Saturday, 4 July 2015

PTPTN

Sejak belakangan ini PTPTN menarik perhatian banyak pihak. Mahasiswa yang belajar pada era 70-an dan 80-an tidak pernah mempunyai prasarana pinjaman ini. Mereka yang tidak mendapat sebarang tajaan terpaksa bekerja secara sambilan untuk menampung kos hidup di Kuala Lumpur. Ada yang terpaksa naik motosikal berpuluhan kilometer untuk memberi tuisyen. Saya masih ingat betapa onak dan duri yang saya alami ketika belajar di UM pada era 80-an. Tiada sebarang tajaan dan pinjaman. Tetapi nekad kami satu sahaja, mesti belajar sehingga merangkul segulung ijazah. Itulah matlamat kami dan kebanggaan orang tua kami di estet. Kami ketika itu hanya aktif dalam khidmat sosial di samping mengadakan aktiviti di peringkat universiti melalui kelab atau persatuan. Itupun banyak berkaitan dengan kursus kami di UM. Sebagai pelajar penulisan kreatif, saya pernah bermalam di Taman Negara dan menghasilkan tugasan kreatif dan deskriptif. Menjadi penulis dan penyunting majalah Budiman UM. Kini semuanya berbeza.Pelajar sekarang banyak mempunyai masa untuk berpolitiking berbanding menelaah buku di perpustakaan. Mungkin kemudahan internet menyebabkan mereka tidak berminat mengusung buku-buku tebal ke bilik kuliah atau ke bilik  tutorial. Hal ini kerana kerajaan memberi subsisdi pelajaran dan menaja serta memberi pinjaman. Mereka tidak perlu bekerja keras seperti kami untuk mencari duit. Segala-galanya disuapi dalam pelbagai bentuk bantuan. Maka lama-kelamaan golongan ini tidak berminat belajar. Kalau belajar pun, cukup sekadar lulus peperiksaan atau cukup makan. Kerajaan kita terlalu manja dengan mahasiswa sekarang sehinggakan mereka dibenarkan berpolitiking dan sebagainya. Bagaimanapun adalah menjadi tanggung jawab mahasiswa untuk menjaga stakeholder seperti pembayar cukai kepada negara. Oleh itu mahasiswa kita janganlah menggadai masa depan mereka dengan melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan kredibiliti, akauntabiliti dan kepercayaan ibu bapa, masyarakat dan negara.

No comments:

Post a Comment