Sunday, 5 July 2015

Carta Pai Berbanding

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan nilai pasaran utama eksport sektor pertanian Malaysia mengikut negara pengimport bagi tahun 1990 dan tahun 1995. (20 markah)

“… Pada umumnya keluaran sektor pembuatan di Malaysia semakin berkembang pesat dengan adanya galakan tertentu yang disediakan oleh kerajaan serta kemajuan teknologi dalam sektor berkenaan. Maka tidaklah menghairankan berlakunya pertambahan nilai eksport keluaran sektor berkenaan daripada RM46 835 juta pada tahun 1990 kepada RM147 524 juta pada tahun 1995, iaitu pertambahan tahunan sebanyak kira-kira 25.8 peratus. Walaupun begitu, mengikut Negara pengimportnya pula,terdapat perubahan tertentu nilai eksport yang terlibat bagi kedua-dua tahun perangkaan berkenaan. Negara yang menjadi rakan dagangan Malaysia yang nilai import keluaran sektor pembuatan Malaysianya yang semakin bertambah ialah Amerika Syarikat, iaitu daripada RM11 756 juta pada tahun 1990 kepada RM38 504 juta pada tahun 1995. Sungguhpun nilai eksport ke Singapura merosot daripada 27.5 peratus pada tahun 1990 kepada 22.2 peratus pada tahun 1995, namun nilai sebenar eksport ke negara jiran itu telah bertambah kepada RM32 750 juta.Demikian juga dagangan Malaysia dengan Kesatuan Eropah yang sungguhpun kelihatan menurun sebanyak 2.1 peratus kepada 15.4 peratus daripada jumlah nilai eksport pada tahun 1995,namun nilai sebenarnya bertambah hampir tiga kali ganda.Keadaan ini hampir sama dengan negara Jepun yang menunjukkan nilai importnya telahmeningkat hampir empat kali ganda, iaitu RM15 195 juta pada tahun 1995 berbandingdengan hanya 8.2 peratus sahaja daripada jumlah nilai eksport sektor pembuatan Malaysia pada tahun 1990. Nilai sebenar eksport keluaran sektor pembuatan Malaysia ke Hong Kong, yang juga merupakan rakan dagangan penting Malaysia sejak sekianlamanya, telah bertambah daripada RM2248 juta pada tahun 1990 kepada RM9146 juta pada tahun 1995. Demikian juga nilai eksport Malaysia ke Taiwan telah meningkat daripada 1.4 peratus daripada jumlah nilai eksport pada tahun 1990 kepada 3.0 peratus daripada jumlah nilai eksport pada tahun 1995.


Malaysia juga telah memperluas pasaran barangan keluaran sektor pembuatannya ke negara-negara sedang membangun yang tergolong sebagai Negara-Negara Selatan.Pertambahan dalam pasaran ini sungguh menggalakkan dengan sejumlah RM1358 juta, iaitu 2.9 peratus daripada jumlah nilai eksport telah berjaya diurus pada tahun 1990. Angka ini meningkat ke paras 6.1 peratus daripada jumlah nilai eksport pada tahun 1995.Semetara itu, nilai eksport ke negara-negara yang lain telah mencatatkan peningkatan sebanyak lebih dua kali ganda,iaitu daripada RM5901 juta pada tahun 1990 kepada RM15 785 juta pada tahun 1995…” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Ketujuh,1996-2000)

No comments:

Post a Comment