Tokoh Hang Tuah adalah lambang kekuasaan dan kebesaran
Melaka. Riwayat hidupnya merupakan riwayat kerajaan Melayu Melaka dan riwayat
bangsa Melayu membangun sehingga membentuk zaman keagungan dan kegemilangan
pemerintahannya. Salah seorang pelawat istana Melaka berkata:
“Sungguhnya budak inilah akan menjadi hulubalang besar pada
Tanah Melayu ini”(Kassim Ahmad,1991:35)
Bangun jatuh Melaka adalah berkaitan dengan Hang
Tuah.Sewaktu Melaka dibuka Hang Tuah masih kecil. Apabila Melaka menjadi negeri
besar Hang Tuah menjadi orang kanan bersama Bendahara dalam menjalankan urusan
pentadbiran,keselamatan dalam negeri dan mempunyai suara yang muktamad. Apabila
Hang Tuah jatuh sakit perkhidmatannya di istana berakhir. Semangat kepahlawanan
yang ditunjukkan oleh Hang Tuah menimbulkan perasaan kagum, ghairah dan hormat
kepada bangsa Melayu oleh orang-orang asing termasuklah Raja Siam,India,China
dan sebagainya.
Sebagai seorang pahlawan Hang Tuah digambarkan sebagai wira
yang gagah berani,mempunyai keistimewaan,kekuatan jasmani dan rohani,luas ilmu
pengetahuan dan berpengalaman dalam menangani urusan diplomatic.Malah Hang Tuah
juga tahu bagaimana menyesuaikan diri di negeri orang.Apabila hendak menghadap
raja siam,Hang Tuah mendapat akal mencari helah.Katanya:
“Adapun akan hamba segala Melayu ini umpama perahu adapun
perahu itu ,apabila tiada berkemudi nescaya tiadahlah betul haluannya.Dari
seperti kara pula,tiada dapat hamba merangkak kerana ada penyakit pada tubuh
hamba ini(ibid:470-471)”
Contoh ini jelas menunjukkan betapa bijaknya orang Melayu
dulu untuk mencari ikhtiar di negeri orang seperti di Siam.Kegagahan dan
keistimewaannya menjadikannya dia desegani dan ditakuti oleh kawan dan
lawan.Budi bahasanya yang halus menjadikannya dihormati di kalangan rakyat dan
bangsa asing.Dia juga berusaha mempelajari pelbagai bahasa sperti bahasa
China,Tamil,Siam,Acheh dan sebagainya.Raja Melaka sendiri kagum dengan
penggunaan bahasa asing seperti bahasa Acheh.
“Setelah baginda mendengar sembah laksamana demikian itu,maka
bagindapun tersenyum,gemar dan kasih rasanya melihat lakunya laksamana berkata
itu terlalu manis,fasih lidahnya dengan bahasa Acheh itu(ibid:533)
Selain itu, Hang Tuah juga menuntut ilmu sejak kecil dan
tahu akan ilmu firasat.Sebagai hamba raja Melayu dia amat setia pada rajanya
dan tidak pernah berpaling daripada tugasnya,terhadap negara serta tidak
berbelah bahagi taat setianya kepada tuannya.Sifat-sifat seperti ini
menyebabkan dia terkenal sebagai wira bangsa Melayu.Sebagai contahnya Hang Tuah
berkata seperti berikut:
“Cih! Bukan oranganya yang dititahkan itu.Jika Si Tuah
gerangan yang membawa titah tuannya,sehingga putih tulang tiada putih
mata(ibid;116)”
Hikayat Hang Tuah menggambarakan cara hidup masyarakat
Melayu di sekitar istana.Kisahnya meliputi bagaimana orang Melayu membangunkan
negerinya menghadapi ancaman musuh,menjadikan Melaka sebagai kuasa Melayu yang
tidak taranya pada zaman itu.Hikayat Hang Tuah telah memperkenalkan Melaka
kepada dunia luar sehinggalah mencapai kemuncaknya serta membawa kejatuhan ke
tangan Feringgi.Pengalaman Hang Tuah dihubungkan dengan sejarah kewujudan
Melaka.Cita-cita dan nilai yang dianuti oleh orang Melayu pada zamannya jelas
tergambar dalam Hikayat Hang Tuah.Konsep pahlawan dan keperwiraan yang dimiliki
oleh Hang Tuah seperti gagah,berani,taat setia,merendah diri,pantang berundur
ketika menyerang adalah walik cita-cita orang Melayu zaman itu(=dan juga pada
zaman sekarang)
Latar cerita Hikayat Hang Tuah berlaku dalam jarak masa yang
amat panjang.Kisah bermula dari tahun-tahun penubuhan Melaka membawa kepada
zaman pengembangan Melaka sebagai sebuah pusat kerajaan dan peradaban bangsa
Melayu(=dari segi budaya,bahasa dan sastera Melayu)sehinggalah mencapai
kegemilangan dan akhirnya membawa kejatuhan Melaka.
Watak utama Hang Tuah diberi sifat-sifat istimewa seperti
melebihi kemampuan rakyat biasa dan mencapai tingkat superhuman.Unsur-unsur
ghaib,mitos dikaitkan dengan tokoh ini bagi menunjukkan kelebihan dan
keistimewaan orang-orang Melayu khususnya world view mereka. Misalnya Hang Tuah
pernah menerima pertolongan daripada Nabi Khidir yang memberi sebuah cembul
berisi air. Dengan menyapu air itu ke dalam mulut dan telinga, maka Hang Tuah
boleh berbicara pelbagai bahasa yang tidak diketahui sebelumnya. Selain itu
Hang Tuah juga memiliki sebuah keris sakti Taming Sari. Keris ini menjadi
lambang kekuatan Hang Tuah. Selagi dia memilikinya dia tidak akan lut dimakan
oleh senjata. Sebab itulah dalam Hikayat Hang Tuah digambarkan bahawa Hang Tuah
menjadi begitu lemah apabila keris itu dirampas oleh seekor buaya putih.
Hikayat Hang Tuah juga menepati ciri epik Melayu apabila ia
menekankan unsur didaktik kepada generasi Melayu. Bagaimanapun adalah
tanggungjawab epik iaitu mengingatkan generasi akan datang tentang iktibar yang
boleh diambil daripada peristiwa Hikayat Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah ini
memberi pengajaran dan moral kepada mereka yang lupa akan hukum yang telah
ditetapkan oleh Tuhan. Kutipan berikut membuktikan pendapat ini. Unsur
pengajaran yang diberikan oleh Sang Sapurba kepada anaknya Sang Maniaka sebelum
ditabalkan menjadi raja di Bentan. Pesanan yang mengandungi pengajarannya itu
berbunyi:
“Ya anakku buah hatiku, adapun engkau di atas kerajaan itu,
baik-baik memeliharakan segala rakyatmu dan sangat-sangat periksamu akan segala
tenteram, jangan engkau takbur dan ngerun, kerana dunia tiada akan kekal
melainkan nama yang baik itu juga yang kekal sesudah mati, supaya nama nenek
moyang dan namaku pun disebut orang pada segala negeri yang lain. (ibid : 18)
Hikayat Hang Tuah memang sebuah epik Melayu kerana ia
menasihati dan berpesan kepada kaumnya tentang ciri-ciri seorang pemimpin yang
baik. Pemimpin tidak boleh menyalahgunakan kuasa atau membelot rakyat.
Kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap institusi raja hendaklah dijaga dan
dipelihara.
Kesimpulan
Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah epik Melayu menggambarkan
kebudayaan orang Melayu dan kebesaran kerajaan kerajaan Melaka. Dengan
contoh-contoh yang dapat dilihat di atas, maka jelaslah Hikayat Hang Tuah
adalah bayangan dan gambaran masyarakat Melayu. Konsep wira adalah sangat
penting kerana melalui wira inilah pengarang dapat membawa keagungan, kekuatan
dan kegemilangan sesuatu bangsa. Walaupun unsur-unsur Islam disentuh tetapi
tidak diperincikan seperti dalam Hikayat Amir Hamzah, namun Hikayat Hang Tuah
tetap merakamkan namanya sebagai epik Melayu kerana Hang Tuah itu sendiri telah
membawa warna-warna tempatan Tanah Melayu dalam Hikayat Hang Tuah. Konsep
kedaulatan raja, penderhakaan, perlanggaran pada hukum-hukum Tuhan, perlanggaran
kepatuhan janji dan amalan budi bahasa dan kesopanan yang diperlihatkan oelh
Hang Tuah ini dapat membuktikan kepada kita bahawa Hikayat Hang Tuah memang
sebuah epik bangsa Melayu.
BIBLIOGRAFI
Ali Ahmad,1994, Pengantar Pengajian Kesusteraan, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ali Ahmad,1995, Epik Pengaruh Hindu, Epik Warisan Islam,
Epik Peribumi : Satu Kajian Perbandingan, Pulau Pinang : Universiti Sains
Malaysia.
A.Samad Ahmad,1979, Sulatus Salatin, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
A.Samad Ahmad,1987, Hikayat Amir Hamzah, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Cuddon, J.A.,1982, A Dictionary Of Literary Terms, USA :
Penguin Books.
Danziger, Marlies K. dan W.Stacy Johnson,1983, Pengenalan
Kritikan Sastera (terjemahan Johan Jaafar dll.), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kassim Ahmad (ed.),1964, Hikayat Hang Tuah, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kassim Ahmad (ed),1991, Hikayat Hang Tuah, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Koster, G.L., 1994, Peringatan Dalam Syair Perang Siak
(penterjemah : Al Azhar).,Pekan Baru : Pusat Pengajian Melayu, Universitas
Islam Riau.
Koster,G.L.,1995, Epik Kepahlawanan atau Sastera Sejarah :
Jawapan Kepada Siti Hawa Salleh dalam Dewan Sastera keluaran September. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Munir Ali,1989, Kajian Kesusteraan Melayu Klasik, Petaling
Jaya : Flo Enterprise Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment