Semua profil responden seperti umur, jantina, kaum, dan
sebagainya dibentangkan dalam pelbagai jenis graf. Selepas itu barulah pelajar
mesti menghuraikan dapatan kajian. Sila patuhi contoh berikut:
Berikut adalah contoh dapatan kajian bagi item pertama. Item
pertama dalam soal selidik ialah
“Saya mendapati
terdapat tempat duduk dan penyandar bas bersih”.
Selaras dengan objek kajian iaitu mendapatkan maklumat berkaitan
dengan tahap kepuasan pengguna terhadap
perkhidmatan bas sekolah di sekolah A. maka penyelidik mendapat dapatan
seperti berikut.
Tempat Duduk dan Penyandar Bas Bersih.
Skala Bilangan Peratus
Sangat Bersetuju 13 43.33
Bersetuju 6 20.00
Tidak Bersetuju 11 36.67
Jumlah 30 100.00
Sekarang masukkan jadual atau graf bar atau carta pai. Kalau
boleh pelbagai media digunakan . jangan asyik gunakan jadual sahaja. Membosankan.
Pelajar diminta masukkan data di atas dalam satu jadual. Kemudian labelkannya
seperti berikut:
Jadual 1: Kebersihan: Tempat Duduk dan Penyandar Bersih
Sebanyak 13 orang responden atau 43.33 % sangat bersetuju bahawa tempat duduk
dan penyandar tempat duduk dalam keadaan bersih. Selebihnya 6 orang bersetuju
iaitu 20% dan 11 orang tidak bersetuju yakni sebanyak 36.67%. Majoriti penumpang sangat berpuas hati bahawa
bas sekolah dalam keadaan bersih, iaitu
seramai 19 orang (13 orang Sangat Bersetuju dan 6 orang Bersetuju) atau
sejumlah 63.33%. Walau bagaimanapun ada
segelintir pelajar yang tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan bas, seperti
yang dinyatakan dalam transkripsi tembual Sampel 1.
….pada pandangan saya, keadaan bas ini agak kurang
memuaskan. Semasa saya naik tadi, memang ada sampah sarap kat lantai. Walaupun
tak banyak, tapi memang jelas kelihatan…..(Sampel 1 pada 12/2/2016)
Begitulah sehingga huraikan kesemua 20 item dalam soal
selidik anda.
No comments:
Post a Comment