Petua untuk
guru dan pelajar tentang kajian kerja kursus.
·
Kerja
kursus PA membantu pelajar melakukan kajian lanjutan ketika berada di
universiti kelak.
·
Kajian
yang dilakukan oleh pelajar hendaklah meyakinkan guru dan pemeriksa.
·
Kajian
yang mencurigakan seperti menciplak hasil orang lain atau memplagiat kajian
pelajar lain tidak akan diterima dan pelajar dikehendaki membuat kajian semula.
·
Guru
yang memeriksa kerja kursus boleh mempertikaikan kesahihan fakta dan data
kajian tersebut.
·
Pelajar
hendaklah menjustifikasikan dapatan mereka.
·
Guru-guru
sepatutnya mempersoalkan metodologi, bentuk dan jenis soalan yang digunakan
semasa kajian.
·
Jika
instrumen atau soal selidik sekadar memerlukan jawapan ya atau tidak, dapatan
tersebut tidak boleh dijadikan sebagai rumusan yang tepat.
·
Kita
tidak mahu laporan atau hasil kajian pelajar menyimpang daripada objektif
kajian yang sebenar.
·
Oleh
itu objektif kajian hendaklah jelas dan tajuk kajian biarlah sesuatu yang researchable.
·
Jika kajian itu langsung tidak mempunyai kebolehpercayaan
atau reliabiliti, maka kajian tersebut boleh ditolak.
·
Oleh
itu guru-guru hendaklah tampil menjelaskan kaedah kajian kepada pelajar untuk
mengelakkan salah faham pelajar.
·
Pelajar
harus bertanggungjawab terhadap kajian yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment