PANDUAN KEPADA PELAJAR TENTANG
PENULISAN KAJIAN KERJA KURSUS
DAPATAN KAJIAN
Dalam
dapatan kajian buat analisis item. Bagi setiap 5 item buat graf
dan huraikan analisisnya.Pelajar cuma masukkan
bilangan dan peratus amat bersetuju ,bilangan dan peratus bersetuju dan bilangan dan peratus tidak bersetuju. Jangan berikan alasan di sini
PERBINCANGAN
Mesti
menulis perbincangan ini mengikut objektif. Susun balik objektif diikuti
item-itemnya. Kemudian copy and paste alasan/sebab yang diberi (yang pernah anda buat di bawah analisis
tempoh hari). Kalau begitu susunan transkripsi temu bual atau catatan
pemerhatian tidak perlu sebab kita sudah pindahkannya di bawah perbincangan.
KESIMPULAN
Ikut contoh
diberi oleh guru
ABSTRAK
Ikut contoh
diberi oleh guru. Campur angka Amat Bersetuju untuk semua item dibahagi dengan
600 dan cari peratus, contohnya 206/600X100= 34.33%. Kemudian campur angka Bersetuju untuk semua item dibahagi dengan 600
dan cari peratus, contohnya 266/600X100= 44.33%. Jadi pelajar kena tulis bahawa
Tahap kepuasan pengguna terhadap perpustakaan/feri/kereta api/kemudahan awam
dsb ialah 78.66%. manakala tahap
ketidakpuasan pengguna terhadap perpustakaan/feri/kereta api/kemudahan awam dsb
ialah 21.34%
RUJUKAN
Ikut contoh
dalam edaran taklimat tempoh hari
LAMPIRAN
Masukkan hanya
satu set soal selidik sahaja.
INGAT JANGAN PRINT LAGI. HANYA
DIBENARKAN PRINT SELEPAS GURU SEMAK SEMUA KERJA PELAJAR DALAM LAPTOP.
Disediakan oleh
Dr. R Dhanapal
Ketua Panitia Pengajian Am
No comments:
Post a Comment