Thursday, 14 April 2016

FOKUS PENGGAL 2/ 2016

Pelajar-pelajar diminta memberi fokus terhadap tajuk-tajuk berikut. Ini cuma pandangan peribadi penulis. Pada masa yang sama ulangkaji juga tajuk-tajuk lain. Peperiksaan Penggal 2 akan bermula 18 Mei 2016.
1. Wawasan  2020. Tajuk ini memang popular dalam Penggal 2 Pengajian Am. Bagaimanapun saya menasihatkan pelajar supaya jangan sekadar menghafal 9 cabaran tersebut sahaja. Malah perhatian perlu diberi kepada elemen-elemen seperti perpaduan dengan W2020, pembentukan akhlak dengan W2020, strategi memajukan negara dengan W2020, melahirkan masyarakat penyayang dengan W2020 dan sebagainya. Maksud saya ialah soalan-soalan boleh dikemukakan dengan membandingkan isu-isu negara dengan W2020.

2. Rukun Negara- juga merupakan satu lagi topik penting. RN perlu dikaitkan dengan perpaduan, kesetiaan rakyat kepada negara dan raja, menghormati perlembagaan, melahirkan masyarakt yang soapan dan susila (STPM 2014)  dan sebagainya. Dalam konteks ini pelajar jangan sekadar menghafal 5 prinsip RN sahaja. Sebaliknya perincikan lagi prinsip-prinsip ini. Untuk membantu anda, saya sudah masukkan dalam blog saya di bawah tajuk Rukun Negara. Sila baca dengan teliti.

3. Dasar-dasar Ekonomi- Kesemua dasar ekonomi Malaysia membantu mengurangkan kadar kemiskian dan menyatukan rakyat berbilang kaum. Selain itu baca juga dasar-dasar yang membantu negara mencapai status negara maju seperti Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-11

4. Di bawah pimpinan YAB Dato Seri Najib Abdul Razak, PM Malaysia telah memperkenalkan GTP, ETP, NKRA, NKEA dan KPI. Kesemua istilah ini perlu diberi perhatian oleh pelajar. Nota mengenainya sudah saya masukkan dalam blog saya. Sila baca. NKRA mengenal pasti 6 bidang utama dan NKEA pula mengenal pasti 12 bidang utama. Beberapa agensi telah diamanahkan untuk melaksanakan bidang-bidang ini. Apakah kemajuan yang telah dicapai oleh agensi-agensi tersebut. Itulah dinamakan KPI. Soalan mengenai KPI sukar ditanya kerana KPI sentiasa berubah-ubah. KPI biasanya dalam bentuk perangkaan  sepeti berapa % kadar kemisikina dikurangkan dan berapa kes jenayah dapat dikurangkan dan sebagainya. Mustahil bagi pelajar untuk menghafal semua. Oleh itu tolong hafal bidang-bidang NKRA dan NKEA sahaja. NKRA membantu GTP (Pelan Transformasi Kerajaan) dan NKEA membantu ETP (Pelan Transformasi Ekonomi)

Jadi sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan sila beri perhatian kepada tajuk-tajuk di atas. Ingat tajuk-tajuk ini juga akan banyak membantu anda dalam karangan. Jadi tidak rugi jika anda menelaahnya.

Dalam entri akan datang saya akan menulis tentang teknik menentukan graf dan cara menjawab soalan struktur.

No comments:

Post a Comment