Friday, 2 October 2015

KARANGAN PERCUBAAN HSBM S18

SOALAN 18
Kepentingan geografi antara faktor yang diambil kira oleh Negara Malaysia dalam menentukan dasar luar negara . Namun, faktor-faktor lain juga diberi perhatian dalam hubungan dengan negara-negara luar. Bincangkan.  (1+4)

Pendahuluan

H1 – Kedudukan Malaysia yang strategik di tengah-tengah jalan perdagangan dunia timur dan barat menjadikan  polisi dasar luar negara begitu penting.
H2 – Begitu juga dengan sempadan geografi Malaysia di kelilingi oleh negara jiran ASEAN; seperti Thailand di utara dan Singapura dan Indonesia di selatan.
H3 – Dengan hal demikian, kedudukan negara dari segi geografi menjadi penentu utama dasar luar Malaysia.

Idea Faktor Geografi Wajib dan 4 lagi faktor

Idea 1 Faktor Dalam
H1 –  Adalah menjadi suatu kewajipan kerajaan bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat dan negara daripada ancaman negara-negara lain.
H2 – Malaysia bergantung kepada hubungan perdagangan dengan negara-negara ASEAN dan antarabangsa.
H3 – Justeru itu, kedudukan geografi dan geopolitik strategik menyebabkan dasar luar negara adalah berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi dengan mengambil sikap dasar berkecuali dengan tidak mencampuri urusan dalaman negara lain.

Idea 2 Faktor Kepimpinan
H1 – Sejarah negara membuktikan pada awal kemerdekaan, dasar luar Malaysia adalah pro-Barat dan antikomunis.
H2 – Ini kerana Malaysia sangat memerlukan bantuan kewangan dan kententeraan demi keselematan rakyat dan negera yang baru mencapai kemerdekaan.
H3 – Walau bagaimanapun dasar tersebut berubah dari masa ke semasa dengan pemimpin yang silih berganti. Kepimpinan yang dinamik menjadikan dasar luar begitu menyerlah di mata dunia hingga negara kita dihormati dan dijadikan rujukan negara miskin, membangun dan maju.

Idea 3 Faktor Ekonomi
H1 – Untuk menjadikan ekonomi negara kita terus relevan, kegiatan ekonomi berasaskan eksport dan import perlu dijalankan dengan negara-negara luar.
H2 – Tanpa hubungan diplomatik, perdagangan tidak mungkin dijalankan dan ekonomi rakyat dan negara tidak dipacu. Justeru faktor ekonomi penting untuk negara menguruskan dasar luar dengan bijak.

Idea 4 Faktor Keselamatan
H1 – Perlu ditegaskan dasar luar Malaysia adalah mengutamakan keselamatan rakyat dan negara.
H2 – Oleh hal demikian, Malaysia mengamalkan Dasar Berkecuali iaitu tidak mencampuri urusan dalaman sesebuah negara.
H3 –  Kepimpinan negara mengutamakan rundingan dalam menangani isu-isu keselamatn sempadan. Bahkan Malaysia menjadi “orang tengah”  dalam rundingan di Selatan Mindanao dan Selatan Thailand.

Idea 5 Zon Bebas Senjata Nuklear
H1 – Saranan dasar luar Malaysia menjadi rantau ASEAN  Zon Aman, Bebas dan Berkecuali melalui Deklarasi Kuala Lumpur 1971.
H2 – Malaysia menolak sebarang aktiviti ketenteraan dan pencabulan wilayah berdaulat serta perlumbaan senjata nuklear di rantau ASEAN.

Kesimpulan

H1- Dasar luar negara yang dinamik membolehkan rakyat Malaysia hidup sejahtera dan kemakmuran dikecapi dirantau ASEAN.

H2 – Malaysia mahu mewujudkan hubungan baik dengan semua negara. 

No comments:

Post a Comment