Panduan Menulis Kertas Cadangan Kajian Tindakan
1.Kertas cadangan (proposal) kajian
tindakan di sekolah-sekolah lebih difokuskan kepada isu-isu
berkaitan pedagogi pengajaran dan
pembelajaran.
Untuk itu, kertas cadangan yang
perlu dikemukakan oleh guru hendaklah
berkaitan isu aplikasi
pedagogi pendidikan iaitu isu yang
dapat dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran
berkesan (effective teaching)..
2. Tajuk Kajian
Pastikan tajuk kajian berorientasikan
tindakan untuk tujuan penambahbaikan amalan bekerja (ilmu dan
kemahiran guru ketika melaksanakan pengajaran).
Elakkan daripada mengemukakan tajuk
yang bersifat sebab dan akibat atau korelasi.
3. Nama Penyelidik
dan Sekolah
4. Refleksi
Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
.......termasuk
refleksi kepercayaan dan nilai pendidikan yang menjadi pegangan penyelidik
yang ingin direalisasikan. Sebaiknya kemukakan refleksi bersifat
kritikal dengan sokongan literatur (sebagai sumber asas pegangan
teori dan nilai) dan bukan sekadar diskripsi dalam bentuk penulisan
diari.
5. Isu Keprihatinan / Fokus Kajian
Isu keperihatinan / penyataan dan analisis
masalah dinyatakan dengan
jelas termasuk implikasinya ke atas pengajaran, pembelajaran atau
pengurusan berdasarkan maklumat dan data awal yang diperolehi. Penyataan fokus
kajian ini sebaiknya dikaitkan dengan latar belakang teori dan / atau
penyelidikan lampau melalui pembacaan.
6. Objektif Kajian
Pastikan objektif yang ditulis
meliputi fokus kajian, tindakan yang ingin
dilaksanakan dan jangkaan pencapaian (lihat soalan kajian –
objektif kajian akan menggambarkan jawapan yang diinginkan daripada soalan
kajian).
Objektif
Umum
Objektif
Khusus
7. Soalan kajian
Kemukakan soalan-soalan yang ingin
diperoleh jawapannya melalui kajian ini. Disebabkan kajian tindakan dilakukan
dengan tujuan penambahbaikan amalan penyelidik sendiri, maka dua kata soal
(adakah dan bagaimanakah) menjadi fokus pembinaan soalan kajian.
Contoh:
Adakah dengan mengaplikasikan teknik
penyoalan dalam kaedah penerangan membolehkan murid saya .......?
8. Kumpulan Sasaran
...... selain maklumat asas seperti
bilangan dan jantina peserta, masukkan juga ciri-ciri unik
peserta yang menyebabkan mereka terpilih sebagai peserta kajian.
9. Prosedur Kajian
Kemukakan bentuk
intervensi (tindakan / inovasi) yang ingin dilaksanakan, jelaskan instrumen
pengumpulan data yang akan digunakan (sebaiknya libatkan konsep
triangulasi) untuk tujuan meningkatkan kesahihan serta
bagaimana data akan dianalisis
Sekiranya melibatkan data kuantitatif maka statistik numerikal digunakan dan pastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dan data.
Sekiranya melibatkan data kuantitatif maka statistik numerikal digunakan dan pastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dan data.
10. Jadual Pelaksanaan Kajian
Kemukakan jadual
tindakan serta tarikh tentatif aktiviti berkenaan
11. Perbelanjaan
Jangkaan
perbelanjaan dikemukakan dalam kertas cadangan adalah untuk tujuan
mendapatkan bantuan (kewangan atau bahan).
12. Senarai rujukan
Nyatakan tidak kurang daripada 10
sumber (buku, jurnal, sumber digital daripada Intenet, majalah dan
sebagainya).
13. Apendiks
Kemukakan contoh alat / instrumen
mengumpulkan data dan pastikan mematuhi protokol
14. Proposal hendaklah
dihantar pada 29 Februari 2016
Setelah
disemak, panitia boleh kendalikan kajian mengikut masa yang sesuai
Laporan Kajian hendaklah dihantar pada 29 April 2016
15. Satu
Panitia satu kajian tindakan. Bagi tingkatan enam, satu kajian bagi satu mata
pelajaran
Kajian
Tindakan akan diletakkan di Pusat Sumber Sekolah sebagai rujukan oleh guru-guru
lain
No comments:
Post a Comment