Monday, 24 August 2015

Rakyat Malaysia tidak mampu memiliki rumah


Kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendedahkan harga rumah di Malaysia terlalu tinggi
Ini menyebabkan rakyat tidak mampu memilikinya.
Median harga rumah 4.4 kali berbanding median pendapatan tahunan isi rumah tahunan
Ini  lebih tinggi berbanding median antarabangsa bagi rumah mampu milik pada tiga kali pendapatan isi rumah tahunan.
Polisi perumahan yang tertumpu kepada aspek permintaan perlu diubah kepada menyelesaikan aspek bekalan yang tidak efisien.
Hal ini kerana,  bekalan di pasaran adalah tidak anjal dan harga tidak mencerminkan permintaan.
Perubahan perlu dilakukan dalam sistem bekalan perumahan supaya kita boleh membina rumah yang mampu milik.
Menurunkan harga rumah tidak semestinya kerajaan memberi  subsidi kepada pemaju
Atau mereka boleh  meminjam pinjaman perumahan besar dengan tempoh pembayaran balik lebih panjang.
Bagaimanapun satu-satunya langkah ialah kerajaan perlu campur tangan dalam  menurunkan harga rumah.
Kawasan bandar yang lazimnya mempunyai populasi besar dan kemampuan pemilikan rumah amatlah rendah.
Pemilikan rumah di Kuala Lumpur berada pada 53.5 peratus berdasarkan banci populasi dan perumahan 2010.
Ia menjadi sangat kritikal jika dibandingkan dengan pertumbuhan populasi Kuala Lumpur sebanyak dua peratus setahun.

Antara langkahnya ialah kita perlu mengubah cara pembinaan perumahan.
Di Filipina contohnya, mereka berjaya menurunkan harga rumah kerana mereka membina rumah dengan cepat (pasang siap).
Salah satu syarikat di Filipina boleh membina rumah dalam 14 hari
Jika  pemaju di Malaysia boleh membina rumah secepat itu nescaya harga keseluruhan akan menurun dalam jangka panjang dan bekalan perumahan juga lebih responsif


No comments:

Post a Comment