Saturday, 1 August 2015

Wacana Ilmu

 Pelajar harus mengubah sikap selain memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan bagi mengatasi kelemahan itu.

Pelajar sepatutnya sedar dengan keadaan semasa dalam persekitaran mereka hari ini agar dapat keluar dari ‘kepompong’.

Jika pelajar  mahu berjaya, mereka kena buang sikap suka menyalahkan pihak  lain terutama guru atau ibu bapa apabila gagal bersaing dalam akademik,  sebaliknya mereka hendaklah  bekerja kuat dan berdikari.

Pelajar kena sedar tentang perkembangan sosio dan politik hari ini yang semakin mencabar sekali gus insaf agar tidak terlalu bergantung pada kerajaan semata-mata apabila ingin menceburi pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.

Ramai pelajar termasuk ge­nerasi muda hari ini yang kurang faham tentang sejarah negara.Mereka sepatutnya bangkit dan berfikiran positif dalam memajukan diri agar kemajuan tersebut dapat membina negara bangsa.

Selama ini pelajar lebih banyak dipengaruhi elemen-ele­men negatif dari luar sehingga mereka me­nerima bahana seperti menjadi hamba gajet elektronik atau media sosial.

Mereka sepatutnya berusaha untuk maju dan sedia berkongsi dan sanggup belajar daripada guru,  ibu bapa atau rakan. Pelajar hendaklah bekerjasama dan bergaul dengan golongan yang sudah berjaya.

Pelajar diseru supaya terbuka dengan pandangan dan kritikan daripada mana-mana pihak.

Jika sesiapa melemparkan kritikan dan teguran kepada pelajar anggaplah kritikan dan teguran tersebut sebagai sesuatu yang membina . Jangan cepat melatah dan beremosi. Jadikan sebagai iktibar untuk maju ke hadapan.

Pelajar harus mencari jalan penyelesaian dalam sebarang isu atau cabaran yang dihadapi. Yang patut dicari ialah apakah punca kegagalan mereka. Bukanlah berdendam pada pengkritik.


Intisari ucapan saya kepada pelajar -pelajar yang menghadiri "Wacana Ilmu" di Kulim anjuran sebuah NGO pada 2 Ogos 2015.

No comments:

Post a Comment