Katakan tajuk
karangan satu ialah:
Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan,
kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan perkhidmatan
dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan
tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa
menggunakannya.
Contoh pendahuluan
Kini, kita boleh
mengakses laman web kebanyakan agensi kerjaan dan berurusan secara langsung
dengan pihak tertentu melalui internet. Walaupun perkhidmatan ini banyak
kebaikannya, wujud juga masalah tertentu.
Contoh Huraian
n Huraian
calon mesti dikaitkan dgn agensi/perkhidmatan kerajaan
n Jawapan:
pilih mana-mana 3+2 atau 2+3
n Menyeleweng-
calon tidak menghubungkan isi/fakta dgn kerajaan.
n E-dagang-
tidak diterima
Contoh kesimpulan
n Orang
ramai perlu digalakkan utk menggunakan kemudahan ini.
n Pihak-pihak yg terlibat dlm penyediaan
kemudahan ini perlu mengatasi masalah-masalah yg dihadapi supaya dpt
dimanfaatkan oleh semua golongan
Katakan tajuk
karangan dua ialah:
Kesepaduan sektor pelancongan dengan alam semula jadi telah
mencetuskan aktiviti pelancongan yang dapat memberikan manfaat kepada
negara. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk memastikan
aktiviti ini berterusan. Bincangkan
penyataan ini.
Contoh huraian
n Kombinasi
jawapan: 3+2/2+3
n Huraian
calon mestilah dikaitkan dgn ekopelancongan- setiap perenggan mesti berkaitan
dgn ekopelancongan.
Mana-mana jawapan yg tidak dikaitkan dgn ekopelancongan,
tidak boleh diterima sbg. jawapan mengikut kehendak soalan.
Contoh kesimpulan
n Ekopelancongan
mampu membantu menangani masalah alam sekitar yg semakin serius.
n Langkah
pemeliharaan perlu dilaksanakan dengan baik agar kegiatan ini boleh
dikembangkan selaras dgn perkembangan semasa.
Katakan tajuk karangan
tiga ialah
Masalah jerebu dan kemerosotan kualiti udara di negara ini
adalah manifestasi perbuatan manusia sendiri dan masalah ini boleh memberikan
kesan yang memudaratkan. Bincangkan penyataan ini.
Contoh pendahuluan
n Jerebu
yg melanda Asia Tenggara pd tahun 1997 telah meninggalkan kesan buruk terbesar
dlm. sejarah pencemaran alam sekitar.
n Jerebu
disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera.
n Bahan-bahan
tersebut dikenali sebagai partikel-partikel kecil yg dapat membiaskan cahaya
suria menyebabkan jerebu terjadi.
Contoh huraian
* Kombinasi jawapan: 2+3/3+2
Contoh kesimpulan
n Jerebu
disebabkan oleh dua faktor utama , iaitu semula jadi dan perbuatan manusia.
n Sumber
semula jadi ialah keadaan lautan, permukaan bumi, dan sumber hutan hasil tindak
balas dari cahaya matahari.
No comments:
Post a Comment