Tuesday, 20 October 2015

Statistik Jabatan Siasatan Jenayah menunjukkan 49.17% penjenayah yang ditangkap adalah daripada kalangan penganggur. Selain pengangguran huraikan punca-punca lain berlakunya jenayah di negara ini.

Kehendak karangan :  pengangguran wajib dan 4 punca yang lain

Punca Pengangguran

Pada dasarnya kegagalan penduduk pada kumpulan produktif ini diserapkan ke dalam sektor pekerjaan merupakan punca kepada peningkatan perlakuan jenayah indeks kerana golongan ini yang teramai mengalami pengangguran.
Oleh sebab ekonomi negara berasaskan ekonomi liberal dan kapitalis, kita cenderung menerima kesan masalah dunia.
Disebabkan pengangguran dan keperluan yang mendesak di bandar menyebabkan seseorang melakukan jenayah untuk memenuhi tuntutan kehidupan.

Punca Peningkatan Kos sara hidup

Kepesatan perbandaran membawa pelbagai perubahan dan kemajuan ke atas sesebuah negara atau wilayah, seperti peningkatan taraf hidup penduduk kesan daripada perubahan dan pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Namun demikian pada masa yang sama perbandaran yang begitu pesat akan menimbulkan kesan terhadap peningkatan kos sara hidup di bandar yang terpaksa dihadapi dan tidak dapat dielakkan serta membebankan masyarakat bandar.
Peningkatan kos sara hidup turut memberi kesan kepada kemerosotan taraf sosial keluarga.
Hal ini memaksa kedua ibubapa bekerja bagi menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat di bandar sehingga kurangnya perhatian kepada anak yang akhirnya memudahkan anak-anak terdedah kepada gejala sosial.

Punca Perbandaran

Seiring dengan kepesatan perbandaran, wujud pelbagai masalah di bandar seperti perlakuan jenayah. Penumpuan pembangunan sosial dan ekonomi di bandar menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan pembangunan di bandar.
Akibatnya timbul masalah penghijrahan penduduk dari kawasan sekitar bandar atau dari luar bandar ke bandar.
Penghijrahan penduduk penduduk ini akan meningkatkan jumlah penduduk di bandar melalui peningkatan kadar kelahiran.
Situasi ini akan memberi tekanan ke atas kapasiti penyerapan gunatenaga, kesesakan serta persaingan kemudahan asas di bandar.
Selain itu, kebanyakan yang berhijrah adalah golongan miskin dan menganggur.
Desakan hidup serta ketidakmampuan memenuhi matlamat keperluan hidup menyebabkan golongan ini terlibat dalam kegiatan jenayah.

Punca Sikap Masyarakat yang individualistik

Hubungan keluarga dan kejiranan yang renggang di kalangan penduduk dan sikap penduduk yang tinggal di kawasan perumahan yang individualistik.
Jika kita lihat keadaan jenayah di kampung, kenapakah kadar jenayah di kampung adalah rendah berbanding dengan kawasan bandar,
 ini adalah kerana sikap perpaduan dan saling bantu-membantu masih wujud di kalangan mereka tetapi berlainan di bandar terutamanya di kawasan elit, tahap individualistik begitu tinggi.
Ini dengan sendirinya mengecilkan ruang interaksi untuk membina satu jambatan kemasyarakatan.
Tahap mengambil tahu  antara satu dengan lain berada pada tahap yang rendah. 
Suatu masa dulu telah diwujudkan Rukun Tetangga di taman-taman perumahan tetapi kini kewujudan Rukun Tetangga seperti tidak wujud lagi. 
Pada hal ini adalah satu mekanisme untuk meningkatkan keakraban seterusnya mengambil tahu apa yang berlaku dalam lingkaran masyarakat.

 Punca Pengaruh dadah

Pengambilan dadah juga mempengaruhi penjenayah dan kebanyakan dadah yang popular sekarang adalah jenis sintetik yang cara pembuatan menggunakan   bahan kimia yang tidak berkualiti.
Rangsangan dadah ini menyebabkan penggunanya hilang kawalan dan menjadi lebih berani.
Keberanian ini yang mendorong kepada perlakuan jenayah.
Bagi penagih-penagih tegar, mereka akan sentiasa memerlukan  dadah dan untuk mendapatkan bekalan yang berterusan, bagi penagih yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan datang dari keluarga yang miskin, penagih ini  rela melakukan jenayah asalkan giannya dapat dilepaskan

No comments:

Post a Comment