Satu kajian telah dilakukan terhadap sekumpulan ahli
akademik oleh sebuah universiti terkemuka iaitu Universiti Rohamton di London.
Seramai 1058 ahli akademik telah dijadikan responden dalam kajian ini. Mereka
ini terdiri daripada ahli akademik, pensyarah dan profesor. Kajian mendapati
bahawa mereka yang bangun seawal 6.58 pagi didapati lebih cergas berbanding
mereka yang bangun pada pukul 10.54 pagi. Mereka yang bangun lebih awal
daripada tidur didapati aktif menjalankan kerja-kerja seharian. Mereka bukan sahaja
mengendalikan kuliah, tutorial dan konsultasi dengan pelajar dan pensyarah
malah menjalankan kerja-kerja penyelidikan tanpa jemu dan bosan. Mereka juga
dikatakan tidak berasa mengantuk pada waktu tengah hari. Mereka sentiasa peka
dan sedar berbanding mereka yang bangun lewat. Mereka yang bangun lewat
merasakan diri mereka sangat bosan, cepat letih lesu dan tidak berminat membuat penyelidikan dan
mengadakan konsultasi dengan pelajar atau dengan pensyarah lain. Kajian juga
menunjukkan mereka yang bangun awal, bersarapan mengikut masa dan mempunyai
masa terluang untuk mengadakan sedikit senaman ringan. Mereka yang bangun lewat
biasanya menonton televisyen lebih lama. Mereka tidak bersarapan mengikut
jadual dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan senaman ringan.
Mereka cepat berasa letih dan tidak bermaya dalam menjalanakn aktiviti rutin
mereka. Jadi ingatlah wahai ilmu akademik, jika anda ingin menjadi seorang ahli
akademik yang aktif dan produktif bangunlah lebih awal dan jadilah cergas sepanjang
masa.
No comments:
Post a Comment