Wednesday, 10 February 2016

ProfesionalLearning Communities HSBM



¨  1. Pengenalan PLC
¨  PLC ialah singkatan kepada program
¨  ProfesionalLearning Communities
¨   yang merujuk kepada para pendidik yang
¨  komited dan  bekerja secara kolaboratif
¨  serta berterusan dalam usaha membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai
¨  prestasi yang lebih baik untuk murid-murid
¨  mereka
¨  2. RASIONAL PELAKSANAAN PLC
¨  Pelaksanaan PLC dapat meningkatkan profesionalisme guru melalui amalan kolaboratif untuk meningkatkan pencapaian murid dan meningkatkan ketrampilan guru
¨  3. PLC merupakan satu pendekatan yang baru dicetuskan oleh KPM rentetan daripada inisiatif NKRA Pendidikan. Walau bagaimanapun, PLC telah berjaya dilaksanakan di beberapa buah negara maju seperti Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat
¨  4. Lesson Study 
¨   ialah satu model perkembangan profesional guru yang diamalkan di Jepun lebih daripada seabad lamanya (Isoda, 2007) Model ini lebih mantap pada tahun 1960an dan kini, telah menjadi sebahagian daripada budaya guru-guru Jepun (Fernandez & Yoshida,2004).
¨  Lesson Study ialah kajian, penyelidikan atau penelitian terhadap pengajaran guru dalam bilik darjah.
¨  5. Lesson Study ialah amalan guru-guru secara kolaboratif untuk:
¨  1) Menentukan goal  dan objektif pengajaran.
¨  2) Merancang dan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian 3) Membuat pemerhatian pengajaran guru.
¨  4) Membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran.
¨  5) Mengubahsuai untuk menambahbaik Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
¨  6. LANGKAH-LANGKAH
¨  1) Membentuk kumpulan Lesson Study dan menentukan matlamat/ goal.
¨  a. Melantik seorang Ketua Kumpulan.
¨  b. Kaji matlamat kurikulum dan sukatan
¨  c. Kaji dan bincang masalah pembelajaran murid.
¨  d. Bincang dan tentukan matlamat atau goal 
¨   yang hendak dicapai.
¨  7. Rancang/ Bina RPH.
¨  a. Pilih unit/ tajuk yang hendak diajar dalam satu sesi pengajaran.
¨  b. Bincang masalah pembelajaran murid berkaitan dengan unit/tajuk berkenaan.
¨  c. Bina langkah-langkah dalam RPH dan sediakan sumber pengajaran.
¨  d. Fikirkan dengan mendalam strategi pengajaran yang sesuai digunakan.
¨  e. Fikirkan dan jangkakan respons murid semasa proses pengajaran f. Bentang dan lihat semula strategi pengajaran 
¨  8. Pelaksanaan pengajaran.
¨  a. Seorang Pakar Rujuk (PR) atau
¨  Knowledgeable Other (KO)
¨   dijemput sebagai pemerhati, pemberi komen dan cadangan bagi langkah-langkah penambahbaikan dalam RPH.
¨  Seorang/ lebih guru dalam kumpulan akan melaksanakan pengajaran kepada kelas yang telah dipilih.
¨  9. Ahli kumpulan dan guru-guru lain hadir bersama sebagai pemerhati dan mengumpulkan data-data atau maklumat sepanjang sesi pengajaran tersebut untuk sesi perbincangan/ refleksi
¨  10.Ahli kumpulan dan guru-guru lain digalakkan melihat hasil pembelajaran murid tanpa mengganggu mereka ketika belajar.
¨  Data yang dikumpul termasuk interaksi antara guru-murid & hasil pembelajaran murid.
¨  Fokus utama diberikan kepada respons, tingkah laku dan pembelajaran murid.
¨  Elakkan fokus kepada pengajaran guru
¨  11. Sesi Refleksi Pengajaran.
¨  a. Sesi refleksi diketuai oleh ketua kumpulan.
¨  b. Sesi dimulakan dengan melihat semula matlamat atau goal Lesson Study.
¨   c. Guru yang mengajar diberikan peluang terlebih dahulu untuk memberi komen, pandangan dan refleksi terhadap pengajaran yang telah dilaksanakan serta RPH.
¨  12.Seterusnya guru-guru lain yang menjadi pemerhati perlu berkongsi maklumat
¨      Guru-guru berkongsi maklum balas yang kritikal berdasarkan pemerhatian guru dan eviden murid
¨  Komen dan bincangkan hasil pembelajaran murid dan isi kandungan atau konten mata pelajaran.
¨  Bincang kelemahan dan fikirkan cara penambahbaikan
¨  Fikir dan bincangdengan mendalam bagaimana 
¨  hasil pembelajaran murid dapat ditingkatkan dalam sesi pengajaran. 
¨  13.Pakar Rujuk bertindak sebagai moderator/ pemudahcara dan mengemukakan pandangan serta cadangan dalam sesi refleksi. 
¨  Komen dan hasil refleksi perlu dicatat dan disimpan untuk dijadikan rujukan serta bertujuan penambahbaikan RPH yang akan datang
¨   Pengerusi dan pakar rujuk perlu memainkan peranan untuk memastikan guru-guru aktif dan berfikir secara mendalam semasa sesi refleksi melalui teknik penyoalan isu-isu yang kritikal.
¨  14. Kumpulan guru akan menentukan sama ada pengajaran semula RPH yang telah ditambahbaik dilaksanakan terhadap kelas yang sama atau sebaliknya.
¨  15. Laporan kitaran Lesson Study 
¨   perlu didokumenkan untuk rujukan dan panduan masa akan datang
¨  16. Perbincangan dan koloboratif boleh diadakan apabila guru-guru mempunyai masa lapang
¨  Setiap perbincangan perlu dicatatkan.
¨  Pemerhatian oleh rakan-rakan guru boleh diadakan bila-bila masa yang sesuai.
¨  Panitia boleh adakan LDP masing-masing untuk membincangkan LS ini
¨  Laporan Refleksi Lesson Study hendaklah ditaip dan hantar satu salinan kepada Penyelaras
¨  Penyelaras akan menghantar kepada PPD/JPN pada bulan Julai dan September.
¨  17.Setiap panitia akan dibekalkan sebuah fail besar oleh pejabat.
¨  Semua dokumen perlu difailkan
¨ LS perlu dibuat dua kali setahun.
¨ Kitaran pertama akan dihantar kpd PPD /JPN pada bulan Jun 2016
¨ Kitaran kedua akan dihantar kpd PPD /JPN pada bulan September 2016
¨  18.PLC yang lain seperti Learning Walks dan Peer Coaching boleh diadakan dari semasa ke semasa


No comments:

Post a Comment