Friday, 2 October 2015

KARANGAN PERCUBAAN HSBM S20

Pertubuhan ASEAN merupakan pertubuhan serantau yang terkenal. Pertubuhan ini boleh mengadakan pelbagai  kerjasama antara anggotanya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Jelaskan bentuk-bentuk kerjasama yang boleh direalisasikan oleh pertubuhan tersebut.

Pendahuluan
·         Asean merupakan satu kumpulan kerjasama serantau yang telah menjadi satu pertubuhan yang dihormati oleh masyarakat dunia.
·         Pertubuhan ini sering dijadikan bahan contoh oleh beberapa buah negara dunia apabila mereka mencadangkan penubuhan sesuatu pertubahan bertaraf dunia itu.
·         Pihak media massa turut memberikan pelbagai penghormatan terhadap pertubuhan ini dalam setiap tindakan yang diambil oleh ASEAN.
·         Sebenarnya, ada banyak bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh anggota ASEAN pada era globalisasi ini.

Kerjasama Pendidikan
·         Kerjasama yang paling mudah dilaksanakan oleh pertubuhan ini ialah melaksanakan satu perjanjian persefahaman dalam bidag pendidikan.
·         Semua pelajar di negara-negara Asean yang meliputi Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, dan sebagainya boleh mengambil peperiksaan yang serupa pada masa yang sama.
·         Tindakan sebegini memastikan kualiti peperiksaan rantau ini lebih terjamin sambil memudahkan urusan kemasukan pelajar asing ke universiti tertentu di Asean.

Kerjasama Ekonomi
·         kerjasama dalam bidang ekonomi boleh dilaksanakan oleh pertubuhan ini juga.
·         Semua sekatan ekonomi atau kewangan yang wujud sebelum ini boleh dihapuskan atau dikurangkan supaya kegiatan ekonomi sesama negara anggota menjadi lebih mudah.
·          Usaha memudahkan urusan ekonomi berupaya untuk menjadikan suasana menjalankan aktiviti ekonomi di rantau ini lebih menarik buat pelabur asing yang lainnya. 
·         Akibatnya, negara di rantau ini akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang stabil dan baik sehingga meninggikan taraf hidup masyarakat secara amnya.

Kerjasama keselamatan/pertahanan
·         bidang keselamatan atau pertahanan turut boleh ditingkatkan tahap kerjasamanya dalam usaha memerangi cabaran keganasan zaman moden.
·         Pihak polis dan tentera setiap anggota anggota bukan sahaja boleh melaksanakan latihan bersama-sama tetapi juga boleh bertukar-tukar informasi mengenai sesuatu perkara yang boleh mengancam kestabilan dan keamanan serantau.
·         Tahap kerjasama yang tinggi akan menjadikan kawasan rantau ini lebih selamat berbanding dengan kawasan-kawasan dunia lain yag sering bergolak itu.
·         kerjasama dalam bidang pertahanan atau keselamatan boleh dilaksanakan oleh negara anggota Asean dengan efektif.

Kerjasama teknologi
·         Negara-negara ASEAN juga boleh bekerjasama dalam bidang teknologi terutama komunikasi.
·         Penggunaan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit begitu ketara dalam kalangan masyarakat moden lalu kerjasama serantau penting.
·         Pengguna telefon bimbit tidak perlu risau tetag pertukaran telefon, bil yang tinggi dan sebagainya apabila kerjasama ini berjaya dimeterai oleh semua negara Asean itu.
·         kerjasama dalam bidang komunikasi ini yang paling mudah dilakukan kerana teknologi komunikasilah yang paling mudah untuk menjadi alat perpaduan secara rakyat di rantau ini.

Kerjasama Pelancongan
·         Satu lagi bentuk kerjasama lain yang boleh dilaksanakan oleh negara anggota Asean melibatkan bidang pelancongan.
·         Semua pelancong dari negara anggota tidak perlu menulis maklumat diri mereka apabila melepasi pemeriksaan imigresen setiap negara di rantau ini.  
·         Kerjasama sebegini pasti menjadikana urusan melancong ke negara rantau Asia Tenggara menjadi lebih mudah lalu menggalakkan pertumbuhan sektor ini pula.
·         Akibatnya, industri pelancongan rantau ini akan menyumbangkan sumber kewangan kepada setiap kerajaan di rantau ini yang berguna untuk membiayai projek pembangunan pula.

Kesimpulan
·         Asean mampu melaksanakan pebagai bentuk kerjasama yang membawa impak bersama.

·         Semua negara di rantau ini perlu melihat kesan jangka panjang berbanding jangka pendek lalu berusaha menghapuskan sebarang prasangka terhadap usaha murni negara lain itu. 

No comments:

Post a Comment