1.Sejauh
manakah kehadiran warga asing dan pendatang
tanpa izin menjadi punca berlakunya jenayah
Info yang berguna
Mengikut
Freedom House, sehingga 30 September 2006, terdapat 1.9 juta orang pekerja
asing yang bekerja secara sah di Malaysia.
Kementerian
Sumber Manusia pula menyatakan pekerja asing yang bekerja secara sah ini
sebahagian besar berasal dari Indonesia (64%), Nepal (10%), India (7%), Burma
(5%), Vietnam (5%), Bangladesh (3%), Pakistan dan Filipina (1%) serta Negara
lain termasuk China (4%).
Pada
masa yang sama dianggarkan lebih daripada 2 juta orang pekerja asing yang
bekerja secara haram dan dikategori sebagai PATI.
Rangka isi
1Tidak
dinafikan kehadiran warga asing ini akan membawa bersama budaya negatif dari
negara asal dan mempengaruhi cara hidup dan budaya mereka ketika berada di negara orang.
2Kanak-kanak PATI yang terabai tanpa penjagaan kedua-dua ibu bapa juga boleh menyumbang kepada
penglibatan mereka dalam jenayah.
3Ambil
saja contoh kehidupan kanak-kanak PATI yang
boleh ditemui di pusat-pusat beli-belah.Mereka terdedah dengan gejala
yang kurang sihat seperti menghidu gam, menghisap rokok, mencuri dan bergaduh.
4Apakah
kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak PATI yang dibiar terus terlibat
dengan aktiviti kurang sihat ini?
5Bukan
tuduhan, tetapi peningkatan kadar jenayah dalam kalangan pendatang asing tentu
saja berkait rapat dengan proses hidup pendatang asing ini semasa mereka
kanak-kanak.
6Malah
secara tidak langsung juga tingkah laku negatif kanak-kanak PATI boleh
mempengaruhi kanak-kanak warga tempatan di sekeliling mereka.
No comments:
Post a Comment