Friday, 21 August 2015

Tafsiran-Indeks Harga Pengguna

MALAYSIA : INDEKS HARGA PENGGUNA DI NEGARA-NEGARA
TERPILIH DARI TAHUN 2010 HINGGA 2013

Negara/Tahun
2010
2011
2012
2013
Malaysia
2.8
5.3
2.8
1.6
Filipina
6.0
9.8
6.7
4.4
Indonesia
11.1
7.6
2.5
8.2
Brunei
1.7
-0.4
0.1
1.2
Singapura
2.0
-0.3
0.5
1.4

Berdasarkan maklumat dalam jadual di atas terangkan situasi indeks harga pengguna dan kesan-kesan peningkatan indeks tersebut kepada negara-negara yang terlibat (15 markah)

Indeks harga pengguna mengalami situasi tidak konsisten iaitu situasi naik dan turun. Sebagai buktinya Malaysia dan Filipina. Pada tahun 2010 indeks harga pengguna Malaysia adalah 2.8%. Angka ini telah naik kepada 5.3% pada tahun 2011. Peningkatannya adalah sebanyak 2.5%. Pada tahun 2012 angka ini telah menurun kepada 2.8%. Penurunannya adalah sebanyak 2.5%.

Indeks harga pengguna juga mengalami situasi tidak konsisten iaitu mengalami situasi turun dan naik. Sebagai buktinya Indonesia. Pada tahun 2010 indeks harga pengguna direkodkan sebanyak 11.1%. Pada tahun 2012 indeks harga pengguna menurun kepada 2.5%. Penurunan adalah sebanyak 8.6%. Kemudian angka ini meningkat sebanyak 5.7% kepada 8.2% pada tahun 2013.

Indeks harga pengguna juga mengalami situasi negatif iaitu Brunei dan Singapura. Sebagai buktinya Brunei mencatatkan 1.7% pada tahun 2010. Pada tahun berikutnya 2011 nilai indeks harga pengguna adalah -0.4%.

Kesan peningkatan indeks harga pengguna di negara-negara tersebut ialah harga barang dan perkhidmatan akan meningkat termasuk harga barang keperluan. Peningkatan harga ini turut mempengaruhi harga barang-barang lain. Peniaga atau penjual akan mengambil kesempatan kenaikan harga ini lalu menindas pengguna. Peniaga-peniaga juga akan menyorokkan barang dan akan menjualnya apabila harga naik.

Selain itu, rakyat di negara tersebut juga akan mengalami kesukaran hidup akibat kemiskinan. Pengguna akan mengurangkan perbelanjaan malah banyak keperluan harian mereka  tidak dapat dipenuhi. Jadi, rakyat terpaksa berhutang untuk berbelanja.

Di samping itu, pertumbuhan ekonomi sesebuah negara akan terjejas. Hal ini akan mengakibatkan nilai mata wang negara tersebut susut. Hali ini akan mempengaruhi perdagangan antarabangsa. Malah peluang-peluang pelaburan asing di negara tersebut akan kurang atau pelabur akan menarik balik pelaburan mereka dari negara tersebut.

Kesimpulannya, pucuk pimpinan sesebuah negara hendaklah bijak merancang ekonomi masing-masing seperti mengawal nilai mata wang dan indeks harga pengguna supaya pengguna tidak berasa beban.

Monday, 10 August 2015

Latihan Tafsiran Jumlah Perbelanjaan dan Peruntukan

Berdasarkan maklumat dalam jadual berikut, perihalkan  situasi perbelanjaan dan peruntukan Malaysia pada tahun 2008 dan 2009 mengikut bidang yang dinyatakan.

MALAYSIA : JUMLAH PERBELANJAAN DAN PERUNTUKAN MENGIKUT BIDANG TAHUN 2008-2009

Bidang/Tahun
Perbelanjaan (RMJ)
Peruntukan (RMJ)
2008
2009
2008
2009
Pentadbiran awam
1824
2670
1570
1480
Perkhidmatan ekonomi
13793
13385
14323
14450
Perkhidmatan sosial
10737
17707
11785
18103
Keselamatan
6029
4338
5325
4225
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perangkaan Malaysia,2010, KL)

RANGKA JAWAPAN

idea 1: perbelanjaan lebih, peruntukan kurang-Bukti- pentadbiran awam- sektor awam melakukan perbelanjaan defisit

idea2: perbelanjaan kurang, peruntukan lebih-Bukti-perkhidmatan ekonomi- perkhidmatan ekonomi dapat menjimatkan wang perbelanjaan. Sektor ini berbelanja secara berhemah.

idea3: perbelanjaan lebih, peruntukan lebih-Bukti-perkhidmatan sosial-kerajaan terpaksa menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur kepada orang ramai, maka ini memerlukan wang yang lebih

idea4: perbelanjaan kurang, peruntukan kurang-Bukti-Keselamatan-peralatan dan anggota keselamatan yang sedia ada mencukupi. Kerajaan tidak berhasrat untuk menambahkan kos operasi.


Bagi setiap data, calon hanya nyatakan nilai sebenar.Tidak perlu nyatakan peratus kerana jumlah tidak diberi. Lagipun apabila berbanding seperti melebihi atau mengurangi, cukup sekadar nyatakan nilai sebenar sahaja.

LATIHAN TAFSIRAN JADUAL GUNA TENAGA TAHUN 2008

Berdasarkan maklumat dalam jadual berikut, ulaskan bekalan dan anggaran keperluan guna tenaga pelbagai kumpulan pekerjaan di Malaysia pada tahun 2008.

Sektor/Guna Tenaga
Bekalan
 ( juta orang)
Anggaran
(juta orang)
Teknikal
1.7
2.1
Pentadbiran
0.45
0.56
Pemasaran
1.9
3.2
Pengeluaran
4.8
5.9
Pertanian
1.9
2.0
Perkhidmatan
4.05
2.64
Jumlah
14.8
16.4

RANGKA JAWAPAN
Idea 1: Bekalan melebihi anggaran-Bukti  sektor Perkhidmatan- Sebab negara mempunyai bekalan guna tenaga pendatang asing yang lebih ramai baghi sektor perkhidmatan  seperti pelayan restoran, atendan pam di stesen minyak, pembantu rumah dan sebagainya
Idae2: Anggaran melebihi bekalan.Bukti sektor Teknikal-Sebab institut-institut kemahiran tidak banyak mengeluarkan guna tenaga dalam bidang teknikal seperti kejuruteraan, mekanikal, elektronik dan sebagainya.
Idea 3:Anggaran dan bekalan paling tinggi – Bukti sektor Pengeluaran-Sebab pelabur-pelabur asing banyak membina kilang di negara ini memerlukan operator pengeluaran dan pekerja-pekaerja yang lain.
Idea 4:Anggaran dan bekalan paling sedikit-Bukti sektor Pentadbiran-Sebab pentadbir dan pengurus di sesebuah organisasi yang sedia ada memang mencukupi.  
Bagi setiap  idea, nyatakan nilai sebenar, peratus daripada jumlahnya, melebihi berapa juta orang. Jangan guna peratus utuk kelebihan tersebut  dan jumlah besar serta diikuti sebab yang relevan. Sebab ditulis dalam satu ayat mencukupi.

Kesimpulannya, jumlah anggaran guna tenaga melebihi  jumlah bekalan guna tenaga yang ditawarkan. Oleh itu kerajaan terpaksa mengimport guna tenaga asing.

Sesiapa yang ada idea atau komen mengenai  jawapan ini tolong hubungi saya.

MINIT MESYUARAT KE-4 PANITIA PENGAJIAN AM

SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
MINIT MESYUARAT KE-4 PANITIA PENGAJIAN AM
KALI KETIGA/2015

Tarikh     :  4 Ogos  2015 (Rabu)
Masa      :  2.30 hingga  3.30 ptg.
Tempat  :  Pusat Sumber Pra-U

Kehadiran:
            1.         Pn.Hjh.Che Noora bt.Md.Said                        -           GPK Ting. 6 DG52
            2.         Dr.R.Dhanapal                                                -           Ketua Unit P.Am DG52
            3.         Cik Gok Poh Suan                                          -           Guru P.Am DG48
            4.         Pn.Shanthi K.Shanmugam                             -           Guru P.Am DG48      
            5.         En.Chong Ken Tong                                       -           Guru P.Am DG52
            6.         En.Hamidon bin Abu Bakar                            -           Guru P.Am DG52

BUTIRAN MESYUARAT

1.   Ucapan Pengerusi
1.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru PA yang hadir ke mesyuarat
      hari ini
1.2.Pengerusi memberitahu bahawa mesyuarat ini penting kerana panitia hendak
      membincangkan post mortem keputusan penggal 2 tahun 2015 serta beberapa
      agenda lain.
      2.    Pengesahan Minit Yang Lepas
            2.1. En.Chong mencadangkan minit lepas diterima dan disokong oleh Cik Gok

3     Post-Mortem Keputusan Penggal 2 Tahun 2015
3.1.Keputusan kali ini memang tidak memuaskan.
3.2.Peratus lulus adalah 61.97% dan NGMP adalah 1.97 sahaja.
3.3.Bilangan yang mendapat gred A1, A- 9, B+ 9, B16, B-18, C+20,C15, C-1,   
 D+24, D 6 dan F23. Jadi kelemahan calon telah dikenal pasti.
3.4.Pelajar melakukan kerja yang diberi jika diarah sahaja. Itupun janji hantar.
3.5.Pelajar tiada pengetahuan asas dalam subjek PA.
3.6.Pelajar tiada asas pembacaan seperti akhbar atau majalah.
3.7.Pelajar tidak berminat dan malas untuk membaca
3.8.Penguasaan bahasa pelajar amat lemah
3.9.Pelajar menganggap PA tidak penting.
3.10.      Pelajar belum ada kesedaran
3.11.      Pelajar mengaku bahawa idea yang ditulis dalam karangan tidak relevan
3.12.      Hampir 99.9 % pelajar menyatakan soalan struktur susah dan tidak faham
      kehendak soalan.
3.13.      Pelajar-pelajar yang telah memperoleh A dan B telah ditemu bual. Kekuatan 
           calon telah dikenal pasti
3.14.      Pelajar mengaku mereka membuat latihan tambahan di rumah
3.15.      Pelajar mengaku mereka mengulang kaji di rumah
3.16.      Pelajar menelaah beberapa graf sebelum peperiksaan.
3.17.      Pelajar mengaku contoh karangan yang dibaca keluar secara kebetulannya.           Jadi mudah bagi mereka menghafal kesemua fakta atau idea karangan
3.18.      Ada yang mengaku idea dapat dicari sewaktu peperiksaan, iaitu mereka tidak
      kebuntuan

       4. Strategi Menangani Kelemahan Calon  
4.1.Guru-guru PA mengadakan kelas tambahan wajib bagi setiap Rabu sewaktu Koko.
4.2.Seorang penceramah akan dijemput untuk membantu pelajar bagi penggal 3.
4.3.Panitia telah mengenal pasti En.Ooi dari Penang Free School untuk mengadakan
      ceramah. Beliau merupakan guru cemerlang PA Jusa C.
4.4.Cik Gok diamanahkan untuk menyediakan kertas kerja, surat jemputan, 
       pembayaran sebanyak RM200.00 dan penempahan dewan untuk ceramah                tersebut yang akan  diadakan pada 19 Ogos 2015, Rabu jam 12.00 tengah hari         hingga 2.30 petang.
4.5.Ketua Panitia sendiri akan mengadakan taklimat dan ceramah bagi penggal 1 di         dewan pada 19 Ogos 2015 jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
4.6.En.Chong telah diamanahkan untuk menempah 25 set buku latihan bagi penggal        1 dan 3. Beliau diminta menghubungi kerani sekolah untuk membuat pesanan.
4.7. En.Chong juga diamanahkan untuk menempah buku-buku ulangkaji PA dan
       diletakkannya di PSS untuk pelajar membuat rujukan.
           4.8  Buku-buku latihan tersebut juga dijadikan modul relief jika guru PA tidak hadir                       ke  sekolah.
4.9. En.Hamidon telah membuat latihan topikal bagi tiga bab yang pertama bagi                penggal 1.  Semua guru diminta menggunakannya dalam kelas.
           4.10.Semua guru PA perlu meminta pelajar menulis isu atau cabaran dalam setiap
                  perenggan karangan sebagai contoh. Pemeriksa tidak menggalakkan pelajar                         menulis karangan secara umum sahaja.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh                                                          Disemak oleh:

……………………………….                                      …………………………….
(Dr. DHANAPAL A/L RENGASAMY)                       (PN. SHANTHI K.SHANMUGAM )
Ketua Unit Pengajian Am DG52                                 Guru Pengajian AM DG48


Kesan Pendatang Asing dan Langkah Mengatasi


Pekerja asing mendatangkan pelbagai kesan kepada negara dan masyarakat. Oleh itu langkah-langkah perlu diambil untuk menangani isu ini. Bincangkan

-Bertahun-tahun, isu kebanjiran pekerja asing serta pendatang asing tanpa izin di negara ini menjadi masalah yang tidak berkesudahan.. Malaysia menjadi tumpuan rakyat dari pelbagai negara.Antaranya Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal, Filipina dan Myanmar sebagai lubuk mencari rezeki di pelbagai sektor.
  
-Meskipun pelbagai usaha agresif dijalankan pihak berkuasa termasuk penghantaran pulang ke negara asal, bilangan mereka tidak juga berkurangan, malah bertambah tahun demi tahun.
  
-Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem pada November tahun lepas mendedahkan, pekerja asing sama ada yang masuk secara sah atau haram dianggarkan berjumlah 6.7 juta orang.
Daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta orang sahaja yang mempunyai permit sah dan berdaftar dengan Jabatan Imigresen.
  
-Lambakan pekerja asing gagal dibendung ekoran permintaan tinggi tenaga kerja dalam pelbagai sektor selain sikap rakyat tempatan yang terlalu memilih pekerjaan.

   
LAMBAKAN SERIUS

  
-Jika angka yang didedahkan itu benar, ini bermakna jumlah warga asing di Malaysia ketika ini mengatasi populasi penduduk kaum Cina. Menurut statistik Jabatan Perangkaan, jumlah kaum etnik kedua terbesar di negara ini pada tahun ini diunjurkan berjumlah 6.64 juta orang.
  
-Kerajaan perlu mengawal dan memantau jumlah dan pergerakan pekerja asing di Malaysia. 
  
-Jabatan Imigresen menyasarkan Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa izin menjelang tahun 2020. Persoalannya dengan jumlah kebanjiran pekerja asing yang sebegitu besar, mampukah negara mencapainya?
  
-Adakah Malaysia memerlukan jumlah tenaga asing yang sebegitu ramai? Di beberapa tempat terutamanya di Lembah Klang, jumlah pekerja asing lebih ramai daripada penduduk setempat sehingga ada yang mewujudkan koloni masing-masing,   menimbulkan keresahan rakyat.
  
-Jumlah tersebut memperlihatkan tahap kebergantungan negara terhadap pekerja asing amat meruncing.
  
-Kebanjiran pendatang asing tidak seharusnya dipandang ringan kerana mereka mampu menguasai ekonomi negara sekiranya terus diberi peluang.


MULA KUASAI BIDANG PERNIAGAAN
  
Kalau dahulu warga asing hanya bekerja di bidang separuh mahir seperti pembinaan, perladangan dan pembuatan, kini mereka sendiri mewujudkan koloni tersendiri di satu-satu lokasi, malah menjadi 'tauke' perniagaan.

Ramai pekerja asing yang masuk sebagai buruh kasar tetapi kemudian mempunyai perniagaan sendiri dan ada yang memandu teksi... lihat sahaja kawasan Chow Kit dan Bukit Bintang, siapa yang menjadi 'tauke'
Sekiranya masalah kebanjiran ini tidak dikawal, graf akan terus meningkat dan tidak mustahil suatu hari nanti mereka dapat menguasai bidang perniagaan sekali gus ekonomi negara, malah akan ada rakyat kita pula bekerja di bawah mereka
  
Kalau dahulu pekerja asing dibayar dengan gaji rendah tetapi kini mereka turut menikmati gaji minimum RM900 yang ditetapkan kerajaan.
  
Negara yang rugi apabila pengaliran wang ke luar negara bertambah banyak, malah berbilion ringgit... apa untung yang kita dapat
  
Memang benar pekerja asing mempunyai sumbangan dalam memacu pembangunan dan ekonomi negara, tetapi kebanjiran warga asing mempunyai risiko tinggi. Negara perlu kurangkan kebergantungan dengan orang luar. Jika tidak, sampai bila kita perlu bergantung dengan mereka
  
Syarikat pengiriman wang bukan bank itu menyasarkan jumlah pengiriman wang oleh pekerja asing di negara ini ke negara asal melaluinya meningkat lima peratus pada 2014. Pengiriman wang keluar oleh pekerja asing pada 2013 menunjukkan trend meningkat berbanding RM21.7 bilion yang direkodkan pada 2012.
  

TELITI SEMULA DASAR

Kebanjiran warga asing juga menyebabkan rakyat terpaksa bersaing dan berkongsi subsidi serta kemudahan yang disediakan kerajaan termasuk kemudahan perubatan dan pengangkutan awam dengan mereka.
  
Kerajaan menyediakan prasarana tetapi kebanyakannya dinikmati oleh mereka yang bukan warganegara... hospital, jalan raya dan pengangkutan awam sesak dengan warga asing
  
Dasar pengambilan pekerja asing perlu diteliti semula dengan menekankan hanya sektor tertentu seperti pembinaan dan perladangan sahaja yang dibenarkan menggajikan buruh asing.
  
Tidak perlulah tukang cuci, pengawal keselamatan, juruwang, pelayan restoran hinggakan di kedai-kedai runcit pun kita terlalu bergantung dengan orang luar, sedangkan pekerjaan ini boleh diisi oleh orang tempatan.
  
Orang tempatan pun tidak perlu terlalu 'manja' dengan terlalu bergantung pada pekerja asing... seolah-olah jika tiada pembantu rumah, tukang cuci atau pelayan bangsa asing, tidak boleh hidup,
  

GAJIKAN ORANG TEMPATAN
  
Tidak dinafikan banyak sektor seperti industri binaan, perladangan dan perkhidmatan berkemungkinan lumpuh sekiranya Malaysia tidak mempunyai tenaga buruh murah.
  
Natijahnya,  jumlah pekerja asing yang ada di Malaysia ketika ini, meskipun yang masuk secara sah, terlampau tinggi.
  
Kita tidak perlu sebegitu ramai... bukan semua sektor kita perlukan mereka bekerja... perlunya ada undang-undang menghadkan bidang pekerjaan yang boleh diceburi mereka seperti bidang pertanian dan binaan.
  
Masalahnya sektor korporat sibuk hendak menjimatkan kos, maka digajinya pekerja asing... kerana bagi orang tempatan, gaji minimum RM900 itu tidak mencukupi,
  
Meskipun kos meningkat sekiranya menggajikan pekerja tempatan dengan kadar yang lebih tinggi, Kesannya untuk jangka masa panjang, negara tidak perlu lagi bergantung dengan pekerja asing.
  
Fikirkan gaji atau imbuhan yang bagaimana dapat menarik minat orang tempatan untuk bekerja dalam sesuatu sektor... mungkin dengan memberikan elaun khas kepada mereka misalnya.
  
Orang tempatan juga tidak boleh 'menjual' lesen perniagaan yang diperoleh mereka kepada pendatang asing... kalau tidak mahu meniaga, beri peluang kepada orang tempatan, bukan beri kepada warga asing... orang seperti ini sepatutnya dikenakan tindakan tegas

KAWAL LAMBAKAN
  
Malaysia juga seharusnya mencontohi negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan China, yang menggunakan teknologi mesin bagi menggantikan tenaga buruh asing.
  
Bila negara itu hendak 'cut cost', mereka tidak menambah tenaga buruh asing, tetapi menggunakan teknologi... industri binaan di Korea, Jepun dan China menggunakan teknologi pasang siap yang mampu disiapkan dengan pantas tanpa  perlu menggunakan tenaga buruh yang terlalu ramai
  
Malaysia masih boleh mengawal kemasukan dan lambakan pendatang asing sedia ada dan pada masa sama melakukan kajian mendalam bagi mengesan punca yang menyumbang kepada masalah itu.
  
"Apakah punca kebanjiran itu? Adakah kelemahan penguatkuasaan maritim? Penguatkuasaan imigresen ataupun sebab kita betul-betul perlukan pekerja asing ini?
  
Satu badan bebas atau jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji dan menyelesai masalah buruh asing dengan lebih berkesan.
  
Pendatang haram yang ditangkap dan dihantar balik ke negara mereka, esok-esok datang lagi, jadi sampai bila pun masalah ini tidak selesai, maka kita perlu ada mekanisme yang mampan dalam membetulkan keadaan ini.
  
Kita sudah saksikan bila ada perbadanan khas dan diberi kuasa yang cukup, ia boleh bertindak, seperti mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang kita lihat operasinya semakin berkesan.


Wednesday, 5 August 2015

Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN Berorientasikan Rakyat pada 5 Ogos 2015



·         Deklarasi ini  menerima sokongan daripada Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).
·         Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) menyambut baik sokongan dan komitmen daripada AICHR itu terhadap pelaksanaan deklarasi tersebut bagi melindungi hak asasi manusia di rantau ini.
·         Elemen-elemen hak asasi manusia telah dimasukkan dalam penggubalan Visi Komuniti ASEAN Pasca 2015.
·         AICHR secara positif telah banyak menyumbang kepada penghasilan dokumen-dokumen berkaitan isu-isu hak asasi manusia dalam ketiga-tiga teras Komuniti ASEAN (ekonomi, politik-keselamatan dan sosio-budaya)
·         Malaysia selaku Pengerusi ASEAN mempengerusikan Sesi Bersemuka antara Menteri-Menteri Luar ASEAN dengan wakil-wakil AICHR yang mewakili kesemua 10 negara anggota ASEAN.
·         Bagi AICHR-Malaysia, Malaysia akan menganjurkan simposium serantau mengenai sistem kehakiman yang pertama kali
·         Usaha untuk melindungi hak asasi manusia di rantau ini perlu merangkumi usaha bagi mempertahankan nilai-nilai Asia yang dimiliki setiap negara anggota ASEAN.

·         AICHR telah memberi sumbangan besar (dalam isu hak asasi manusia) tanpa berkompromi terhadap nilai-nilai asas dalam Piagam ASEAN serta Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD)

Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) Ke-48 di Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2015


·         Laporan daripada kumpulan perbankan asing membuktikan potensi ASEAN adalah lebih baik daripada yang disangkakan.
·         Tiada alasan untuk ASEAN tidak aktif berperanan dalam komuniti antarabangsa.
·         Asean perlu melihat di luar sempadan
·         Banyak isu perlu ditangani bersama-sama negara ahli ASEAN seperti perubahan iklim, jenayah merentas sempadan, ancaman pengganas, migrasi dan isu pertindihan tuntutan.
·         Asean  turut melibatkan Jepun, Kanada, Korea, Australia, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat (AS), China, Rusia dan India
·         Hubungan ASEAN dengan dunia turut terjalin dengan 27 buah negara menerusi Sidang Kemuncak Asia Timur yang melibatkan 18 negara anggota serta Forum Serantau ASEAN.
·         Kewujudan komuniti ASEAN memberi peluang untuk mengubah kumpulan 10 buah negara ini kepada lebih baik dan membentuk tempat baharu dalam dunia.
·         Nilai dagangan tahunan dalam serantau ASEAN boleh mencapai AS$1 trilion (RM3.8 trilion) dan nilai dagangan ASEAN dengan kumpulan empat negara iaitu AS, Eropah, Jepun dan China (G4) pula boleh mencecah AS$3.7 trilion (RM14.3 trilion).

·         Pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam ASEAN akan terus berkembang kukuh kepada sekitar AS$106 bilion (RM402.8 bilion) berikutan syarikat-syarikat asing merancang memperluaskan asas-asas pengeluaran di rantau ini.

Komuniti ASEAN



·        ASEAN  ingin menyelesaikan isu pertindihan tuntutan wilayah maritim di perairan Laut China Selatan secara aman.
·         Isu ini boleh diselesai  menerusi semangat kerjasama
·         Asean menghadapi cabaran-cabaran lain di luar sempadan
·         Penubuhan Komuniti ASEAN akan menjadikan kedudukan ekonomi setiap negara ahlinya lebih kukuh dan selamat.
·         Komuniti ASEAN membuka lebih peluang pelaburan dan perdagangan luar
·         Komuniti ASEAN mengurangkan ketidaktentuan kewangan global.
·         Komuniti ASEAN menyebabkan pelaburan dalam rantau ASEAN mencapai AS$136.2 bilion (RM526.2 bilion) pada tahun  2014
·         Jumlah tersebut mewakili pertumbuhan sebanyak 15.7 peratus dari tahun ke tahun.
·         Pada tahun 2014,  jumlah nilai perdagangan ASEAN mencatat AS$2.5 trilion (RM9.66 trilion)
·         Dijangka kadar pertumbuhan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 4.9 peratus pada tahun 2015
·          Sidang Kemuncak Asia Timur merupakan satu lagi mekanisme baik untuk menggalakkan kerjasama antara negara-negara ahli dan juga rakan-rakan global.

·         Sidang ini memberi  tumpuan terhadap isu-isu berkaitan kerjasama, strategik dan keselamatan

Tadbir Urus Perkhidmatan Awam (Nasihat PM Kepada Kakitangan Awam)


·         Kakitangan awam perlu memperbaiki kualiti perkhidmatan agar agenda transformasi yang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat menunjukkan pencapaian yang positif.
·         Kakitangan awam tidak hilang fokus dalam melaksanakan tugas sejajar dengan objektif dasar kerajaan yang memberi tumpuan terhadap kepentingan rakyat.
·         Mereka seharusnya membawa pembaharuan
·         Mereka perlu meningkatkan pencapaian, tindakan, pengurusan dan program-program yang dijalankan oleh kerajaan untuk rakyat.
·         Mereka perlu berazam serta bertekad melakukan yang terbaik dalam semangat satu pasukan bagi mencapai segala aspirasi rakyat dan dasar-dasar negara.

·         Dengan kerjasama semua pihak dalam perkhidmatan awam di bawah kepimpinan ketua setiausaha negara, pencapaian negara dalam pelbagai aspek dapat ditingkatkan.

Sunday, 2 August 2015

KARANGAN : TEMA: NEGARA BERDAULAT


Tuliskan karangan antara 250 hingga 300 patah perkataan

Kerajaan mewajibkan Dasar 1Murid 1Sukan di setiap sekolah. Huraikan kesan-kesan pewujudan dasar ini.

1.      Melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia.
2.      Memupuk perpaduan kaum.
3.      Menyediakan pelapis dalam bidang sukan demi kecemerlangan sukan negara.
4.      Meningkatkan ekonomi negara melalui penganjuran pertandingan-pertandingan sukan.
5.      Melahirkan rakyat yang sihat fizikal dan mental
6.      Menelan kos yang tinggi
7.      Mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran

8.      Membebankan guru-kekangan masa

Karangan : Tema : DASAR LUAR NEGARA (HUBUNGAN SERANTAU)


Berdasarkan rangka yang diberikan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan.

KRISIS KEKURANGAN MAKANAN YANG BERLAKU DI RANTAU INI DAPAT DITANGANI SECARA BERKESAN MELALUI KERJASAMA ANTARA NEGARA SERANTAU. HURAIKAN

  1.      Setiap negara di dunia mengadakan program makanan masing-masing - satu deklarasi perlu dikeluarkan dalam negara yang bernaung di bawah panji PBB – setiap negara yang memiliki tanah pertanian mesti mengusahakan sektor ini – persefahaman seperti ini akan membantu setiap negara dalam usaha untuk mengerjakan sumber pertanian ini.

2.      Malaysia / negara-negara jiran / negara maju boleh membuat pelaburan berkaitan dengan sektor pertanian di negara-negara membangun – pelaburan boleh dilaksanakan dalam sektor pertanian – negara-negara membangun mempunyai sumber tanah dan buruh – perkara ini akan mengurangkan kos.

3.      Malaysia / negara-negara jiran / negara maju  boleh menyuntik modal pinjaman kepada negara-negara membangun untuk mengusahakan sektor pertanian – cara ini membolehkan negara-negara membangun mempunyai peruntukan yang mencukupi dalam usaha membangunkan pertanian di negara mereka sendiri.

4.      Malaysia / negara-negara jiran / negara maju  boleh berkongsi menyediakan kepakaran dalam sektor pertanian – pakar-pakar boleh memberikan nasihat dan tunjuk ajar untuk mengusahakan dan memajukan sektor pertanian dengan lebih cekap – membolehkan pulangan yang lumayan

5.      Malaysia / negara-negara jiran / negara maju boleh berkongsi teknologi / pelbagai mesin yang canggih berkaitan dengan sektor pertanian – mesin tersebut boleh mengurangkan kos buruh – mesin-mesin ini juga menambah produktiviti pertanian.


6.      Malaysia/ negara-negara jiran / negara maju menyalurkan bantuan kemanusia kepada negara serantau yang menghadapi masalah makanan – bencana alam.

Saturday, 1 August 2015

Wacana Ilmu

 Pelajar harus mengubah sikap selain memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan bagi mengatasi kelemahan itu.

Pelajar sepatutnya sedar dengan keadaan semasa dalam persekitaran mereka hari ini agar dapat keluar dari ‘kepompong’.

Jika pelajar  mahu berjaya, mereka kena buang sikap suka menyalahkan pihak  lain terutama guru atau ibu bapa apabila gagal bersaing dalam akademik,  sebaliknya mereka hendaklah  bekerja kuat dan berdikari.

Pelajar kena sedar tentang perkembangan sosio dan politik hari ini yang semakin mencabar sekali gus insaf agar tidak terlalu bergantung pada kerajaan semata-mata apabila ingin menceburi pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.

Ramai pelajar termasuk ge­nerasi muda hari ini yang kurang faham tentang sejarah negara.Mereka sepatutnya bangkit dan berfikiran positif dalam memajukan diri agar kemajuan tersebut dapat membina negara bangsa.

Selama ini pelajar lebih banyak dipengaruhi elemen-ele­men negatif dari luar sehingga mereka me­nerima bahana seperti menjadi hamba gajet elektronik atau media sosial.

Mereka sepatutnya berusaha untuk maju dan sedia berkongsi dan sanggup belajar daripada guru,  ibu bapa atau rakan. Pelajar hendaklah bekerjasama dan bergaul dengan golongan yang sudah berjaya.

Pelajar diseru supaya terbuka dengan pandangan dan kritikan daripada mana-mana pihak.

Jika sesiapa melemparkan kritikan dan teguran kepada pelajar anggaplah kritikan dan teguran tersebut sebagai sesuatu yang membina . Jangan cepat melatah dan beremosi. Jadikan sebagai iktibar untuk maju ke hadapan.

Pelajar harus mencari jalan penyelesaian dalam sebarang isu atau cabaran yang dihadapi. Yang patut dicari ialah apakah punca kegagalan mereka. Bukanlah berdendam pada pengkritik.


Intisari ucapan saya kepada pelajar -pelajar yang menghadiri "Wacana Ilmu" di Kulim anjuran sebuah NGO pada 2 Ogos 2015.