MINIT MESYUARAT PERTAMA PANITIA PENGAJIAN
AM BAGI TAHUN 2016
SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
Tarikh :
30 Disember 2015 (Rabu)
Masa : 10.15
hingga 1.00 tengah hari
Tempat :
Bilik 5 UTP- Blok C
Kehadiran:
1. Pn.Hjh.Che Noora bt.Md.Said
2. Dr.R.Dhanapal
3. Cik Gok Poh Suan
4. Pn.Shanthi K.Shanmugam
5. En.Chong Ken Tong
BUTIRAN MESYUARAT
1.
Ucapan Pengerusi
1.1.Pengerusi
mengucapkan terima kasih kepada semua guru PA yang hadir ke mesyuarat hari ini
1.2.Pengerusi
memberitahu bahawa mesyuarat ini penting kerana panitia akan membincangkan
semua maklumat yang dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum sekolah kelmarin
2
Pengesahan Minit Yang Lepas
2.1. Pn. S.Shanthi
mencadangkan minit lepas diterima dan disokong oleh Cik Gok
3
Ulasan Jawapan Pelajar Penggal 1, Ulangan Penggal 2 dan Penggal 3
3.1.Ketua
Panitia membuat ulasan kelemahan pelajar menjawab soalan peperiksaan bagi
peperiksaan-peperiksaan tersebut
3.2.Semua
ahli panitia diminta merujuk kepada blog pengajian am sekolah iaitu pabmhigh.blogspot.com
untuk membaca kelemahan pelajar dan
semua guru PA juga minta pelajar merujuk kepada blog ini dari semasa ke semasa.
4. PdP Yang Berkesan
4.1.Semua
guru PA wajib mengingati dan mengamalkan 6 aspek aspirasi pelajar dalam bilik
darjah
4.2.Guru-guru
hendaklah menggunakan alat bantu mengajar selain buku rujukan dan papan putih
4.3 Buku
Rekod Mengajar sentiasa dibawa ke kelas dan guru mesti mengajar mengikut
rancangan yang telah ditetapkan
4.4.Setiap
guru perlu menyediakan fail meja dan manual prosedur kerja sebagai panduan
tugas
4.5.Semua
guru PA sentiasa memastikan jumlah latihan yang diberikan kepada pelajar
mengikut manual tersebut dan latihan pelajar hendaklah disemak dalam tempoh 5
hari
4.6.Setiap
guru PA perlu menetapkan KPI masing-masing untuk kelas yang diajar
4.7.
Peruntukan PCG hendaklah digunakan untuk PdP berkesan seperti membeli buku
rujukan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran mengikut tatacara kewangan
kerajaan
4.8. Setiap
guru PA bertanggung jawab atas keputusan pelajar dan bersedia dengan laporan
post mortem bagi kelas masing-masing
4.9.Panitia
PA diminta merancang program peningkatan prestasi dan plan strategik bagi tahun
2016 dan mesti mengamalkan perancangan tersebut
4.10.Panitia
PA hendaklah mengadakan LDP masing-masing untuk membincangkan PdP memandangkan
tempoh masa mesyuarat panitia tidak mencukupi
5. Perancangan Strategi
5.1.Bengkel bagi penulisan karangan dicadangkan selepas
waktu persekolahan. Setelah berbincang ahli panitia beretuju mengadakan bengkel
ini sewaktu kelas bimbingan.
5.2.Sesi
Percambahan Ilmu Guru Pengajian Am (LDP)setiap Isnin pertama dan ketiga jam 2.35 hingga 3.15 petang di Pusat Sumber
Pra U.
4.3.Sesi
Tutorial Pengajian Am setiap Isnin kedua dan keempat jam 2.35 petang hingga 3.30
petang di bilik darjah. Seramai 55 orang
pelajar telah dikenal pasti untuk mengikuti kelas tutorial ini. Mereka akan
diagihkan kepada dua kelas dan dibimbing
oleh dua orang guru.
4.4.Tumpuan pada penggal ini ialah Kerja Kursus. Taklimat
akan diadakan pada 15 dan 16 Januari di JPN. Pn. S.Shanthi diamanahkan untuk
memberikan taklimat kepada pelajar dan dibantu oleh guru-guru lain. Guru-guru
PA diminta merujuk kepada blog PA untuk mendapatkan panduan menulis proposal
kajian dan cara membuat kajian
4.6 .Panitia
akan mengadakan satu Kajian Tindakan Pengajian Am. Kajian Tindakan ini untuk
mengenal pasti kelemahan pelajar dan
langkah untuk mengatasinya.
4.7. Modul
Karangan Berdasarkan Dasar Kerajaan-Guru-guru PA diminta menyediakan tajuk
karangan masing-masing denga skemanya untuk kelas masing-masing setelah sesuatu
dasar kerajaan selesai diajar.
4.8.
Penggubalan soalan bagi tahun 2016- Cik Gok bagi Penggal 1, Pn Che Nora bagi
Penggal 2 dan Pn. S.Shanthi bagi Penggal 3. Semua soalan hendaklah menepati
piawaian STPM sebenar.
4.9. Ceramah
dan Teknik Menjawab Berkesan bagi Penggal 2 akan dikendalikan oleh En.Tan dari
Alor Setar. Penggal 1 dan 3 akan dikendalikan oleh ketua panitia sendiri. Majlis
Perwakilan Pelajar yang akan ditubuhkan kelak akan menguruskan tempat, siaraya,
LCD dan edaran bahan ceramah.
5. Wang PCG Pengajian Am
5.1 En.Chong
telah menempah buku-buku ulangkaji PA
bagi Penggal 2 iaitu Pelangi Skor A sebanyak 31 naskhah dan Ilmu Bakti
sebanyak 30 naskhah. Buku-buku ini telahpun diletakkan di almari panitia PA.
Semua guru PA diminta menggunakannya sebagai bahan rujukan dalam kelas. Jika
buku tersebut hilang kelas berkenaan hendklah bertanggung jawab membeli dan
menggantikannya.
6. Head Count Pengajian Am
6.1 Head
Count Pengajian Am akan diisi oleh Cik Gok Poh Suan dan beliau akan menghantar
emel kepada Penyelaras Head Count sekolah.
7. Penetapan GPS Pengajian Am
7.1. Untuk
semua peperiksaan PA , GPS yang ditetapkan ialah 3.00 bagi tahun 2016, 3.15
bagi tahun 2017 dn 3.30 bagi tahun 2018. Semua guru PA diminta bekerja keras untuk mencapai
target ini.
8. Kekurangan Guru Pengajian Am
8.1. Untuk
mengatasi masalahnya sebuah kelas 6 Atas telah ditutup oleh pihak pentadbiran
sekolah. Seorang guru PA telahpun dipindahkan ke arus perdana. Bagaimanapun
masalah kekurangan guru PA akan timbul apabila En. Chong Ken Tong bersara wajib
pada bulan Julai 2016 nanti.
7. Hal-Hal Lain
7.1. Surat
pelepasan relief bagi guru PA pada hari
Isnin akan disediakan oleh ketua panitia.
7.2. Buku
rekod yang telah disiap dengan sukatan, rancangan, carta gantt dan MPK perlu
dihantar kepada pihak pengurusan sekolah pada 29 Januari 2016.
7.3. Sesi
Percambahan Ilmu Guru Pengajian Am (LDP) yang pertama akan diadakan pada 11
Januari 2016 jam pukul 2.35 petang. Semua guru PA diwajibkan hadir. Dalam sesi
tersebut akan dibincangkan Plan Strategik
Pengajian Am bagi tempoh 2016 hingga 2018.
7.4.Kelas
tutorial pertama bagi 55 orang pelajar
lemah akan diadakan pada 18 Januari 2016.
7.5 . Mulai
tahun 2016 guru-guru PA mengambil giliran mencatat minit mesyuarat dan sediakan
3 salinan kepada SU Kurikulum sekolah dan edarkan satu salinan kepada setiap guru
PA dan satu lagi salinan kepada Penyelaras Kurikulum PraU Pn. Maznah Ahmad. Minit pertama oleh ketua
panitia, minit kedua oleh En. Chong Ken Tong , minit ketiga oleh Cik Gok Poh
Suan dan minit keempat oleh Pn.S.Shanthi
Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari.
Disediakan
oleh
Dr. DHANAPAL A/L RENGASAMY
Ketua Unit
Pengajian Am
No comments:
Post a Comment