Friday, 21 August 2015

Tadbir Urus Negara

Tadbir Urus Negara

·         Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
·         Salah satu syarat sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa tadbir urus
              kepada tiga bahagian iaitu Kuasa Eksekutif, Kuasa Kehakiman dan Kuasa Perundangan.
·         Pembahagian kuasa ini dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri

·         Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Selain daripada 13 negeri ini, terdapat tiga Wilayah Persekutuan, yang ditadbir di bawah kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
·         Pada masa ini terdapat tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan.
·         Ketiga-tiga Wilayah Persekutuan mempunyai status yang sama dengan negeri-negeri lain di Malaysia, tetapi tidak mempunyai ketua negeri atau perundangan sendiri.
·         Seperti di peringkat Kerajaan Persekutuan, di peringkat Negeri juga terdapat pengagihan kuasa pemerintahan di antara Kuasa Eksekutif, Kuasa Kehakiman dan Kuasa Perundangan sebagai menepati syarat system demokrasi berpersekutuan yang menjadi asas pentadbiran negara ini.


No comments:

Post a Comment