit kepada
pendatang asing yang ingin memasuki Malaysia dan bukan laluan penyeludupan
manusia.
Mangsa yang dibawa sindiket dari negara asal mereka akan dikurung bagi
tempoh tertentu sementara menunggu bayaran daripada keluarga masing-masing.
Polis diminta siasat pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di Malaysia yang dikatakan
mengeluarkan kad pelarian secara sesuka hati.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata,
pejabat UNHCR telah melakukan kesalahan kerana mereka keluarkan kad pelarian
tanpa memberitahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen hingga
menyukarkan kawalan dan pemantauan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI).
Mereka ini (UNHCR) macam ‘kerajaan dalam kerajaan’. Malaysia bukan
antara negara yang menandatangani Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarian
ataupun Protokol 1967.
Pejabat UNHCR tiada status diplomatik dan mereka kena berhenti
serta-merta daripada keluarkan kad pelarian.
Polis diminta masuk dan siasat bagaimana kad ini dikeluarkan begitu
sahaja
Datuk Seri Shahidan Kassim antara lain bertanggungjawab terhadap urusan
Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Beliau mahu pendatang yang ditahan dihantar pulang ke negara asal
masing-masing bagi mengelak kesesakan di kem-kem tahanan pada masa ini.
Terdapat rungutan orang ramai bahawa berlaku kebanjiran warga asing
yang ketara sehingga menggugat keselamatan, ketenteraman dan peluang pekerjaan
terhadap warga tempatan.
Mana-mana warga asing yang mahu memohon status pelarian perlu mengikut
saluran yang betul seperti yang ditetapkan undang-undang negara ini.
Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, dalam kes terbaharu, terdapat 150
keluarga pelarian dikesan menceroboh tanah di Rompin dan tindakan mereka itu
telah dilaporkan kepada kerajaan negeri Pahang.
Beliau meminta Polis dan Jabatan Imigresen menganggap pemegang kad
pelarian UNHCR sebagai PATI dan mengambil tindakan sewajarnya.
Statistik menunjukkan Malaysia kini dibanjiri oleh lebih 130,000
pelarian yang memiliki kad UNHCR, kebanyakannya warga Myanmar dan Bangladesh.
Enam warga asing dan seorang warga tempatan dipercayai tekong
bertanggungjawab membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar
dan Bangladesh di Langkawi, Mei lepas telah didakwa di mahkamah baru-baru ini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, lima warga Myanmar,
seorang warga Bangladesh dan seorang warga tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen
Alor Setar pada 26 Jun dan 27 Julai lepas.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 26A dan 26J Akta
Antipemerdagangan Orang, Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007
Menurut Datuk Zamri Yahya, sebelum ini kesemua tujuh suspek itu ditahan
mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), dengan
pendengaran kedua kes terbabit diadakan pada Selasa.
Tindakan itu merupakan satu mesej bahawa pihak berkuasa akan bertindak
tegas untuk membanteras aktiviti pemerdagangan manusia tidak kira ini
melibatkan warga tempatan atau asing.
Pada 11 Mei lepas, seramai 1,158 orang PATI dipercayai etnik Rohingya
dari Myanmar dan Bangladesh ditahan selepas bot yang mereka naiki mendarat di
pesisiran pantai Langkawi.
Kumpulan PATI itu kemudiannya dipindahkan secara berperingkat ke Pusat
Tahanan Imigresen Belantik di Sik, Kedah.
Insiden pendaratan itu berlaku berikutan tindakan Thailand memerangi
sindiket pemerdagangan manusia secara besar-besaran selepas penemuan kubur
besar di selatan negara itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan
beberapa tangkapan terhadap rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dalam
sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis telah dilakukan.
Bukan sahaja waran tangkap tapi tangkapan juga telah dilakukan
Pada Mei lepas negara digemparkan dengan penemuan 139 kubur yang
dikesan pihak berkuasa di 28 kem transit yang dibina oleh sindiket
pemerdagangan manusia di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian.
Setakat ini, 106 mayat dilapor telah dijumpai.
Beberapa dalang sindiket telah diserahkan pihak berkuasa Thailand
kepada Malaysia.
Kerajaan kini sedang dalam proses mengekstradisi suspek utama sindiket
Dr Mahathir, merangkap Presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana
(PGPF), juga menggesa ASEAN supaya mengambil tindakan terhadap Myanmar atas
kekejaman yang dilakukan kepada kaum Rohingya.
Negara-negara ASEAN mengenepikan dasar untuk tidak campur tangan hal
dalaman negara lain terutama sekali jika melibatkan pembunuhan seperti ini.
Malaysia tidak boleh menerima pembunuhan beramai-ramai ini.
Jika Myanmar tetap ingin melakukannya mereka seharusnya meninggalkan
ASEAN," tegas Dr Mahathir
Beliau berkata, tindakan Myanmar itu jelas melanggar hak asasi manusia
dan tidak boleh diterima sama sekali.
Jelasnya, tindakan komuniti Rohingya yang melarikan diri menaiki bot ke
negara lain adalah akibat dari kekejaman kerajaan Myanmar itu sendiri.
ASEAN seharusnya memberitahu Myanmar supaya menghentikan kekejaman
tersebut dan mengambil tindakan sekiranya negara itu enggan berbuat demikian
Dr Mahathir memaklumkan telah mengutus surat kepada ketua pembangkang
Myanmar, Aun San Suu Kyi tentang isu berkenaan.
Bagaimanapun katanya, surat tersebut tidak dijawab namun beliau juga
menyatakan ada kemungkinan bahawa Suu Kyi tidak menerima surat itu.
Tambah Dr Mahathir, perbuatan Myanmar serta kegagalan dalam menyelesaikan
isu kekejaman ini juga boleh memberikan nama buruk kepada ASEAN.
(Sumber: Astro Awani)
No comments:
Post a Comment