Friday, 28 August 2015

Lampiran C


BORANG SINOPSIS BUKU




NAMA SEKOLAH   : SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
KOD SEKOLAH       : PEA 0043

1.
Nama Guru
DR.  DHANAPAL A/L RENGASAMY
2.
Judul
Haynes, N. M., Emmons, C., & Comer, J. P. (1993). School climate survey. New Haven, CT. Yale University Child Study Center

3. Bidang  : PENDIDIKAN
4.
Tarikh Pembentangan
TIADA
5. Masa     :
6.
Tempat Pembentangan
TIADA

7.
Sinopsis : Buku ini mengupas lima dimensi iklim akademik pelajar di sekolah tinggi. Antaranya ,
 a) sikap pelajar terhadap akademik, b) jangkaan masa depan pelajar
c) jangkaan ibu bapa dan guru terhadap pelajar d) galakan dan norma guru dan
e) norma akademik pelajar. Kelima-lima dimensi ini mempengaruhi kesediaan intelek, relians kendiri dan konsep kendiri seseorang pelajar. Buku ini merumuskan dimensi a dan e paling dominan dalam pencapaian akademik seseorang pelajar. Hal ini kerana motivasi dalaman pelajar menentukan kejayaan mereka dalam akademik mereka. Dimensi-dimensi lain merupakan faktor luaran yang membantu pelajar untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik mereka


8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini memberi pengajaran kepada guru-guru yang lemah motivasi. Mereka harus sedar bahawa kejayaan akademik seseorang pelajar dipengaruhi oleh kegigihan dan norma guru. Pelajar yang bersikap pesimis dan negatif terhadap akademik dapat diperbetul dengan adanya pelbagai inovasi dan kretaiviti guru dalam bilik darjah. Selain itu guru hendaklah bekerja sama dengan komuniti luar untuk  menentukan kejayaan seseorang pelajar. Setiap guru harus mempunyai pandangan yang positif terhadap pelajar.
9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Guru-guru dapat mempelbagaikan pedagogi mengikut keupayaan seseorang pelajar. Guru perlu mewujudkan kumpulan pembelajaran mengikut sikap dan norma akademik pelajar. Pelajar yang lemah harus diberikan banyak latihan dan bimbingan. Selain itu guru sentiasa memberikan dorongan dalam bilik darjah seperti memberikan hadiah, memuji pelajar dan memberikan sijil galakan agar pelajar sentiasa bersikap positif dalam bilik darjah dan akademik mereka.

Disediakan oleh,                                                                                 Disahkan oleh,


                                                                                                                                                                             

(Dr. DHANAPAL A/L RENGASAMY)

No comments:

Post a Comment