Friday, 2 October 2015

KARANGAN PERCUBAAN HSBM S19

Keganasan global adalah isu paling hangat pada ketika ini. Keganasan  global disebabkan oleh pelbagai punca dan langkah untuk mengatasinya perlu diambil dengan segera agar dunia ini aman dan sejahtera. Huraikan penyataan ini.

 PUNCA KEGANASAN
a. Politik
·         Politik adalah sumber utama kepada kekacauan dunia.
·         selalunya melibatkan percubaan kuasa dan gila kuasa sehingga berlaku keganasan.
·         Di Chechenya, Rusia telah menyerang kerajaan Chechenya di bawah pimpinan Dzokhtar Dudayev untuk menuntut kemerdekaan.
·         Akibat kurang sifat demokratik dan toleransi, rakyat mengambil tindakan drastik dengan melakukan aktiviti keganasan.
b. Agama
·         Agama juga menjadi sumber aspirasi kepada tindakan kekerasan.
·         Sebenarnya, semua agama mengajar erti kedamaian bergantung kepada persepsi masing-masing. Tindakan kekerasan terjadi apabila agama digunakan sebagai sumber kekuatan menentang musuh. Sebagai contoh, agama Buddha digunakan oleh Dalai Lama untuk menentang Kerajaan Komunis China di Tibet
·         gerila IRA Katolik menentang kerajaan Britain Anglican Protestan di Ireland Utara.
·         Rusuhan kaum di Myanmar dan Selatan Thai adalah disebabkan oleh perbezaan dua fahaman agama.
c. Ideologi.
·         Ideologi telah terbukti antara sumber keganasan gobal.
·         Komunisme telah dimulakan dengan ganas semasa Revolusi Rusia oleh Lenin.
·         Komunisme telah mencipta pemerintahan baru di China di bawah pimpinan Mao Zedong.
·         Ideologi ini telah diimport ke negara dunia ketiga.
·         Parti Komunis Malaya (PKM) telah menggunakan keganasan bagi menubuhkan Republik Soviet Tanah Malaya.
·         Keganasan fahaman komunis juga di lakukan oleh pendokong komunis di Filipina dan Thailand.
·         Ideologi Fasis juga menggalakkan keganasan seperti pemerintahan Hitler di Jerman.
·         Selepas Perang Dunia Kedua, timbul golongan Neo Nazi yang mendukungi fahaman Fasis yang mengagungkan nasionalisme lokal.
·         Golongan ini juga melakukan keganasan dan bersifat perkauman.

d. Ekonomi dan Sosial
·         Dasar ekonomi dan sosial antara punca keganasan global
·         Kebiasaanya dasar ekonomi dan sosial yang tidak adil menyebabkan sifat perkauman semakin menebal dan api dendam mula membara.
·         Perkara ini bertambah hangat apabila digauli dengan faktor agama dan politik.
·         Keganasan di Thailand Selatan disebabkan oleh dasar ekonomi dan sosial Kerajaan Thailand.
·         Kerajaan Thai selalu menganggap penduduk Islam di Selatan Thailand sebagai warganegara kelas dua.
·         Kekayaan ekonomi selalunya diagihkan di kawasan utara negara tersebut.
·         Kemudahan sosial rakyat yang tidak terbela dan dilatari sejarah permusuhan Melayu-Islam dengan Thai-Buddha menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal.
·         Akibatnya berlaku demonstrasi berdarah di Tak Bai dan pengeboman di Sungai Golok.

LANGKAH MENGATASI
a. Dialog Peradaban
·         dialog peradaban ialah satu proses pemahaman di antara tamadun yang berlainan bagi memahami dan menjalin ukhwah dengan semangat toleransi.
·         Dalam dialog ini, titik kesepakatan dicari dalam suasana muhibbah dengan bersikap inklusif.
·         Dialog Peradaban dapat merapat jurang dan membuka peluang untuk mengenali sesuatu bangsa dan agama.

b. Autonomi.
·         Sebenarnya sukar untuk memperoleh autonomi daripada pihak berkuasa kerana keegoan mereka yang tidak mahu tunduk kepada pihak yang lemah.
·         Autonomi disini bermaksud memberi ruang kepada pihak bertentangan menikmati kemerdekaan dalam politik ekonomi dan sosial di bawah pemerintahan sesebuah negara.
·         Contoh, wilayah autonomi Serb di Bosnia, Kosovo di Serbia dan wilayah Aceh di Indonesia.
·         Sedikit kekuasaan jika dikongsi bersama lebih berharga daripada peperangan.

c. Perkongsian Pintar
·         Perkongsian pintar adalah satu proses pemuafakatan bagi mewujudkan suasana ‘menang-menang’ di antara yang pihak berinteraksi.
·         Pihak yang mempunyai kekuatan membantu pihak yang lemah begitulah sebaliknya.
·         Perkongsian pintar mewujudkan sifat saling percaya mempercayai dan mengeratkan ukhwah dengan pengurangan persaingan.
·         Contoh, Amerika Syarikatb oleh membantu negara miskin daripada segi ekonomi dan sosial.

d. Sukan
·         Sukan adalah wahana untuk meningkat perpaduan antara sesebuah negara dengan negara lain.
·         Sukan Olimpik sebagai contoh membawa pertemuan antara negara musuh seperti perlawanan bola sepak antara Iran dengan Amerika Syarikat.

·         Perlawanan ini boleh mengeratkan perhubungan positif dengan negara yang bermusuhan.

No comments:

Post a Comment