Elemen-Elemen Pelancongan
|
2006
|
2007
|
2008
|
Pengangkutan (bilangan lesen)
|
5881
|
5824
|
6955
|
Hasli Pengangkutan (RM Juta)
|
22.7
|
32.6
|
43.2
|
Penginapan (bilangan lesen)
|
6542
|
7109
|
8419
|
Hasil Penginapan (RM Juta)
|
21.8
|
19.8
|
18.9
|
Destinasi Pelancongan (bilangan
lesen)
|
1284
|
1090
|
1307
|
Hasil Destinasi (RM Juta)
|
12.3
|
10.3
|
11.6
|
Jawab satu
soalan sahaja dalam bahagian ini
16. Berdasarkan
maklumat dalam jadual berikut, hubung kaitkan situasi pengeluaran lesen kepada
elemen pelancongan dan hasil yang dipungut dari tahun 2006 hingga 2008.
Sumber : (Dipetik dan
disesuaikan daripada Buletin Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, 2009)
SOALAN 16
IDEA 1
Bilangan lesen pengangkutan menurun
manakala hasil pengangkutan semakin meningkat. Sebagai buktinya lesen
pengangkutan 4 data dan hasil pengangkutan 4 data. Hal ini kerana walaupun
pengangkutan kurang tetapi kadar penggunaan pengangkutan meningkat menyebabkan
hasil yang dipungut meningkat. Ini jelas menunjukkan pelancong masih
menggunakan pengangkutan awam seperti teksi, kereta api dan kapal terbang.
IDEA 2
Bilangan lesen penginapan semakin meningkat manakala hasil
penginapan semakin menurun. Sebagai buktinya lesen penginapan 4 data dan hasil
penginapan 4 data. Hal ini jelas menunjukkan pengusaha penginapan memberikan
diskaun atau potongan dan mereka sanggup menanggung kerugian hanya sematamata
untuk bersaing dalam pasaran penginapan seperti hotel, rumah tumpangan dan inap
desa.
IDEA 3
Bilangan lesen destinasi pelancongan
tidak konsisten dan hasil destinasi pelancongan juga tidak konsisten. Sebagai
buktinya lesen destinasi pelancongan 7 data dan hasil destinasi pelancongan 7
data. Keadaan yang tidak konsisten ini disebabkan terdapat keadaan yang tidak
menentu dalam ketibaan pelancong ke negara kita. Para pengusaha pelancong tidak
berani menerokai atau membuka kawasan
pelancongan baharu memandangkan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.
PANDUAN KEPADA CALON
1.
tahun asas wajib
dalam semua perenggan
2.
nilai data iaitu
bilangan lesen dan RMJuta wajib dalam setiap perenggan. Jika calon lupa atau bertukar
nilai , maka idea diterima dan huraian kosong
3.
Jika calon
mulakan perenggan atau jawapan tanpa perkataan seperti bilangan lesen atau
hasil, maka huraian kosong.
4.
Jika data dan
sebab diasingkan dalam perenggan berbeza, maka idea dan data diterima tetapi
sebab jangan terima.
5.
Dalam setiap
perenggan kedua-dua bilangan lesen dan hasil wajib ada. Jika mana-mana satu tiada, huraian adalah kosong.
6.
Semua data mesti
diikuti sebab.
7.
Sebab sahaja
tanpa huraian tidak diterima.
8.
Huraian sahaja
tanpa idea tidak diterima.
Pemarkahan
Idea
: 3
Huraian : 9 (3x3)
Bahasa : 1
Rumusan : 2
No comments:
Post a Comment