Pada 19 Januari 2016, jam 2.30 petang satu perjumpaan guru-guru Ph D dengan Ketua Sektor Akademik telah diadakan.(Bagaimanapun KS Akademik tidak dapat hadir) dan perjumpaan kali ini dipengerusikan oleh En. Dzolkapli Harun, KPP Bahasa Inggeris Unit Kurikulum JPN. Beberapa orang guru termasuk saya telah membentangkan hasil kajian kami di PPD Utara dan di SMK Sg Ara Pulau Pinang.Komen yang dilontarkan dalam perjumpaan ialah topik yang dibentangkan bukan semuanya sesuai dengan bidang mata pelajaran guru cemerlang. Terdapat guru-guru cemerlang tidak memberi perhatian atau tiada fokus. Hal ini berlaku kerana mereka mungkin keletihan setelah datang dari sekolah ataupun cara persembahan pembentang terlalu akademik dan membosankan. Terdapat pembentang yang membentangkan ala viva atau proposal sarjana atau doktor falsafah.
Pembentang sudah dimaklumkan bahawa tesis kajian Ph D hendaklah dipermudah sesuai dengan kefahaman guru-guru cemerlang yang mendengar pembentangan. Jadi saya telah mencadangkan bahawa pembentang hendaklah mengelakkan sorotan literatur dan dapatan kajian yang berbentuk kuantitatif. Peserta seminar mudah keliru dan jemu apabila perangkaan dibentangkan kepada mereka.
Oleh itu perjumpaan hari ini memutuskan bahawa guru-guru Ph D diberikan dua amanah. Pertama mempermudah kajian mereka supaya dapat memberi input yang berguna kepada guru-guru cemerlang dalam membantu meningkatkan pedagogi. Kedua, menyediakan kajian tindakan mengikut kepakaran masing-masing dan membentangkannya. JPN akan mengenal pasti audiens yang sesuai mengikut subjek dan surat jemputan kepada guru-guru cemerlang akan dikeluarkan oleh JPN.
Selain guru-guru Ph D , guru-guru cemerlang JPN juga akan dijemput untuk membentangkan kajian tindakan mereka. Oleh sebab banyak hasil kajian tindakan yang dapat dibentangkan pada musim ini, maka seminar pembentangan akan diadakan secara selari. Dalam konteks ini JPN akan menyewa bilik-bilik IPG Kampus Pulau Pinang.
JPN juga akan menghantar surat kepada semua sekolah (yang ada guru Ph D) untuk mengisi maklumat mereka dan bidang kepakaran mereka. Bagaimanapun tajuk-tajuk ,pembentangan hendaklah diemelkan kepada En. Dzolkapli Harun, KPP Bahasa Inggeris Unit Kurikulum JPN selaku urus setia.
No comments:
Post a Comment