ELEMEN-ELEMEN PEMBENTANGAN DALAM KALANGAN PELAJAR PRA U
ATAS: SIGNIFIKANNYA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH
1.0 PENGENALAN
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran telah
diperkenalkan di tingkatan enam. Salah satunya ialah kaedah pembentangan.
Bersesuaian dengan kematangan fikiran pelajar tingkatan enam atas, pembentangan
di hadapan kelas merupakan satu elemen pembelajaran yang penting. . Melalui
pembentangan ini sikap keyakinan diri dan sikap pemerolehan ilmu dapat dipupuk
dalam diri pelajar. Mengikut Kamus Dewan, pembentangan bermaksud,” perbuatan
memaparkan, menghuraikan dan menerangkan sesuatu maklumat”. Jadi dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran pembentangan pelajar bermaksud pelajar memaparkan,
menghuraikan dan menerangkan maklumat atau idea mengenai topik yang dipelajari
dalam bilik darjah.
2.0 PENYATAAN MASALAH
Pembentangan dalam bentuk seminar dan kelas sememangnya
banyak dilakukan oleh pelajar-pelajar tingkatan enam. Akan tetapi berapa banyak
guru dan pelajar mengetahui cara-cara pembentangan yang betul? Kebanyakan
pelajar menghafal dan membaca di hadapan kelas apabila disuruh membentangkan
kerta s kerja. Rata-rata guru dan pelajar tidak tahu menyediakan kertas kerja
dan cara-cara pembentangan di hadapan kelas dalam jangka masa yang ditetapkan.
Kajian ini diharapkan dapat membantu guru dan pelajar tingkatan enam supaya
mengetahui cara-cara pembentangan yang betul dan apakah-apakah elemen-elemen
yang perlu diberi perhatian dalam pembentangan.
3.0 SOROTAN LITERATUR
Pembentangan penting dalam menyampaikan dan menerima ilmu.
Pembentangan boleh berlaku secara formal seperti yang berlaku apabila pelajar
menghadiri kelas pengajaran dan pembelajaran. Pembentangan dalam bilik darjah
amat penting kerana pelajar dapat mengetahui skop pelajaran yang diajarkan oleh
guru mereka dan pelajar boleh mendapatkan maklumat-maklumat baharu tentang mata
pelajaran yang dipelajarinya. Kedua, iaitu pendengaran dan penglihatan dalam
apabila mendapatkan sesuatu maklumat (Ismail Ahmad, 1995). Oleh itu, kombinasi
ini memberikan kelebihan kepada pelajar berbanding dengan pembelajaran melalui
penulisan. Di samping itu, faktor person-to-person, dan perhubungan peribadi
secara terus menerus boleh menjadikan pembentangan menjadi sangat berkesan.
Pembentangan yang menekankan ekspresi dan nada suara ini, membantu pelajar
membina makna yang tidak terdapat dalam pembacaan mahupun dalam penulisan. Di
samping mengasah kecerdasan berfikir dan ketrampilan menganalisis sesuatu
keadaan, seseorang pembentang dapat menunjukkan ketrampilan dalam menyampaikan
maklumat. Dalam dunia mencari pekerjaan, keupayaan berinteraksi dan
menganalisis menjadi kunci kepada kejayaan kepada seseorang pelajar apabila
mereka meninggalkan bangku sekolah nanti.
Pembentangan merupakan satu latihan akademik yang diperlukan
di institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti. Bagi pelajar,
latihan ini membentuk ciri yakin akan kebolehan diri sendiri serta meningkatkan
keberkesanan berkomunikasi. Malah melalui pembentangan pelajar dapat
menyebarkan ilmu dan hasil penyelidikan atau dapatan sesuatu kajian dengan
berwibawa (Parvis, 2007).
Pada dasarnya, pembentangan seminar memerlukan perhatian
yang lebih kepada teknik persembahan yang berkesan. Terdapat empat aspek yang
penting yang perlu diketahui oleh seseorang pembentang, iaitu suara, kelakuan,
pengolahan idea dan alat pandang dengar (audio visual). Persediaan perlu
dilakukan dengan rapi sebelum sesuatu pembentangan disampaikan dengan jayanya.
Tinjauan tentang beberapa perkara asas seperti tempat, masa dan tempoh
pembentangan adalah antara maklumat asas yang perlu diketahui sebelum membuat
kertas kerja pembentangan. Pengetahuan awal tentang tempoh pembentangan boleh
digunakan bagi persembahan percubaan di tempat lain ataupun dalam bilik seminar
sebenar sebelum seminar itu diberikan. Persediaan hand-out dalam bentuk nota
boleh melicinkan pembentangan. kerana nota boleh disusun dalam susunan yang
logik. Nota pendek ini akan jadi mudah dibaca sekiranya ditulis dengan jelas
dan mengandungi fakta-fakta penting sahaja. Adalah baik jika teks penuh
disediakan dan digunakan untuk percubaan. Bagaimanapun penggunaan teks penuh
semasa pembentangan tidak digalakkan kerana ini memungkinkan pembentang itu membaca
kertas kerja atau nota dan akan menghilangkan keyakinan pembentang tersebut
(Gallo, 2006).
Beberapa perkara penting yang boleh menolong pembentang
seminar semasa pembentangan. Antaranya ialah penggunaan masa yang betul,
keserasian dan kelicinan bahasa yang digunakan, ketertiban dan kesesuaian
suara. Penggunaan masa dalam dua aspek, iaitu isi dan tempoh. Tentang isi,
adalah dicadangkan supaya pembahagian masa diberikan seperti berikut: 10% untuk
pengenalan dan bahan kaedah; 80% untuk isi (hasil dan perbincangan) dan 10%
untuk rumusan. Terdapat empat bahagian dalam pembentangan lisan sesuatu dapatan
penyelidikan. Dalam setiap bahagian pembentang perlu menerangkan:
a) Mengapakah penyelidikan atau subjek pembentangan
dilakukan?
b) Bagaimanakah pembentangan dilakukan?
c) Apakah yang telah diperoleh pada akhir pembentangan?
d) Apakah makna hasil yang diperoleh itu, berbanding dengan
status ilmu yang ada sekarang? (Gilda, 1997).
Pembentangan dibahagikan kepada tiga, iaitu permulaan,
pertengahan dan penutup. Pembukaan dan penutup sangat penting untuk
keberkesanan pembentangan . Urutan tersebut merangsang pendengar untuk memahami
mesej yang disampaikan. Pembentang memulakan pembentangan dengan menerangkan
tujuan kajian atau topik pembentangan dan mengapa pembentangan tersebut
dilakukan berdasarkan keadaan semasa. Ayat-ayat awal boleh digunakan untuk
membentuk imej pembentang dan menolong pendengar menumpukan perhatian kepada
topik yang akan disampaikan seterusnya.
Bahagian pertengahan merupakan peringkat perbicaraan. Di
sinilah tempatnya sesuatu idea atau fakta dikemukakan, dibahaskan, disokong,
dibuktikan serta dihubungkan antara satu dengan yang lain. Seseorang pendengar
seharusnya dapat mengikuti sesuatu pendedahan idea tanpa perlu mengimbas
kembali fakta yang terdahulu disampaikan. Keperluan mengimbas kembali ini dapat
dielakkan jika pembentang seminar itu membentangkannya dengan berhati-hati
(Ismail Ahmad, 1995).
Pembentangan perlu terus kepada mesej kerana pendengar tidak
ada masa yang banyak untuk mendengar. Di samping itu pembentang sendiri tidak
diperuntukkan masa yang panjang untuk berbicara mengenai perkara di luar tajuk
. Pembentang seharusnya mengelakkan elemen-elemen yang tidak diberikan
perhatian oleh pendengar. Tahap akhir ialah kesimpulan. Sesuatu pembentangan
yang tiada kesimpulan seolah-olah menyerahkan kerja penyimpulan kepada
pendengar. Kesimpulan atau penutup yang baik dapat mengukuhkan imej pembentang
. Di samping itu, pendengar dapat menggarap fakta-fakta yang penting dan
terpaut dengan maklumat – maklumat yang telah didedahkan itu.
Selain itu, bahasa yang mudah difahami perlu digunakan.
Slanga , frasa bahasa asing dan jargon perlu dihindarkan. Pembentang harus menggunakan
nada suara dan hentian yang betul supaya pendengar dapat memahami topik
pembentangan dengan baik. Penggunaan kata ganti seperti kami, saya dan
sebagainya boleh memberikan gambaran bahawa pendengar adalah terlibat secara
peribadi dalam aktiviti pembentangan seminar yang dijalankan (Nik Safiah Karim,
1993) .
Satu lagi elemen penting dalam pembentangan ialah penggunaan
audio visual. Terdapat banyak fakta dan data dalam pembentangan. Malah dengan
masa yang terhad, pendengar tiada kesempatan untuk mendengar atau menghayati
setiap data atau fakta. Jika boleh ilustrasi dua pancaindera digunakan iaitu,
penglihatan dan pendengaran . Memandangkan masa yang diperuntukkan terhad,
pembentang tiada peluang untuk membuat pembetulan kepada sesuatu kesilapan seperti
dalam penulisan. Untuk membantu mengurangkan percakapan, ilustrasi dengan audio
visual digunakan. Audio visual yang biasa digunakan ialah transparensi, slaid
dan projektor LCD (Galllo, 2006) .
Perbincangan merupakan satu aktiviti yang boleh memberikan
kelebihan kepada pendengar. Semasa membincangkan bahan-bahan akademik pendengar
yang terlibat harus bertindak aktif sama ada memberi pendapat, menganalisis
pendapat dan menerima pendapat pendengar yang lain. Perbincangan harus berkisar
pada masalah pemahaman topik pembentangan. Pemahaman sesuatu subjek kajian atau
pembentangan melibatkan saling tindak pelajar- pelajar dengan pembentang.
Perbincangan sesama pelajar secara tidak formal sangat digalakkan kerana hasil
pembentangan tersebut dapat meningkatkan kefahaman dan membetulkan tanggapan
atau konsep yang salah sebelum menghadiri pembentangan (Edwards dan Westgate,
1987).
4.0. KERANGKA TEORI KAJIAN
Kerangka teori kajian ini adalah berdasarkan model input dan
output. Input adalah berdasarkan model Brenda Hayden dan Lou Tillson,
‘Strategies To Improve Students’ Presentation Skills’ (2007) yang telah diubah
suai mengikut sorotan literatur mengenai pembentangan pelajar dalam kelas.
Model mengatakan bahawa pembentangan yang berkesan amat dipengaruhi oleh empat
faktor, iaitu kualiti pembentangan, kesesuaian aras pembentangan, dan masa yang
diperuntukkan manakala output pula adalah resepsi atau pemahaman pelajar.
(Lihat Rajah 1).
4.1.Tujuan Kajian
Kajian ini adalah untuk mengesani model Brenda dan Lou
(2007) yang dimodifikasi. Kajian ingin melihat sejauh manakah amalan
pembentangan yang berkesan dalam kelas dipengaruhi oleh empat faktor iaitu
kualiti pembentangan, kesesuaian aras pembentangan, dan masa yang diperuntukkan
kepada pembentang oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran di SMK
Tinggi Bukit Mertajam iaitu sebuah sekolah menengah Tingkatan 6. Selain itu
kajian ini juga bertujuan untuk membina satu profil amalan pembentangan pelajar
yang berkesan berdasarkan persepsi pelajar-pelajar dari sekolah berkenaan.
Input Proses Output
Pelbagai kaedah pembentangan
Pelbagai alat audio visual
Isi kandungan kemas kini
Aras kebolehan pelajar
Perancangan isi pembentangan
Memberi motivasi
Sistem ganjaran atau dendaan
Engaged time
Time-on-task
Kualiti pembentangan
Kesesuaian aras pembentangan
Resepsi/Pemahaman
Pelajar
Persediaan Bahan
Masa
Rajah 1: Model Input dan Output Pembentangan Pelajar
berdasarkan model Brenda dan Lou (2007) (Modifikasi)
4.2.Soalan Kajian
Soalan kajian ini adalah seperti di bawah:
1. Adakah model pembentangan yang berkesan Brenda dan Lou
(Modifikasi) telah diamalkan oleh pembentang dalam kelas?
2. Apakah profil amalan pembentangan pelajar yang digunakan
di SMK Tinggi Bukit Mertajam?
5.0. METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di SMK Tinggi Bukit Mertajam
iaitu sebuah sekolah menengah tingkatan enam. Responden kajian ini terdiri
daripada pelajar tingkatan enam di sekolah yang berkenaan. Seramai 60 orang
pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini adalah untuk meninjau persepsi
pelajar terhadap pembentangan mereka di hadapan kelas mengikut model
pembentangan berkesan Brenda dan Lou (2007) (Modifikasi). Kajian ini
menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual dengan para pelajar.
5.1. Instrumen Kajian
Satu set instrumen kajian yang mengandungi 22 item telah
dibina oleh penyelidik berdasarkan Model Brenda dan Lou. Terdapat empat
subskala bagi mengukur amalan pembentangan yang berkesan berdasarkan model
tersebut. Item kualiti pembentangan mengandungi 11 konstruk, item kesesuaian aras
pembentangan mengandungi 7 konstruk manakala item masa mengandungi 4 konstruk.
Kesemua item dalam instrumen ini diedarkan kepada 60 orang pelajar tingkatan
enam. Mereka diminta menandakan pangkah pada ruang “Sangat Selalu”, “Selalu”,
“Kadang-Kadang” dan “Tiada Langsung”
5.2.Analisis Data
Bagi menjawab soalan kajian yang pertama, frekuensi dan
peratusan (%) telah digunakan. Bagi mendapatkan jawapan soalan kajian kedua
pula, satu senarai min (X) telah digunakan bagi membina profil amalan
pembentangan pelajar yang berkesan. Kesemua dapatan kajian dianalisis dan
dibentangkan dalam bentuk jadual supaya memudahkan pembaca memahaminya.
6.0 DAPATAN KAJIAN
Jadual 1: Pembentangan Berkesan Mengikut Model Brenda dan
Lou (Modifikasi)
Responden ialah pelajar Tingkatan Enam sebuah Sekolah
Menengah yang pernah membentang dalam kelas (N= 60)
A. Item-item dalam kualiti pembentangan pelajar Tiada
Langsung
(%) Kadang-kadang
(%) Selalu
(%) Sangat selalu
(%)
1. Pelajar merancang pembentangan
2. Pelajar menggunakan pelbagai kaedah
3. Pelajar mengaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan dan
pengalaman pelajar yang lepas
4. Pelajar menggunakan pelbagai audio visual
5. Pelajar mengenal pasti ketepatan isi pelajaran
6. Pelajar memantau kemajuan dan kefahaman rakan
7. Pelajar menyampaikan isi pelajaran secara sistematik,
jelas dan mudah difahami
8. Pelajar dapat menarik minat dan menyeronokan rakan untuk
terus dengar
9. Pelajar banyak bersoal
10. Kesemua isi pelajaran dalam sukatan pelajaran dipelajari
pelajar
11. Pelajar menggalakkan kemahiran berfikir seperti
menganalisis dan mencerakin
B. Kesesuaian Aras Pembentangan Tiada Langsung
(%) Kadang-kadang
(%) Selalu
(%) Sangat selalu
(%)
12. Pelajar bentang mengikut aras kebolehan rakan
13. Pelajar mempraktikkan rakan cepat memahami konsep dan
menguasai kemahiran
14. Pelajar memastikan rakan mempunyai sikap mahu belajar
15. Pelajar mengumpulkan rakan berdasarkan kebolehan dan
penguasaan sesuatu topik
16. Pelajar memastikan rakan dapat menguasai kemahiran
17. Pelajar memastikan ketepatan dan mempunyai pengetahuan
yang terkini mengenai isi kandungan mata pelajaran yang dipelajari dan
penguasaan bahan yang berkaitan
18. Pelajar meletakkan harapan yang tinggi terhadap
pencapian rakannya
C.Masa Pembentangan Tiada Langsung
(%) Kadang-kadang
(%) Selalu
(%) Sangat selalu
(%)
19.Pelajar menggunakan masa sepenuhnya seperti mana yang
diperuntukkan
19. Pelajar menyoal rakannya
20. Pelajar mulakan pembentangan tepat pada waktunya
21. Pelajar tamatkan pembentangan tepat pada waktunya.
Daripada jadual 1 di atas bagi subskala kualiti
pembentangan, mengikut persepsi pelajar, sebanyak 52.4% (31) pelajar mengatakan
pembentang selalu merancang pembentangan terlebih dahulu, dan 32.7% (20) pelajar
mengatakan pembentang kadang-kadang merancang pembentangan terlebih dahulu.
Bagi penggunaan audio visual pula, sebanyak 61.5% (37) pelajar mengatakan
pembentang kadang-kadang menggunakan pelbagai audio visual dan hanya 25.0% (15)
pelajar, mengatakan rakannya selalu menggunakan audio visual. Bagi ketepatan
isi pelajaran pula, sebanyak 56.3% (34) pelajar mengatakan pembentang selalu
memastikan ketepatan isi pelajaran dan hanya 21.6% (13) pelajar yang mengatakan
pembentang kadang-kadang memastikan ketepatan isi pelajarannya. Bagi
mempelbagaikan kemahiran berfikir, didapati sebanyak 41.8% (25) pelajar
mengatakan pembentang kadang-kadang menggunakan pelbagai kemahiran berfikir dan
hanya 38.5% (23) pelajar yang mengatakan pembentang selalu menggunakan pelbagai
kemahiran berfikir.
Bagi subskala kesesuaian aras pembentangan, sebanyak 44.7%
(27) pelajar mengatakan pembentang selalu membentang mengikut aras kebolehan
pelajar, dan hanya 42.3% (25) pelajar mengatakan pembentang kadang-kadang
membentang mengikut aras kebolehan pelajar.
Manakala bagi subskala masa pembentangan, sebanyak 44.7%
(25) pelajar mengatakan pembentang menggunakan masa sepenuhnya untuk membentang
dan hanya 28.8% (17) pelajar yang mengatakan pembentang kadang-kadang
menggunakan masa sepenuhnya untuk membentang.
6.1.Profil Amalan Pembentangan Pelajar yang berkesan
Mengikut Persepsi Pelajar
Profil amalan pembentangan pelajar berkesan mengikut
persepsi pelajar dibina berdasarkan senarai min (X) dan disusun mengikut
subskala seperti berikut:
6.1.1.Kualiti Pembentangan
Dalam amalan pembentangan pelajar mengikut persepsi pelajar,
pembentang perlu merancang pembentangan terlebih dahulu sebelum membentang. Ini
termasuklah menyediakan buku catatan, audio visual dan mempastikan isi
pelajaran tepat. Apabila membentang, pembentang akan mengaitkan isi-isi
pelajaran yang baharu dengan pengetahuan yang sedia ada dan dengan pengalaman
pelajar yang lepas. Selain itu, pembentang akan menyampaikan isi-isi pelajaran
secara sistematik, tersusun dan jelas serta mudah difahami oleh pelajar.
Pembentang juga akan memastikan ketepatan dan mengemaskini isi-isi kandungan
mata pelajaran yang dipelajari. Pembentang yang berkesan menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran dan mempelbagaikan bahan media atau alat bantu ketika membentang.
Setiap kali selesai membentang, pembentang yang berkesan akan memantau kemajuan
dan kefahaman rakan-rakan mereka dengan pelbagai cara sama ada penyoalan atau
kuiz bertulis.
6.1.2.Kesesuaian Aras Pembentangan
Mengikut persepsi pelajar, pembentang yang berkesan apabila
membentang akan memastikan pelajarnya mempunyai sikap dan kemahiran untuk
belajar. Selain itu, pembentang juga akan membentang mengikut aras kebolehan
dan keupayaan pelajar serta memastikan kesemua isi pelajaran dalam sukatan
pelajaran atau rancangan pelajaran difahami oleh rakan-rakannya. Pembentang
berkesan mengumpulkan pelajar berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu
kemahiran.
6.1.3.Masa
Akhir sekali pembentang yang berkesan akan membentang dengan
menggunakan sepenuh masanya seperti mana yang diperuntukkan untuk membentang,
memberi masa yang mencukupi untuk rakan menjawab soalan dan memberi pelbagai
jenis tugasan kepada pelajar. Begitu juga pembentang akan masuk dan keluar sesi
pembentangan mengikut tepat pada waktunya.
7.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Dapatan di atas menunjukkan, beberapa orang pembentang di
sekolah menengah kajian ini merancang pembentangan terlebih dahulu sebelum
membentang. Pembentang menyediakan dan menyiapkan buku catatan dan membuat
rujukan bagi memastikan isi-isi pembentangan tepat dan kemas kini. Mereka juga
mempelbagaikan audio visual dan menyediakan aktiviti atau latihan pada
penghujung pembentangan. Semasa membentang pula, pembentang-pembentang akan
menyusun isi-isi pelajaran secara sistematik supaya jelas dan mudah difahami.
Mereka menggunakan bahasa yang mudah. Selain itu, dapatan ini menunjukkan
pembentang di sekolah yang dikaji mempelbagaikan kaedah pembentangan seperti
menggunakan ekspresi muka dan nada suara yang berlainan supaya pembentangan itu
menyeronokkan, dan dapat menarik minat pelajar untuk terus mendengar
pembentangan mereka. Untuk memastikan pelajar mudah memahami sesuatu konsep
atau kemahiran, pembentang-pembentang mengaitkan isi pelajaran yang baharu
dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar yang lepas.
Pembentang juga apabila membentang mengikut aras kebolehan
pelajar, menggunakan masa pembentangan dengan sepenuhnya, masuk dan keluar sesi
pembentangan tepat pada waktunya dan juga memberikan masa secukupnya kepada
pelajar untuk menjawab soalan. Pembentang yang berkesan juga memberikan
motivasi dan galakan kepada pelajar supaya mendengar pembentangan mereka dan
bertanya jika ada soalan demi kecemerlangan akademik pelajar tersebut. Untuk
memastikan pelajar-pelajar ini dapat menguasai sesuatu konsep atau kemahiran,
pelajar dikumpulkan mengikut kebolehan. Hal ini sama dengan Model Brenda dan
Lou (2007) Akhir sekali, pembentang yang berkesan akan selalu mengukur
pemahaman atau resepsi pelajar melalui pelbagai bentuk penyoalan dan kuiz pada
setiap akhir sesuatu pembentangan. Oleh itu, pembentangan yang berkesan bukan
sahaja bergantung kepada kebolehan pembentang membentang dengan baik, tetapi
mereka juga harus memiliki elemen-elemen pembentangan yang dianjurkan dalam
kajian ini.
Cadangan Untuk Meningkatkan Keberkesanan Amalan Pembentangan
Pelajar Supaya Resepsi atau Pemahaman Pelajar Meningkat
1. Pembentang mesti merancang pembentangan terlebih dahulu,
mempelbagaikan kaedah pembentangan, menggunakan audio visual dan mengaitkan isi
pembentangan dengan pengalaman pelajar.
2. Pembentang perlu memastikan ketepatan isi pelajaran, dan
menyampaikan isi pelajaran secara sistematik, jelas, dan mudah difahami.
3. Pembentangan pelajar mesti menarik minat dan
menyeronokkan pelajar lain supaya mereka akan terus mendengar.
4. Pembentang sentiasa menggunakan pelbagai kemahiran
berfikir seperti menganalisis, mensintesis, dan mencerakinkan idea sehingga
pelajar memahami isi pembentangan.
5. Pembentang perlu banyak menyoal dan memberi latihan
bertulis kepada pelajar.
6. Pembentang perlu membentang mengikut aras kebolehan
pelajar.
7. Pembentang perlu meletakkan harapan yang tinggi terhadap
pencapaian pelajar dan memberi semangat kepada pelajar supaya belajar
bersungguh-sungguh.
8. Pembentang perlu memastikan ketepatan fakta dan mempunyai
pengetahuan yang terkini mengenai isi kandungan mata pelajaran yang hendak
dibentang dan penguasaan bahan yang berkaitan.
8.0 KESIMPULAN
Kajian ini menunjukkan model amalan pembentangan berkesan
Model Brenda dan Lou (2007) telah digunakan oleh kebanyakan pembentang yang
dikaji di SMK Tinggi Bukit Mertajam sebuah sekolah menengah tingkatan enam.
Kajian ini telah mendedahkan elemen-elemen penting dalam pembentangan. Kajian
juga telah menyelongkar hubungan elemen-elemen ini dengan gaya pembelajaran
pelajar di bilik darjah. Kajian ini tentu membantu guru dan pelajar SMK Tinggi
Bukit Mertajam untuk meningkatkan mutu pembentangan dalam bilik darjah. Akhir
sekali kajian ini telah memberi pendedahan dan bimbingan mengenai cara-cara
pembentangan yang betul.
9.0 RUJUKAN
Brenda Hayden Sheets dan Lou Jillson (2007). “Strategies To
Improve Students’ Presentation Skills” dalam http://www.westga.edu/bquest/2007
Edwards dan Westgate(1987) “ Investigating Classroom Talk”.
The Falmer Press: London
Gallo, C (2006) “The 10 Worst Presentation Habits” dalam
06/02/mistakes/index.html
Gilda, Haber (1997) “Benefit Of Student Verbal Presentation
to The Class” dalam http://www.etni.org/etnirag/issue9/gilda_haber.htm
Ismail Ahmad (1995) “Komunikasi Saintifik”. Dewan Bahasa dan
Pustaka : Kuala Lumpur
Nik Safiah Karim (1993) “Beberapa Aspek Laras Ilmiah” Pelita
Bahasa, Mei 1993 hlm 27-29. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur
Parvis, L.F (2007) “The Importance Of Communication and
Public Speaking Skills” dalam http://images.bussinessweek.com
No comments:
Post a Comment