Friday, 2 October 2015

SOALAN PERCUBAAN HSBM SOALAN TAFSIRAN CARTA ALIRAN

mohon maaf. Carta alir tidak dapat diterbitkan. saya masukkan soalan dan jawapan.

SOALAN 17
Berdasarkan carta tersebut huraikan kesan dan langkah dalam mengatasi masalah pemerdagangan orang di negara ini.


Label :Kesan
Idea :Imej negara
Huraian : Persepsi negara lain terhadap Malaysia negatif. Hal ini akan menjejaskan hubungan
diplomatik antara negara terlibat. Ini memberi impak kepada sektor pelancongan.Kedatangan    
pelancong akan menurun

Label :Kesan
Idea: Keselamatan negara
Huraian: Masalah Jenayah rentas sempadan akan berlaku. Hal ini sudah tentu membimbangkan
keselamatan masyarakat setempat. Malah kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi
untuk membanteras masalah ini.

Label : langkah
Idea: Undang-undang negara
Huraian : Kerajaan hendaklah memperkasa undangundang. Kerajan juga hendaklah menempatkan
banyak penguat kuasa di sempadan negara. Mereka yang didapati dalang hendaklah diberi
hukuman lebih berat

Label : langkah
Idea : Hubungan diplomatik
Huraian : Kedua-dua negara seperti Thai dan Malaysia hendaklah mengkordinasi tindakan seperti
bertukar-tukar pegawai dan bergilir menjaga keselamatan di sempadan. Kerajaan Malaysia
hendaklah menghantar pulang pemerdagangan orang atau mangsa. Kedua-dua negara hendaklah
mengadakan rundingan secara damai

 PANDUAN PEMERIKSA
1.    Setiap perenggan wajib ada label. Jika tiada label  maka idea tidak diterima. Perenggan itu kosong
2.      Jika calon salin bulat-bulat  tanpa huraian atau contoh sendiri

    maka markah huraian adalah satu sahaja.

No comments:

Post a Comment