Thursday, 11 February 2016

Isu Kemasukan Pekerja Asing


·        Kemasukan mereka bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.
·        jumlah kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini juga akan dinilai berdasarkan kelayakan serta kemampuan setiap majikan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.
·        Kemasukan pekerja asing ini akan dipantau kerajaan melalui Agensi Kawal Selia.
·        Agensi ini akan  memastikan hanya pekerja asing yang layak sahaja dibenarkan bekerja di Malaysia.
·        Bagaimanapun kerajaan masih memberi keutamaan pekerjaan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu.
·        Kemasukan buruh asing ke negara ini tidak akan menjejaskan dan menggugat peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan serta keseimbangan pasaran buruh dalm negara.
·        Mereka hanya dibenarkan bekerja dalam lima sektor iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan
·        Angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang mendapat liputan luas media sebenarnya jumlah warga Bangladesh yang berdaftar dengan kerajaan negara itu untuk tujuan pekerjaan di Malaysia.
·        Kerajaan kita menggunakan konsep Kerajaan Kepada Kerajaan Plus (G-to-G Plus) antara Malaysia dan Bangladesh yang menggunakan sepenuhnya sistem dalam talian bermula dengan proses permohonan pekerja.
·        Ini  adalah untuk mengawal penglibatan ejen pekerja asing yang tidak sah.
·        Agen-agen ini sengaja menaikkan kos penggajian serta risiko kepada eksploitasi pekerja asing.
·        Dengan adanya konsep ini kita dapat mengelakkan jenayah pemerdagangan orang.
·        Kita bimbang kesan buruknya jika tidak dapat mengawal kebanjiran mereka. Ini termasuklah menyebarkan fahaman mereka dan boleh menggempur  rakyat negara kita ala samseng
·        Ada yang boleh berkahwin dengan warga tempatan untuk mendapatkan hak warganegara.    
·        Kerajaan tidak pernah memandang rendah terhadap kebolehan rakyat dalam melakukan kerja-kerja seperti apa yang dilakukan oleh warga asing.
·        Kerajaan mengumumkan berkuat kuasa 1 Februari, levi pekerja asing bagi sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan dinaikkan kepada RM2,500 bagi seorang manakala sektor perladangan dan pertanian bertambah kepada RM1,500 seorang.
·        Terdapat dua kesan levi ini. Buruknya ialah pemaju atau pengusaha sesuatu perniagaan boleh menaikkan kos pengeluaran di mana harga barang seperti rumah boleh naik dan kesan baiknya ialah kemasukan pekerja asing dapat dikurangkan kerana majiakn tidak mampu membayar levi yang tinggi.

·        Menurut statistik, terdapat 2.135 juta pekerja asing yang berdaftar di Malaysia.

No comments:

Post a Comment