Mahabarata(M) dan Syair Perang Mengkasar (SPMR)
Mahabarata(M) membawa maksud peperangan besar. Epik ini
dihasilkan pada tahun 400 sebelum masihi dan 400 sesudah masihi. Mahabarata
ditulis oleh Vyasa apabila beliau menyanyikan riwayat nenek moyong kepada cucu
Arjuna apabila beliau menjadi raja di Hastinapura. Epik ini merupakan sebuah
peristiwa sejarah yang pokoknya tentang peperangan antara saudara mara. Di
dalamnya terdapat filsafat, hukum kaum Brahmana, didaktis dan petunjuk-petunjuk
agama Hindu. M dikenali sebagai EK kerana di dalamnya terdapat unsur-unsur
kepahlawanan iaitu kesatriaan dan menjadi model kepada perwira-perwira negara
yang mempertahankan ibu pertiwi daripada jatuh ke tangan musuh. EK ini
mengisahkan pertentangan antara dua pihak iaitu Pandawa dan Korawa. Pandawa
adalah lambang kebaikan yang diwakili oleh lima orang tokoh pahlawan bersaudara
,iaitu Yudhistira, Dharma, Arjuna, Sakula dan Sahadewa.
Manakala pihak Korawa yang mengandungi seratus orang tokoh
pula melambangkan kejahatan.Tokoh utamanya ialah Duriyodana dan adiknya
Duhsana. Kedua-dua pihak terpaksa bertentangan dalam peperangan untuk merampas
takhta kerajaan di Hastinapura.Takhta ini sepatatnya dimiliki oleh Pandawa,
menurut wasiat Pandu kepada adiknya Dhasatara. Bagaimanapun akibat sikap dengki
pada kelima-lima saudara ini maka takhta ini tidak diberi. Maka berlakulah
peperangan untuk mendapatkan semula takhta itu. Peperangan ini juga menentukan
pihak yang baik dan benar akan beroleh kemenangan. Bagaimanapun akhirnya pihak
yang benar iaitu Pandawa telah menang dan telah mendapat kembali takhta
kerajaan di Hastinapura.
Syair Perang Mengkasar (SPMR) juga dikatakan sebuah epik
kepahlawanan (EK) kerana tertonjolnya ciri-ciri kepahlawanan dalam syair ini.
SPMR menceritakan peperangan yang berlaku antara orang Makasar dan orang
Belanda. Syair ini pernah dikenali sebagai Syair Speelman, iaitu mengambil nama
sempena seorang tokoh Belanda dalam syair ini. Bagaimanapun Skinner dalam
kajian Ph. Dnya mendapati judul ini kurang tepat.(Liaw Yock
Fang,1975:305).Pengarang cerita ini ialah Encik Amin. Beliau diperintah menulis
syair ini berdasarkan peperangan yang meletus antara Makasar dan Belanda di
Sulawesi Selatan antara Julai 1669 dan Disember 1669 (Koster,1995:21)
Menurut syair ini sebanyak lima peperangan telah
meletus.Pertama, Raja Palaka bersama Belanda menyerang Makasar, akhirnya
Makasar di bawah pimpinan Karaeng telah kalah. Kedua, Sultan Ternate menbantu
Belanda menyerang Makasar. Sultan Goa yang lain pula menentang dan beroleh
kemenangan. Ketiga, Sultan Telo mematahkan serangan Bugis dan pulang ke Makasar
dengan kemenangan. Keempat, kompeni Belanda mula menbedil Makasar tetapi tidak
berjaya menakluki Makasar dan Kelima, beberapa orang Makasar Karaeng yang jahat
menghasut kompeni Belanda menyerang Sanderabone. Orang Makasar mengundurkan
diri ke Goa.Pengarang mengatakan mereka kalah dalam peperangan itu ialah kerana
kelaparan. (Liaw Yock Fang,1975:306)
Kedua-dua epik ini memaparkan peperangan sebagai jalan untuk
menyelesaikan konflik- konflik yang sering terdapat dalam struktur naratif epik
ini. Konflik berlaku antara dua pihak iaitu pihak protoganis yang ingin
menegakkan kebenaran. Sebelum berperang mereka menghantar utusan untuk
berdamai, contohnya dalam Mahabarata, Krisna dihantar ke Hastinapura untuk
mencari jalan perdamaian dengan pihak Korawa.Manakala pihak antoganis pula
dilukiskan pengarang sebagai sekumpulan watak jahat yang ingin merampas hak
atau kuasa yang sememangnya bukanlah milik mereka. Mereka tidak mahu berdamai
melainkan peperangan. Dalam kedua-dua epik ini (=M dan SPMR) pihak Korawa dan
kompenei Belanda dan sekutunya terlalu ingin (=desire) untuk menakluki negeri orang.
Fenomena ini adalah lumrah dalam mana-mana sastera epik yang
memberatkan unsur-unsur legenda. Bagaimanapun kontradiksinya dapat dilihat pada
bahagian peleraian kedua-dua EK ini. Peleraian dalam SPMR tidaklah sama seperti
Mahabarata. Dalam Mahabarata, mereka yang melanggar hukum atau law itu telah
dihukum oleh pengarang. Manakala dalam SPMR pula, orang yang melanggar hukum
atau law ini diberi kemenangan oleh pengarang.
No comments:
Post a Comment