Thursday, 11 February 2016

Kompaun Untuk Kesalahan Trafik



·        Ketua Polis Negara memeberi cadangan supaya menaikkan jumlah kompaun maksimum sebagai sebahagian inisiatif mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
·        Beliau membuat cadangan tersebut kerana kecewa dengan statistik kemalangan yang masih tinggi.
·        Langkah ini dapat mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dalam pemanduan kerana mereka masih dilihat menjadi penyumbang utama kepada kemalangan.
·        Menurutnya, kompaun maksimum kesalahan jalan raya yang sedia ada, RM300,boleh  dibayar dengan mudah.
·        Ada yang berpendapat pengenaan kompaun  tidak akan dapat menyelesaikan masalah kerana masih ramai pesalah yang enggan membayar saman
·        Masih ramai pesalah trafik tidak mengambil peduli bahawa mereka perlu membayar saman
·        Menaikkan kadar kompaun bukan isu utama kerana isu sebenarnya ialah keselamatan.
·        Ada yang berpendapat sesetengah pesalah trafik sebenarnya bukan tidak mahu membayar tetapi tiada wang untuk menjelaskan kompaun tersebut.
·        Punca mereka melakukan kesalahan trafik ialah cuai dan sengaja melawan peraturan yang sedia ada.
·        Tan Sri Lee Lam Thye berpendapat, kompaun sedia ada RM300 pun sudah mencukupi.
·        Yang penting ialah bagaimana pihak berkuasa dapat memastikan mereka yang dikenakan kompaun ini boleh membayarnya.
·        Ada yang mengelak daripada bayaran itu dan ada pula menunggu sehingga musim diskaun.
·        Belaiu bimbang kalau kompaun dinaikkan, kemungkinan mereka tidak akan membayar atas alasan di luar kemampuan mereka.
·        Beliau mencadangkan, satu langkah alternatif menangani kes peningkatan kemalangan jalan raya iaitu pelaksanaan sistem Kejara, iaitu sistem pemberian mata demerit bagi kesalahan jalan raya.

·        Sistem Kejara ini boleh memastikan pemandu kenderaan itu sedar bahawa  sistem itu boleh mengakibatkan lesen mereka dibatalkan jika mereka melakukan kesalahan jalan raya.   

No comments:

Post a Comment