mengetahui teknik menjawab pengajian am dengan betul.Berkongsi pandangan mengenai isu sastera dan isu pendidikan
Thursday, 3 March 2016
Perjumpaan Guru-Guru PhD Kali Kedua
Satu perjumpaan antara KSPA dengan guru-guru PhD telah diadakan pada 3 Mac 2016, jam 2.00 petang di JPNPP Bukit Gambir. Mesyuarat dipengerusikan oleh En.Dzolkopli Hj Haron selaku KPP Bahasa Inggeris. Pn Parimala Devi Indran SISC dari PPD Timur Laut telah memberi kursus penataran Kajian Tindakan. Beliau menekankan format penulisan serta kandungan kajian. Mesyuarat kali ini diadakan bersama guru-guru cemerlang Pulau Pinang. Guru-guru Cemerlang dengan bantuan guru-guru PhD boleh mengadakan bengkel atau kolokium Kajian Tindakan di PPD masing-masing. Surat mengenainya akan dikeluarkan oleh JPN dalam tempoh terdekat. Diberitahu juga bahawa kesemua pembentangan Kajian Tindakan perlu diadakan sebelum bulan Mei. Beberapa kajian tindakan yang terpilih akan dijilid jika sumber kewangan mengizinkan.
Labels:
PENDAPAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment