Friday, 21 October 2016

CERAMAH DAN PERBENGKELAN PENGAJIAN AM


BAHAGIAN KARANGAN

- Bahagian ini sangat penting kerana 25% markah datangnya daripada bahagian ini.
- Bahagian ini berasaskan kematangan calon iaitu kematangan fikiran dan kematangan bahasa.
FIKIRAN 
 Kematangan fikiran meliputi kemahiran memahami kehendak soalan dan hujahan.
- Jumlah markah kematangan fikiran ialah 20 markah iaitu 5 markah idea utama tambah 15 markah hujahan/huraian. – Skema permarkahan adalah seperti berikut
Idea (I)- 5 markah
Huraian (H) – 15 markah (3 huraian x 5 idea)
Bahasa (B) – 4 markah
Impak/Kekesanan (K) – 1 markah
Kehendak Soalan

- Dalam soalan biasanya ada 2 bahagian iaitu penyataan dan soalan/tugasan.
- Justeru, kematangan calon diperlukan untuk memahami penyataan dan apakah kehendak soalan.
- Soalan yang dikemukakan adalah pelbagai untuk menguji kematangan fikiran calon. Oleh itu, calon perlu memahami fokus soalan.
- Kadang kala penyataan berkait dengan soalan dan ada kalanya penyataan hanya menjadi dorongan kepada soalan.
- Maknanya, untuk memahami kehendak soalan, calon perlu menganalisis penyataan sama ada di situ tedapat fokus soalan ataupun tiada.
Hujahan

- Hujahan ialah teknik mengemukakan idea dan hujah.
- Hujahan didapati daripada perenggan 2, 3, 4, 5 dan 6
- Dalam hujahan mesti terdapat idea dan huraian. Idea dan huraian ini mestilah sentiasa menjurus kepada kehendak soalan. Calon perlu sentiasa ingat “i’m answering question” semasa memberikan hujahan.
- Terdapat 2 kaedah memberikan hujah iaitu kaedah deduktif (Idea-Huraian-Contoh) dan kaedah induktif (Huraian-Contoh-Idea).
- Calon digalakkan menggunakan hanya kaedah deduktif kerana lebih jelas iaitu dimulakan dengan idea kemudian diikuti huraian dan seterusnya contoh.
Bahasa & Impak/Kekesanan

- calon sebenarnya telah diberikan 5 markah jika calon menjawab karangan melebihi 350 patah perkataan.
- Jadi, tugas pemeriksa kertas jawapan ialah mengurangkan markah ini sekiranya calon melakukan kesalahan.
- Oleh itu, calon perlu meminimumkan kesalahan bahasa, kesalahan format dan sebagainya.
- Dalam format karangan mesti terdapat 7 perenggan iaitu perenggan 1 – pendahuluan, perenggan 2 hingga 6 – idea dan huraian, dan perenggan 7 – penutup.
- Karangan yang melebihi 400 patah perkataan dianggap telah melakukan kesalahan format kerana perenggan terakhir tidak dikira menjadikan karangan tersebut tiada bahagian penutup.
- calon digalakkan menggunakan ayat yang pendek kerana ayat yang panjang kemungkinan berlaku kesalahan bahasa (panjang ayat yang digalakkan ialah 10 – 15 patah perkataan).
- dalam karangan mesti ada kesinambungan antara perenggan dengan perenggan (penggunaan penanda wacana)
- karangan pengajian am terdiri daripada 7 para yang ada makna, para terdiri daripada ayat-ayat yang ada makna, ayat-ayat terdiri daripada perkataan-perkataan yang ada makna, dan perkataan-perkataan terdiri daripada suku-suku kata.
- binaan ayat dilihat dari segi tatabahasa dan semantiknya.
 Kemahiran Asas Menjawab Soalan Karangan
 Kemahiran 1 – Membezakan soalan Bahagian Kenegaraan dengan Bahagian Kemanusiaan
 Ciri-ciri perbezaan
i. Jenis isu/topik yang dibincangkan
ii. Kedudukan soalan : sama ada Bahagian Kenegaraan atau Bahagian Kemanusiaan
- kadang-kadang bidang yang sama tetapi kedudukan soalan yang berbeza menyebabkan soalan tersebut berbeza.
iii. Isi yang sesuai dengan bahagian berkenaan
- isi-isi yang sesuai untuk bahagian Kenegaraan sahaja
- isi-isi yang sesuai untuk bahagian Kemanusiaan sahaja
- jadi semasa menulis idea, calon perlu menulis apa sahaja idea yang terlintas di fikiran. Kemudian, bezakan idea tersebut sama ada untuk kenegaraan atau kemanusiaan.
- idea Kemanusiaan hanya untuk Kemanusiaan dan idea Kenegaraan hanya untuk Kenegaraan.
- gabungkan beberapa idea yang sama untuk mengelakkan pengulangan idea
- Berikut ialah contoh soalan Kenegaraan
 ”RMK9 telah memfokuskan sektor pertanian sebagai penyumbang ekonomi negara. Oleh itu, kerajaan mengambil beberapa langkah mempergiat sektor ini. Bincangkan”
Isu : sektor pertanian
Fokus : langkah-langkah mempergiat sektor pertanian
Skema : 5+0
KARANGAN KENEGARAAN BERMAKSUD KARANGAN BERKENAAN PENTADBIRAN KERAJAAN, NEGARA BERDAULAT, DEMOKRASI DAN TADBIR URUS NEGARA.
KARANGAN KEMANUSIAAN BERMAKSUD MELIBATKAN FENOMENA MASYARAKAT SECARA UMUM SEPERTI BAHASA, KESENIAN, SOSIO EKONOMI, KESUSASTERAAN, KEMISKINAN DAN SEBAGAINYA. 
Kemahiran 2 – Mengenal pasti jenis-jenis soalan
- terdapat 3 jenis soalan iaitu
1. Soalan Berfokus – perbincangan bertumpu pada satu isu utama yang menjadi fokus perbincangan
2. Soalan Umum – perbincangan bertumpu pada satu persoalan utama yang umum
3. Soalan Gabungan – Gabungan di antara soalan berfokus dengan soalan umum
- fahami fokus soalan
 Kemahiran 3 – Menganalisis kandungan soalan
1. kehendak soalan
2. kata tugas (tugasan soalan)
3. skop jawapan
4. skema jawapan – 5+0, 2+3, 3+2
- fahami dan analisis kata kunci soalan seperti;
1. sejauh manakah, berikan pendapat anda, (maksud: persetujuan tetapi ada batasnya),
2. terangkan pendirian anda (maksud: bersetuju/tidak bersetuju)
3. bincangkan. Ada 3 pendekatan;
- pendekatan 1: pro dan kontra
- pendekatan 2 : pro atau kontra
- pendekatan 3 : memberi penjelasan/huraian)
 Rumusan
- kemahiran yang paling penting ialah
1. Memahami kendak soalan
2. Kemahiran menghujah
- Idea
- Hujahan yang menjawab kehendak soalan
- Contoh (jika ada lebih baik)
3. Akur kepada format
- antara 300 p.p. hingga 350 p.p. Dalam soalan antara 300 hingga 350 patah perkataan tetapi calon boleh menjawab sehingga 400 patah perkataan. Karangan yang kurang 300 patah perkataan akan kurang markah bahasa & Impak/Kekesanan


No comments:

Post a Comment