Sastera awal bagi seseorang kanak-kanak awal merupakan
sarana penting untuk mengembangkan imaginasi dan minat kanak-kanak dalam
pembelajaran. Dalam konteks ini, ibu bapa dan guru-guru mempunyai peranan
mereka dalam menyemai minat membaca dalam
kalangan kanak-kanak. Dengan ini mereka dapat menimba ilmu pengetahuan
melalui kesusasteraan. Walau bagaimanapun, masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak Malaysia kini ialah kanak-kanak kita belum mahir menguasai
pembacaan karya sastera. Hal ini mungkin disebabkan mutu karya sastera masih
rendah dan tidak mencungkil minat kanak-kanak untuk menghayati karya sastera
kanak-kanak. Adalah disyorkan para ibu bapa dan guru sama ada di rumah atau di
prasekolah hendaklah menggalakkan kanak-kanak membaca sewaktu senggang. Di rumah, ibu bapa perlu melakukan aktiviti
pembacaan buku-buku cerita untuk kanak-kanak sebagai rutin harian. Sementara
guru-guru di sekolah pula perlu mengadakan aktiviti tambahan untuk mengekalkan
dan meningkatkan kepentingan dalam tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak
untuk jangka masa panjang. Selain itu, buku-buku sastera kanak-kanak yang
diterbitkan di Malaysia tidak didapati menarik kerana kebanyakan karya sastera
kita ditulis mengikut nuansa dewasa. Seterusnya, penerbit perlu menerbitkan
sastera kanak-kanak yang baik dan berkualiti berdasarkan keperluan kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment