MINIT MESYUARAT KE-5 PANITIA PENGAJIAN AM
SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
Tarikh :
18 November 2015 (Rabu)
Masa :
8.45 pagi hingga 10.55 pagi
Tempat :
Dewan Pra-U
Kehadiran:
1. Pn.Hjh.Che Noora bt.Md.Said- PK
Tingkatan Enam
2.
Dr.R.Dhanapal -Ketua Panitia Pengajian Am
3. Cik Gok Poh Suan – Guru Pengajian Am
4.
Pn.Shanthi K.Shanmugam- Guru Pengajian Am
5. En.Chong Ken Tong - Guru Pengajian Am
BUTIRAN MESYUARAT
1.
Ucapan Pengerusi
1.1.Pengerusi
mengucapkan terima kasih kepada semua guru PA yang hadir ke mesyuarat hari ini
1.2.Pengerusi
memberitahu bahawa mesyuarat ini penting kerana panitia hendak membincangkan
post mortem keputusan penggal 3 dan
Penggal 1 serta beberapa agenda lain.
2
Pengesahan Minit Yang Lepas
2.1.
Pn.Shanthi mencadangkan minit lepas diterima dan disokong oleh Cik Gok
3
Post-Mortem Keputusan Penggal 3 dan
Penggal 1 Tahun 2015
3.1.Keputusan
kali ini memang tidak memuaskan.
3.2.Peratus
lulus P3 adalah 63.33% atau 95 orang lulus. GPK adalah 1.93 sahaja. Jumlah
gagal adalah 55 orang iaitu C-10, D+17,
D 14 dan F 14.
Manakala
Peratus lulus P1 adalah 69.85% atau 95 orang lulus .GPK adalah 2.04 sahaja.
Jumlah gagal adalah 41 orang iaitu
C-10, D+11, D 11 dan F 9.
3.3. Antara
punca kelemahan calon yang telah dikenal pasti.
3.4.Pelajar
melakukan kesalahan dalam tafsiran. salah faham arahan soalan.
3.5.Pelajar
tiada pengetahuan asas dalam Matematik.
3.6.Pelajar
tiada asas pembacaan seperti akhbar atau majalah.
3.7.Minat
dan persepsi pelajar terhadap Pengajian Am terlalu negatif
3.8.Penguasaan
bahasa pelajar amat lemah dalam penulisan karangan
3.9.Tahap
soalan P3 kali ini 100 % mengikut kualiti STPM sebenar
3.10. Tahap
karangan P1 memang sukar difahami dan sukar untuk mendapat idea.
3.11. Hampir 85% pelajar menjawab salah soalan struktur
dan ada yang meninggalkannya kosong.
4.
Strategi Meningkatakan Prestasi Pelajar Tahun 2016
4.1.Bengkel
wajib bagi penulisan karangan. sekurang-kurang 3 jam di sekolah dengan bantuan
seorang guru pakar Pengajian Am dari luar. Tumpuan diberikan kepada cara
memilih idea yang relevan dan lojik serta elakkan daripada kesalahan bahasa
yang umum dalam penulisan.
4.2.Sesi
Percambahan Ilmu Guru Pengajian Am setiap Selasa jam 1.50 petang hingga 2.30
petang di Pusat Sumber Pra U
4.3.Sesi
Tutorial Pengajian Am setiap Isnin jam 2.30 petang hingga 3.10 petang di Pusat Sumber Pra U.
Tumpuan
diberikan kepada penyediaan kerja kursus (PBS) Pengajian Am. pelajar mesti
menyiapkannya sebelum bulan Mei 2016.
4.4.Bimbingan
Mengikut Kelompok Pelajar setiap hari Khamis, jam 1.50 petang hingga 3.10
petang di bilik darjah yang akan ditetapkan kemudian. Panitia akan mengagihkan pelajar kepada 3 kelompok
iaitu cemerlang, baik dan sederhana. Mulai Januari 2016, dua kumpulan baik dan
dua kumpulan sederhana akan dibentuk mengikut keputusan percubaan enam bawah.
Setiap kumpulan akan mempunyai 36 orang
pelajar. Semua guru Pengajian Am akan membimbing kelas-kelas bimbingan ini.
Tahap atau kualiti latihan yang diberikan adalah mengikut kebolehan, kemampuan
dan kemahiran pelajar.
4.5. Lawatan
Penanda Aras ke sekolah nyang mempunyai keputusan Pengajian Am yang cemerlang. Lawatan
ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan kaedah yang digunakan oleh
guru-guru di sekolah tersebut. Nama sekolah belum dikenal pasti lagi.
4.6 .Kajian
Tindakan Pengajian Am. Kajian Tindakan akan dijalankan dengan menggunakan
pelajar-pelajar dalam kelompok lemah sebagai responden. Pra Ujian dan Pasca
Ujian akan dijalankan dan akan dibentangkan dalam LDP guru Pengajian Am sekolah .Sesalinan akan dihantar kepada JPN.
Jika sesuai, kajian ini akan dibentangkan dalam Seminar Percambahan Ilmu Guru
Cemerlang JPN.
4.7. Modul
Karangan Berdasarkan Dasar Kerajaan-Panitia bersetuju untuk menyediakan
modul tajuk dan skema karangan mengikut dasar-dasar
kerajaan. Semua guru akan diberikan beberapa dasar kerajaan untuk menggubal
soalan dan skemanya. Mereka mesti menyiapkannya dalam cuti sekolah ini.
P dan P
dalam kelas akan menggunakan modul ini sepenuhnya
5. Wang PCG Pengajian Am
5.1 En.Chong
telah menempah buku-buku ulangkaji PA
bagi Penggal 2 iaitu Pelangi Skor A sebanyak 31 naskhah dan Ilmu Bakti
sebanyak 30 naskhah. Kesemua berharga RM490.00
6. Head Count Pengajian Am
6.1 Head
Count Pengajian Am didapati kurang membantu panitia meningkatkan prestasi
kerana terdapat 3 kali peperiksaan bagi subjek Pengajian Am dalam setahun. Bagaimanapun Ketua Panitia akan mengisi
headcount tersebut sebelum cuti sekolah bermula.
7. Hal-Hal Lain
7.1. Panitia
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En.Hamidon Abu Bakar kerana
sumbangan beliau sebagai guru Pengajian Am selama ini.
7.2. Mulai
bulan Julai 2016, panitia kekurangan seorang lagi guru kerana beliau akan
bersara wajib. Jadi panitia mencadangkan P dan P dapat dijalankan dengan kaedah kuliah untuk
mengatasi kekurangan guru Pengajian Am
Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 10.55 pagi.
Disediakan
oleh
(
(Dr.
DHANAPAL A/L RENGASAMY)
Ketua Unit
Pengajian Am
No comments:
Post a Comment