Monday, 26 October 2015

PECUTAN AKHIR P3

Sebagai peringatan kepada pelajar-pelajar P3

Soalan Tafsiran Jadual atau Bahan Grafik

1.Pastikan soalan tersebut pola atau bandingan
2.Pastikan soalan tersebut 4+0 atau 2+2. Kebanyakan soalan 2+2 memerlukan 2 bukti data dan dua sebab atau dua langkah atau dua kesan atau dua strategi dan sebagainya.
3.Andaikata bahagian kedua soalan ialah huraikan mengapa terdapat sektor menurun. Ini bermaksud salah satu data mestilah pola menurun. Sebab hanya diberi untuk mengapa terdapat sesetengah sektor mengalami pola menurun.
4.Bagi soalan bandingan. lazimnya terdapat dua tahun, dua pemboleh ubah , dua elemen seperti sayuran dan buahan atau eksport dan import atau eksport 2008 dan eksport 2009. Jika terdapat dua elemen sahaja dalam jadual, maka calon jangan jawab pola, kecuali arahan soalan huraikan perkembangan, jelaskan pola, huraikan perubahan. Jika terdapat istilah ini baru jawab pola walaupun dua tahun. Jika tidak buat bandingan sahaja.
5.Apabila buat bandingan sentiasa ingat bahawa calon boleh bandingkan antara tahun 2 idea dan dalam tahun yang sama 2 idea.
Sebagai contohnya tahun 2008 negara pengeksport tertinggi dan terendah. Satu lagi idea ialah tahun 2009 tertinggi dan terendah. 2 lagi idea adalah antara tahun iaitu negara yang paling banyak eksport dan paling kurang eksport tahun 2008 dan satu lagi idea ialah negara yang paling banyak eksport dan paling kurang eksport tahun 2009.
6. Jika tidak diminta sebab berasingan, maka wajarlah calon menggabungkan sebab-sebabnya.
7. Jika menjawab pola. Pastikan salah satu pola itu pola bandingan dalam tahun yang sama iaitu paling tinggi tahun 2008 dan paling rendah tahun 2008
8. Jika soalan bukan sebab berasingan maka setiap bandingan diikuti sebab. Sebagai contohnya paling tinggi tahun 2008 +sebab dan paling rendah tahun 2008+sebab. Dan jangan lupa tuliskan nilai sebenar, peratus drp jumlah dan jumlah bagi tahun 2008 tersebut.

Soalan Carta Alir

1. Jika soalan itu ada label-label tertentu seperti faktor langsung dan  tidak langsung atau aspek sosial dan aspek ekonomi atau perancangan dan pelaksanaan atau faktor tarikan dan faktor tolakan atau tanah organik dan tanah bukan organik atau aspek dorongan dan aspek situasi.
2. Calon perlu tulis label kemudian nyatakan idea dan barulah boleh huraikannya. Sebagai contoh, ...Dari aspek ekonomi (label), kerajaan telah menjalnakn pelbagai program pembangunan (idea). Program pembangunan ini termasuklah membasmi kemiskinan (huraian). Untuk membasmi kemiskinan aganesi agensi kerajaan telah memwujudkan pelbagai peluang pekerjaan (huraian) kepada belia-belia yang menganggur. Di samping itu kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan kredit (huraian) kepada pengusaha kecil untuk meluaskan perniagaan mereka.
3. Jika soalan carta alir itu merupakan proses, maka calon hendaklah mengambil semua proses yang dinyatakan.Jika tertinggal mana-mana satu proses maka  jawapan dianggap salah dan markah kosong
4. Jika huraian tidak diberi dalam petak seperti poin-poin, calon hendaklah memikirkan huraian yang relevan atau logik mengikut idea yang diberi. Contoh tidak semestinya ditulis jika huraian calon lebih padat dan berfakta.

No comments:

Post a Comment