Kerajaan telah memperuntukkan berbilion-bilion ringgit untuk
meningkatkan kualiti sekolah-sekolah kita di seluruh Malaysia. Pengiktirafan
Sekolah Berprestasi Tinggi , Sekolah Kluster dan sebagainya jelas menunjukkan
betapa tinggi komitmen kerajaan amnya dan KPM khususnya terhadap peningkatan
kualiti sistem pendidikan di negara ini.
Di samping meningkatkan kadar celik LINUS dan
menambahbaikkan logistik sekolah, pihak berkuasa juga meningkatkan taraf
hidup guru-guru dengan meningkatkan gaji dan menyediakan pelbagai insentif lain
supaya guru-guru kita terus meminati profesion perguruan dan mengajar anak
bangsa dengan penuh dedikasi.
Harapan kerajaan yang ingin melihat bangsa Malaysia sebagai
suatu bangsa yang maju menjelang tahun 2020 mungkin hanya tinggal utopia
sahaja. Hal ini kerana terdapat satu
trend masa kini iaitu stakeholder dan mungkin guru-guru mendapati sesetengah pihak pentadbiran
sekolah tidak selari dengan aspirasi kerajaan kita. Di kebanyakan sekolah,
iklim kepimpinan sekolah tidaklah sebegitu positif seperti yang dijangka dan
diharapkan oleh pihak stakeholder, KPM, JPN, PPD dan komuniti. Perkara ini
berlaku kerana kepimpinan yang
diperlihatkan oleh pentadbir sekolah, tidak membantu meningkatkan
penghasilan dan performance guru mahupun pelajar.
Oleh itu pentadbir atau pemimpin sekolah perlu
memperlihatkan beberapa traits yang dianjurkan oleh ahli-ahli sosiologi pendidikan
dan kepimpinan pendidikan. Antaranya
komunikasi berkesan. Komunikasi yang berkesan perlu wujud antara
pentadbir dengan guru. Melalui komunikasi ini, mereka berdua boleh berkongsi
pengalaman, pendapat dan idea-idea baharu.
Di Jepun ketua sering mendengar pandangan dan teguran pekerja bawahan
mereka. Hal ini berlaku setiap kali mereka duduk makan bersama sewaktu makan
tengah hari. Dengan adanya komunikasi ini maka mesej yang ingin disampaikan
oleh majikan kepada pekerja ataupun sebaliknya mudah berlaku.
Keduanya, nilai kemanusiaan perlu diterapkan dalam kalangan
pentadbir kita. Mereka hendaklah bersikap simpati, ehsan dan gunakan kata-kata
lembut atau manis untuk menggalakkan pekerjanya melakukan sesuatu arahan.
Arahan jangan sesekali mesti datang dari atas ke bawah semata-mata. Walaupun
kita mempunyai prosedur tertentu apa salahnya sesekali menunjukkan perasaan
belas ehsan kepada pekerja yang ditimpa masalah peribadi atau masalah keluarga.
Memberikan sedikit kelonggaran pada sesuatu ketika tidak akan menjejaskan
kualiti ataupun produktiviti sekolah.
Tuntasnya komunikasi berkesan dan nilai kemanusiaan adalah
dua ciri yang penting daripada beberapa ciri yang lain dalam kepimpinan
sekolah. (akan bersambung)
No comments:
Post a Comment