Sunday, 12 July 2015

Minit Mesyuarat Ketiga 2015

SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
MINIT MESYUARAT UNIT PENGAJIAN AM
KALI KETIGA/2015

Tarikh     :  8 Julai 2015 (Rabu)
Masa      :  2.30 hingga  3.30 ptg.
Tempat  :  Pusat Sumber Pra-U

Kehadiran:
            1.         Pn.Hjh.Che Noora bt.Md.Said                        -        GPK Ting. 6 DG52
            2.         Dr.R.Dhanapal                                                -        Ketua Unit PA DG52
            3.         Cik Gok Poh Suan                                          -        Guru P.Am DG48
            4.         Pn.Shanthi K.Shanmugam                             -        Guru P.Am DG48      
            5.         En.Chong Ken Tong                                       -        Guru P.Am DG52
            6.         En.Hamidon bin Abu Bakar                            -        Guru P.Am DG52

BUTIRAN MESYUARAT

1.    Ucapan Pengerusi
1.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru PA yang hadir ke mesyuarat hari ini
1.2.Pengerusi memberitahu bahawa mesyuarat ini penting kerana panitia dikehendaki membincangkan amanat pengetua kepada semua ketua panitia dalam mesyuarat kurikulum tempoh hari.
2.    Pengesahan Minit Yang Lepas
2.1.Cik Gok mencadangkan minit lepas diterima dan disokong oleh En.Chong.

3       Perkara-Perkara Berbangkit
3.1.Laporan program panitia telahpun dihantar kepada setiausaha kurikulum sekolah.
3.2.Setakat ini empat program telah dilaksanakan.
3.3.Pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran serta yang kurang berminat telahpun diberi kaunseling oleh Cik Gok dan PK Tingkatan Enam.
3.4.En.Hamidon memberitahu bahawa beliau telah menyimpan kesemua fail kerja kursus pelajar di bilik fail.
3.5.Kesemua guru diingatkan supaya membanyakkan latihan penulisan kerana pelajar kita lemah dalam penulisan.
3.6.Sekurang-kurangnya guru-guru perlu minta pelajar menyediakan rangka karangan. Jangan sering minta pelajr merujuk rangka daripada buku rujukan. Galakkan pelajar berfikir sendiri dan guru sila memantau kerja pelajar.
3.7.Semua guru diminta supaya memantau kerja pelajar setelah pembetulan dilakukan.
3.8.Jika semua pelajar telah memahami topik yang dipelajari, barulah guru-guru akan masuk ke bab-bab baru.
3.9.Guru-guru diminta mencadangkan penceramah bagi kertas 3 dan 1 nanti kerana kali ini panitia hendak mencuba menjemput penceramah luar supaya semua pelajar dapat menumpukan perhatian semasa teknik menjawab di dewan.
3.10.      Panitia sebulat suara bersetuju untuk mengambil giliran untuk mencatat minit mesyuarat. Minit mesyuarat akan datang akan dicatat, ditaip dan dicetak oleh En.Chong.
3.11.      Pengerusi memberitahu bahawa besar kemungkinan panitia akan bermesyuarat semula untuk membincangkan post- mortem keputusan peperiksaan P2 yang akan diumumkan secara rasminya pada 13 Julai 2015.
3.12.      Semua guru diminta membuat analisis bagi kelas masing-masing dan mencari apakah punca kelemahan dan kekuatan pelajar dalam P2.
3.13.      Analisis ini akan dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat akan datang.
3.14.      Pengerusi memberitahu mesyuarat akan datang boleh diadakan apabila pelajar-pelajar pulang awal pada hari Rabu.

4. Amanat Pengetua dalam Kursus Pengurusan dan Profesional/Mesyuarat Kurikulum

4.1. Guru-guru wajib memberi  perhatian  terhadap subjek yang wajib lulus oleh pelajar. Semua guru mempunyai peranan dan tanggung jawab untuk memastikan semua pelajar lulus dengan cemerlang dalam subjek ini.
4.2.Setiap panitia dikehendaki menyediakan modul relief. Modul ini dapat digunakan apabila guru-guru mengambil cuti. Modul ini akan diletakkan di bilik guru kanan. Guru yang masuk relief akan memberikan kerja kepada pelajar mengikut modul ini.
4.3.Setelah dibincang, panitia memutuskan bahawa semua guru PA perlu menyediakan kerja kepada pelajar jika mereka berkursus atau bercuti.
4.4. Pelajar tingkatan enam sememangnya membuat kerja PA  mereka walaupun guru PA tiada dalam kelas.
4.5.Sejak belakangan ini tiada guru masuk untuk relief tingkatan enam. Pelajar membuat kerja PA yang disediakan oleh guru PA.
4.6.Bagaimanpaun panitia diminta menyediakan latihan bertulis jika guru-guru PA mengambil cuti panjang atau berurusan rasmi di luar.
4.7.Panitia juga dikehendaki pengetua supaya menyediakan modul pelajar gagal.
4.8 Setelah berbincang, setiap guru PA perlu menyediakan sekurang-kurangnya dua latihan  iaitu satu latihan kenegaraan dan satu lagi latihan tafsiran atau karangan untuk P3 dan P1 ini.
4.9. Pengetua memberitahu bahawa mulai tahun hadapan, skrip pelajar yang telah disemak hendaklah dismpan balik oleh guru subjek untuk ditunjukkan kepada waris sewaktu waris datang mengambil kad pelaporan anak-anak.
4.10.Guru subjek perlu menjelaskan sebab-sebab pelajar mendapat markah kurang dan kelemahan pelajar kepada waris.
4.11.Pengetua meminta panitia mengadakan dua kelas tambahan  setiap minggu mulai tahun hadapan.
4.12.Panitia perlu menyediakan rekod kehadiran dan melaporkan ketidakhadiran pelajar kepada waris jika perlu.
4.13.Pengetua telah memperkenalkan satu program baru yang dinamakan PAUT.(Pupil’s Auditing Task)
4.14. PAUT dianggotai oleh beberapa orang guru dan pihak pentadbiran sekolah.
4.15. Sekeping borang PAUT akan disediakan oleh jawatan kuasa peringkat sekolah untuk diisi oleh guru-guru jika mereka mendapati pelajar-pelajar tidak melakukan kerja sekolah, tidak menunjukkan minat terhadap pembelajaran atau sering mengganggu P&P dalam kelas.
4.16. Borang yang diisi akan diserahkan kepada jawatan kuasa tersebut mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
4.17. Pengetua menurunkan kuasa kepada semua ketua panitia untuk menyemak buku latihan pelajar pada bila-bila masa apabila P&P subjek berkenaan berlangsung.
4.18. Ketua Panitia perlu mengecop buku latihan dan memastikan pelajar telah melakukan kerja guru dengan tertib, memastikan pembetulan dibuat oleh pelajar dan menulis ulasan ringkas pada borang ULASAN KERJA PELAJAR. Borang ini akan disediakan oleh guru kanan nanti.
4.19.PK Pentadbiran meminta  semua panitia supaya membina sebuah blog bagi panitianya sendiri.
4.20. Pengerusi memberitahu bahawa Panitia Pengajian Am sudahpun mempunyai blognya sendiri. Pelajar dan guru boleh melayarinya di alamat pabmhigh.blogspot.com. Pelajar-pelajar telahpun dimaklumkan mengenainya dalam perhimpunan.
4.21. Pengerusi menjelaskan dengan adanya blog ini, maka pelajar atau guru dapat berinteraksi dan menulis komen atau bertanya sebarang soalan mengenai subjek kepada pentadbir blog.

 5.  Hal-Hal Lain
 5.1.Guru-guru diminta supaya mencadangkan satu program yang lebih besar untuk
 pelajar. Pihak sekolah akan membiayai program tersebut. Program tersebut kalau                boleh diadakan sewaktu cuti sekolah. Hal ini kerana dapat mengelakkan gangguan P            & P subjek lain.
 5.2. Pengerusi berharap semua amanat yang disampaikan oleh pengetua dapat
 dilaksanakan oleh guru-guru PA dengan penuh bertanggung jawab dan integriti

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh                                                                                  Disemak oleh:

                                      
(Dr. DHANAPAL A/L RENGASAMY)                                            (En.CHONG KEN TONG)
Ketua Unit Pengajian Am DG52                                                   Guru Pengajian AM DG52



No comments:

Post a Comment